Hari makin dekat, masa makin singkat, apa aku nak buat?
Beban. Aku rasa berat jantung bertambah beberapa tan. Buat susuk rangka aku bagai merasakan berat yang menyeksakan. Salur galur usus aku kegelian. Bagai ada sosok ninja rama-rama melompat diantara ruang yang wujud antara organ. Nafas sesak udara dalam peparu berontakan.
Kepala aku tanya soalan.
"Apa yang kau nak buat sekarang?"
Hati aku jawab.
"Langkah kedepan, kemungkinan dihisabkan, pada yang kiri dan kanan. Aku tahu, aku perlu berhadapan."
------------------------------------------------------------------------
Tuhan, aku adalah ciptaan. Kau, Khaliq yang menciptakan. Lemahnya aku seorang insan. Berserta malu aku memohon pada Khaliqku secebis kekuatan. Agar mampu selangkah lagi ku kedepan.
Rabu, 29 Januari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sebelum Masihi dulu. Semua dinosour telah diculik oleh orang Marikh dan disorok didalam satu ruang vorteks di dimensi lain. Adalah sikit-sik...
-
Aku rasa trip ni antara yang paling “hidup” setakat ni. Bukan sebab semuanya perfect, tapi sebab dia datang sekali dengan hujan lebat, anak...
-
Jam pagi mengejutkan aku. Macam hari-hari yang dulu. Aku rasa aku akan jalani hari ini seperti hari-hari yang lain. Aku rasalah. ..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan