ATV atau All-Terrain-Vehicle adalah aktiviti sukan permotoron lasak, ATV kebiasaan adalah kenderaan empat roda (ada juga yang tiga roda) ditunggang seperti motorsikal melalui trek-trek yang mencabar. Uniknya ATV ini, ia ada stabilizer yang menghalang kenderaan ini dari terbalik walau di permukaan yang curam dan mencabar.
Di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, terdapat satu pusat iaitu ATV Adventure Park, terletak di Kampung Kemensah yang berada dalam 5km dari Zoo Negara Malaysia, Ulu Kelang. Disini ada ditawarkan berbeza pakej yang berbeza tahap kesukarannya. (boleh lihat
sini)
Tanggal 13 Jun 2015, menjadi hari bersejarah dimana bermulanya explorasi pertama Geng Lapo di ATV Advendture Park. Dengan kekuatan 7 orang ahli, Geng Lapo memilih package C yang mengikut trek ke air terjun Sofea Jane dan mengambil masa dalam 2 jam untuk 2 hala termasuk mandi-manda selama setengah jam.
|
Gambar sebelum kejadian |
|
Sesi latihan diberikan sebelum ke trek sebenar |
|
"Kaki jangan turun" sesi briefing dari instructor disitu |
|
Belum apa-apa hal, Bung dah tidur |
|
Yang paling buat hal akan diletak didepan sekali |
|
Mula mendaki, tipsnya jangan dipulas laju-laju throttle tu |
|
Tiba di tapak kem Air Terjun Sofea Jane |
|
"Appollooo!" Selingan iklan makanan ringan waffle kanak-kanak |
|
Gaya tersendiri |
|
Air Terjun Sofea Jane, Sofea Jane nya tak ada. |
|
Mandi-manda dengan air paras lutut. |
|
Siap sedia untuk turun balik |
|
Khairul banyak kali kena marah sebab gatal nak turun kaki macam bawa EX5 |
|
Terima kasih ATV Adventure Park |