Hujung dada rasa pedih, salur tekak rasa kering, di anak tekak seperti ada kewujudan si pari-pari nakal mencucuk-cucuknya menggunakan garfu mini. Dari paru-paru menghembus satu buih, berisi perit, pedih dan jerih. Bagai menarik segala urat berurat bersamanya tika mengalir keluar dari rongga trakea selepas ditendang keluar oleh diafragma. Sepantas superbike Ninja ia sampai ke pagar gigi. Uhuk!!
Sekurang-kurangnya itulah apa yang aku bayang dia rasa, aku rasalah.
Suara comel dah tak ada, tapi oklah. Ada sikit-sikit bunyi macam Ella si ratu rock negara.
Bila suara dah tak ada, buat apa pun rasa tak kena. Pantang ada silap, membulat terus matanya. Makan pun tak ada selera. Silap-silap aku pula dicakarnya.
"Kenapa garang sangat ni?" Aku tanya.
"Rawrrr" Dia kata.
"Garangnya, tapi kiut" Aku senyum sahaja.
Isnin, 26 Ogos 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kepada Awan, Boleh tak kau sorokkan Sang Matahari. Yang sering kali membakar epidermis kulit. Mendidihkan sel-sel otak. Dan menggelapkan hat...
-
"Assalamualaikum, Angah mak dah balik ni." Mama buka pintu rumah sambil letak kunci atas rak kasut tepi pintu itu. Tangannya yang ...
-
Jessica Amanda tiada sebarang hubungkait dengan Jessica Alba mahupun Alamanda Putrajaya. Jessica Amanda hanyalah seorang budak perempuan gen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan