Hamdan, seorang pemuda bujang. Berparas rupa kacak dan berbadan sasa umpama atlit. Gemar menunggang motorsikal dek kerna peningkatan harga petrol. Berkerjaya sederhana selaku eksekutif syarikat nasional swasta, menjadikan rutin hari-harinya pergi kerja 9.30 walaupun waktu pejabatnya adalah 9.00 pagi ke 6 petang. Dan pulang malam ikut suka hati dia kerana tiada bini yang menanti dirumah menyambutnya sambil hulur tuala dengan secawan kopi.
Dan hari itu, dia terlambat. Walaupun tak pernah cepat. Tapi kali ini dia terlambat dari lambat-lambatnya yang biasa. 9.30 pagi baru terjaga dari tidur kerana malamnya tadi lewat dia tidur dek melayan otaknya yang berlegar-legar ditaman cinta bersama bayangan bidadari, sambil menyembur feromon memenuhkan ruang legar mindanya dengan hormon-hormon kelakian. Jadi, dia terlewat.
Dengan mengendong hati yang bersalah, dia memecut motorsikalnya walau dia tahu lambatnya dia tak ada orang yang nak marah. Sehingga secara terkejut, berselindung dibalik terowong dan pepohon. Di balik selekoh, segerombolon polis melakukan pemeriksaan. Kejutan.
Dek kerna terkejut umpama beruk, Hamdan menekan brek emergensi hingga memalu tayar bengkang-bengkok kekiri kanan hingga betul-betul terberhenti didepan kasut berkilat polis tersebut.
"Lesen, roadtax, IC" ujar polis tersebut.
Hamdan tersengih. Sambil mengagau-gagau koceknya mendapatkan dompetnya.
"Macam mana kau boleh brek emergensi? Tak nampak ke roadblock". Polis bertanda nama Rosli itu tanya.
"Saya tak nampak road block tuan" Jawab Hamdan sambil menghulur dokumen-dokumen diminta.
"Tak nampak? Ini koman-koman 50 meter boleh nampak. Kau bawa laju ni"
"Saya dah lambat nak ke ofis ni tuan"
"Macam mana lambat, bangunlah awal. Tak ada orang kejut pagi?"
"Tak ada tuan, saya bujang lagi"
"Tu lah, kahwin cepat, ada gak bini nak kejut"
"..."
"Tau tak kelajuan tu boleh membunuh, dah. Bawa motor elok-elok". Leter Tuan Rosli sambil memulangkan dokumen-dokumen Hamdan.
Hamdan menghidupkan enjin motornya sambil berlalu pergi.
Sambil otaknya menyimpulkan. "Kalau lambat kahwin boleh membunuh"
Isnin, 14 April 2014
Khamis, 13 Mac 2014
Hari Ini Terbang Tinggi: Esok Sambung Doa Lagi
Langit disebalik jendela ini putih terang benderang.
Burung besi main terbang-terbang kini sudah hilang.
Pakcik tua buat lawak dilapangan satu dunia pandang.
Biar berbelas ribu jam kau berlatih bertatih membawa langkah jelajah dunia.
Biar era ini yang dijamin teknologi besi dengan segala cerdik otak manusia.
Biar secantik mana cuaca buat layang-layang terbang membelah awan menitip biru langitNya.
Ingatlah, penghujungnya semua akan kembali,
kepada Dia.
#PrayForMH370

Selasa, 25 Februari 2014
Janji: Sesi Bertemu Bidadari Hati
Jalan ini nampak panjang. Aku lihat jauhnya jalan tak nampak dihujung.
Kiri kanan aku dikeliling orang. Bibir tersenyum mata mereka merenung.
Jauh kedepan fikiranku memanjang. Jiwa berdebar harapanku menggunung.
Semua didepanku membuka ruang. Agar langkahku tak jatuh tersandung.
Selangkah, demi selangkah.
Aku melangkah.
Hinggalah,
Mata aku dipersonakan oleh pemandangan, yang seindah-indah pemandangan. Jantungku degupnya hilang keruan bagai Ultramen kehabisan kuasa. Aku hilang ingatan, lupa bagaimana proses respirasi berjalan. Usus-usus aku sepakat seia sekata berjoget mambo irama twist. Bagai diserap segala kekuatan aku sehingga seluruh tubuhku meregenerasi laju, upayaku jadi sebaya nenek tua kebayan di Gunung Ledang. Segalanya diserap oleh kecantikan itu. Bidadari, bagaikan bidadari hatiku.
Dan disitu aku berjanji.
Dengan izin dari Ilahi.
Kau akan aku miliki.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datang secawan kopi panas di depan aku. Mereka kata kopi itu panas. Jika aku tak merasanya sendiri masakan aku tahu kebenaran akan panasnya kopi itu. Jadi aku perlu merasanya sendiri, jika benar hangatnya melecurkan lidah, beri aku masa agar hati-hati aku hirupkan. Tidaklah jua aku menidakkan mereka dengan kata-kata tidak percaya lantas meneguk pantas ketidakpastian ini.

