Sejurus selepas selekoh itu, jalan masuk ke lebuhraya baru, laluan utama yang menghubungkan antara dua kota, kelihatan kenderaan segala yang kecil, besar, dari 2 roda ke 18 tayar perlahan-lahan bergerak. Berpusu-pusu dengan slow-mo untuk menerobos ke laluan mereka, agar dapat mereka pulang memeluk orang-orang yang mereka cinta, atau ke tandas melepaskan hajat mereka. Begitu pun, di satu peringkat, semua terhenti. Berhenti. Tak bergerak walau seinci.
Semua manusia, tak kira bangsa, tak kiralah Chuck Norris ke, Susilo Bambang Yudhoyono ke, Janet Jackson ke, William Hung cebeng cebeng ke. Semua berhenti, dan memerhati. Di atas jalan 3 lane ini, selebar kurang lebih 30 meter ini. Bertaburan monster-monster besi-besi tajam, yang nipis halus, ibarat pisau memenuhi segenap ruang.
Dari jauh, disebalik wap-wap fatamorgana, kelihatan kabur-kabur, wira-wira pelindung jalan raya ini, berpakaian kasual bersarung vest kuning berkilauan berlari-lari anak ketempat kejadian, bagai adiwira cerita kanak-kanak, mereka sentiasa bersedia, seandai ada malapetaka sebegini rupa menimpa.
Beberapa ketika, kesesakan lalulintas semakin berat, semakin panjang, membawa hingga kesimpang hujung sana. Manusia-manusia lainnya hanya mampu bersabar, mendengar deejay radio berceloteh, atau melayari pesbuk di telefon pintar mereka, menunggu, wira-wira kita, yang memang menjadi tanggungjawab mereka, membersihkan laluan ini dari monster-monster durjana, yang entah dari mana datangnya.
Sehinggalah, seorang pemuda, mula hilang sabar. Menghidupkan enjin motornya, dan bergerak kearah laluan yang terhalang itu, dan berhenti betul-betul didepannya. Dia turun, dan membantu wira-wira itu tanpa disuruh atau dipaksa. Mengarwahkan satu-persatu monster-monster itu, tanpa sebarang peralatan pelindungan.
Rider-rider motor yang lain, saling berbalas pandangan antara mereka, menanti reaksi seterusnya. Dan seorang-seorang bergerak membantu, agar kesesakan yang menyeksakan ini dapat dihentikan serta merta. Dengan jana kuasa wira-wira sampingan ini, monster-monster tersebut hilang dari laluan dalam sekejap cuma.
---------------------------------------------------------------
Ramai antara kita punya hati mulia, cumanya, kita tak mahu jadi si pemula.
Masyarakat kita.
Khamis, 10 September 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
1 ulasan:
mesti kau si pemula tu kan?
ada peluang buat kebaikan.buat je.
kita tak tahu kita mati bila.
Catat Ulasan