Life,
Life need to be plan.
You will never know what future will bring to you.
Fear.
What I fear the most in this world is changes.
Because every changes on your well-planned plan.
Will bring uncertainty.
Uncertainty, is scary.
But life, is full of uncertainty.
So, leap!
Leap across those fear, fear of changes.
Because without changes, you will never grow.
Isnin, 21 September 2015
Isnin, 14 September 2015
Montaj: 26 Tahun
Hari ini, sama je macam hari-hari biasa. Bangun pagi, mandi-mandi, siap-siap pergi kerja. Sampai ofis, buka laptop, baca email, setelkan mana yang patut. Bangun, ambil kopi panas, takde gula. Hirup pelan-pelan.
Aku tengok luar tingkap ofis ni, aku tenung lama-lama. Tak ada fikir apa-apa, kosong. Lama sikit, aku tanya diri aku. "26 tahun?"
Serta-merta itu, segala masa lalu aku, 26 tahun yang lalu terlintas didepan mata aku, macam ada orang pasang slideshow, buat presentation untuk aku, atau lebih kepada montaj. Jelas sekali, banyak dari memori aku, aku tak ingat. Hilang, atau aku sorok jauh-jauh dalam arkib otak aku. Aku bayangkan ada pekerja-pekerja kenit dalam otak aku, saiznya kecil saja, kerjanya memilih memori-memori yang tak penting, atau tak menarik, bagi dekat editor, kemudian dia masukkan dalam mesin shredder, atau dia bagi kepada mat despatch, dan dihantar ke arkib tingkat bawah sekali. Macam cerita Spongebob lak.
Yang ditayang atas montaj itu cuma detik-detik yang memorable, yang gembira-gembira, suka duka, ada juga detik-detik yang sedih-sedih, atau menakutkan, atau yang lain sepertinya. Tapi mungkin ada memori-memori pointless, seperti memori aku jalan kaki pergi dapur ambil air, atau ia mungkin ada pointnya, kalau tak, mungkin aku akan lupa jalan ke dapur.
Begitu pun, selepas saja tamat montaj tu, tirai tertutup, ada satu rasa yang amat jelas, aku rasa dalam hati ini.
"Syukur, 26 tahun kan, syukur."
[Terima kasih, kepada mereka-mereka yang terlibat dalam memori 26 tahun lelaki yang serba biasa ini. Secara langsung atau tidak langsung, walaupun sekadar extra yang lalu lalang dekat belakang]

Khamis, 10 September 2015
Realiti: Reaksi Reaktif
Sejurus selepas selekoh itu, jalan masuk ke lebuhraya baru, laluan utama yang menghubungkan antara dua kota, kelihatan kenderaan segala yang kecil, besar, dari 2 roda ke 18 tayar perlahan-lahan bergerak. Berpusu-pusu dengan slow-mo untuk menerobos ke laluan mereka, agar dapat mereka pulang memeluk orang-orang yang mereka cinta, atau ke tandas melepaskan hajat mereka. Begitu pun, di satu peringkat, semua terhenti. Berhenti. Tak bergerak walau seinci.
Semua manusia, tak kira bangsa, tak kiralah Chuck Norris ke, Susilo Bambang Yudhoyono ke, Janet Jackson ke, William Hung cebeng cebeng ke. Semua berhenti, dan memerhati. Di atas jalan 3 lane ini, selebar kurang lebih 30 meter ini. Bertaburan monster-monster besi-besi tajam, yang nipis halus, ibarat pisau memenuhi segenap ruang.
Dari jauh, disebalik wap-wap fatamorgana, kelihatan kabur-kabur, wira-wira pelindung jalan raya ini, berpakaian kasual bersarung vest kuning berkilauan berlari-lari anak ketempat kejadian, bagai adiwira cerita kanak-kanak, mereka sentiasa bersedia, seandai ada malapetaka sebegini rupa menimpa.
Beberapa ketika, kesesakan lalulintas semakin berat, semakin panjang, membawa hingga kesimpang hujung sana. Manusia-manusia lainnya hanya mampu bersabar, mendengar deejay radio berceloteh, atau melayari pesbuk di telefon pintar mereka, menunggu, wira-wira kita, yang memang menjadi tanggungjawab mereka, membersihkan laluan ini dari monster-monster durjana, yang entah dari mana datangnya.
Sehinggalah, seorang pemuda, mula hilang sabar. Menghidupkan enjin motornya, dan bergerak kearah laluan yang terhalang itu, dan berhenti betul-betul didepannya. Dia turun, dan membantu wira-wira itu tanpa disuruh atau dipaksa. Mengarwahkan satu-persatu monster-monster itu, tanpa sebarang peralatan pelindungan.
Rider-rider motor yang lain, saling berbalas pandangan antara mereka, menanti reaksi seterusnya. Dan seorang-seorang bergerak membantu, agar kesesakan yang menyeksakan ini dapat dihentikan serta merta. Dengan jana kuasa wira-wira sampingan ini, monster-monster tersebut hilang dari laluan dalam sekejap cuma.
---------------------------------------------------------------
Ramai antara kita punya hati mulia, cumanya, kita tak mahu jadi si pemula.
Masyarakat kita.

Sabtu, 5 September 2015
Buku: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Buku tentang impian yang tak kecapaian |
Ini buku tentang bola sepak, spesifiknya bola sepak Malaysia, yang berimpian mahu ke Piala Dunia dan tidak kecapaian selama 40 tahun. Hasil tulisan yang terperinci dari blogger Lucius Maximus, aku kagum dengan ketelitian Lucius membentangkan maklumat dan sejarah bola sepak negara dalam nada sinis dan kelakar. Beliau juga menyentuh perihal skandal rasuah, disiplin pemain, isu kewangan kelab tempatan, paling teruk kena adalah FAM, yang menjadi antara punca Malaysia tidak ke Piala Dunia, kebanyakan point beliau aku sangat-sangat setuju. Antara lain yang menarik adalah, pengenalan pemain-pemain klasik dari era 70an, 80an, tika tahap bola sepak Malaysia ketika itu boleh dibariskan setara Arsenal dan Korea Selatan.
Siapa perlu baca?
Orang yang paling wajib baca adalah, FAM. Kalau lepas baca buku ni masih tak muhasabah diri, aku tak tau lah.
Selain itu, peminat bola tanah air dan jika anda mahu bacaan ringan, humorous dan berfakta. Inilah bukunya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...