Kerap kali aku sesat dalam semaknya hati yang ragu, bergalaskan setiap kilo tanggungjawab di atas bahu, lemas dalam graviti sifar diruang waktu. Buat aku lupa pada sekian masa akan apa rasa nikmatnya senyum itu. Yang sebegitu. Untuk aku.
Lepas sudah sudah aku puas mengeluh. Lepas segala dibenak ini semua yang keruh. Kerana mengecapi senyum itu yang bisa buat degup detak jantung, denyut nadi, hirup hembus nafas ini tidak seseimbang biasa. Buat aku rasa luar biasa.
"Ya Tuhan, aku berterima kasih atas kurniaan ini, kekalkanlah senyum itu terus menerus disisi diri ini sehingga aku pergi, kerna sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Nikmat." Seraya aku bertadah tangan umpama pengemis di tepian jalanan yang tiada langsung akan dayanya.
6 ulasan:
senyum yang mampu buat kau lupa kejap lapar dahaga. ouh.
Afe,
Senyum yang pasti dapat membikin jiwa jiwa lain tersenyum bersama.
senyum sambil tengok cermin bawah cahaya lampu yang terang. if samar2 nanti rasa seram pula. ngeee..
Puding Roti,
Senyum sambil tengok cermin dan gosok gigi.
aku tunggu-tunggu bila akan kembalinya zaman kau menulis rancak.
kamon la broh!
Nazrin,
Well yeah. Aku pun tertunggu-tunggu time tu. :)
Catat Ulasan