Jumaat, 14 Februari 2014
Rizq Dan Barkah
Rizq. Pada apa-apa yang memberi manfaat kebaikan padamu.
Barkah. Pada manfaat kebaikan itu bertambah-tambah disetiapnya.
Dan janji Tuhan, pada mana-mana yang bersyukur, akan Dia tambah.
[29-1-2014, Masjid Tengku Ampuan Jamaah]
Barkah. Pada manfaat kebaikan itu bertambah-tambah disetiapnya.
Dan janji Tuhan, pada mana-mana yang bersyukur, akan Dia tambah.
[29-1-2014, Masjid Tengku Ampuan Jamaah]
Rabu, 12 Februari 2014
1107 Hari
Dari sebutir biji benih yang kecil, tanpa apa. Ia berputik perlahan, mencambah dari sejuk lembabnya tanah. Dari hari ke hari. Datangnya ribut menggoncang, banjir basah menyimbah, petir guruh menyambar. Mahupun kemarau mengontang, kering tanah merekah, diserang ulat dan camar. Namun tetaplah ia mencambahkan bunga-bunga mekar mengharum, buah-buah manis meranum. Berpaksikan teguh akar yang kukuh menggali sedalam bumi mencari punca kasih hakiki. Utuhlah ia setia ke hari ini, ke-1107 hari.
Dan berdoa ia sendiri, agar Tuhan kuatkannya untuk bertahan, kehari-hari mendatang nanti.
Rabu, 5 Februari 2014
Lejen: Maju Terus Musika Malaya Kita
Setiap bait-bait rangka kata tulisan mereka buat aku mampu merasa. Puisi-puisi mereka sedang beratur dalam pemain senarai menanti dijamah halwa telinga.
- Mantera Beradu: Malique (ft. M.Nasir)
- Cerita Kedai Kopi: Malique (ft. Salam)
- Aku Maafkan Kamu: Malique (ft. Jamal Abdillah)
- Senyum: Malique (ft. Najwa)
- Cuba Lagi: Malique (ft. Lah)
- Perang Dah Tamat: Malique (ft. Rabbani)
- Alhamdulillah: Toophat (ft. Yassin)
- Gurindam Hutan Batu: MonoloQue
- Batu Belah Batu Konkrit: MonoloQue
- Tanah Air Ku Tanah Air Mu Jua: MonoloQue
- Chinta: MonoloQue
- Tiada Kata Secantik Bahasa: MonoloQue
- Inderaloka: MonoloQue
- Jika Aku Seorang Robot: MonoloQue
- Mati Hidup Kembali: Butterfingers
- Seribu Tahun Mahu Hidup: Butterfingers
Khamis, 30 Januari 2014
Rabu, 29 Januari 2014
Perjanjian Yang Pasti
Hari makin dekat, masa makin singkat, apa aku nak buat?
Beban. Aku rasa berat jantung bertambah beberapa tan. Buat susuk rangka aku bagai merasakan berat yang menyeksakan. Salur galur usus aku kegelian. Bagai ada sosok ninja rama-rama melompat diantara ruang yang wujud antara organ. Nafas sesak udara dalam peparu berontakan.
Kepala aku tanya soalan.
"Apa yang kau nak buat sekarang?"
Hati aku jawab.
"Langkah kedepan, kemungkinan dihisabkan, pada yang kiri dan kanan. Aku tahu, aku perlu berhadapan."
------------------------------------------------------------------------
Tuhan, aku adalah ciptaan. Kau, Khaliq yang menciptakan. Lemahnya aku seorang insan. Berserta malu aku memohon pada Khaliqku secebis kekuatan. Agar mampu selangkah lagi ku kedepan.

Isnin, 27 Januari 2014
Selamat Malam
Malam hari tadi, aku tidur sendiri.
Bertemankan pesan selamat malam yang kau beri.
Bermutasi ia perlahan menjadi teddibear pemakan strawberri.
Aku bawanya peluk rapat-rapat melayari mimpi menaiki jetski.
Bukan apa, dengan harapnya dapat dia bimbing kita ketemu besok hari.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...