Hutan Lipur Berkelah |
Dengan berhujan basah, penat lelah, rintang berliku lagi berhelah, adrenaline mengalir membuang resah, berkerjasama mengharung yang susah, sampailah ke puncak Air Terjun Berkelah. Tersergam disana pemandangan indah, pepohonan hijau damai terserlah, air terjun yang menderu dari balik bebatu nan gah.
Salam perkenalan pada Bumi, baru kenal diri yang kerdil ini.
---------------------------------------------
UPDATE: Air Terjun Berkelah, letaknya di daerah Gambang, Pahang. Mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, melalui Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di exit 827, persimpangan Sri Jaya. Selepas dari plaza tol Sri Jaya, ambil simpang kekiri dan kira-kira 13km akan ada simpang ke kiri untuk ke Berkelah. Simpang tersebut berhampiran dengan Masjid Kampung Gelugor. Selepas simpang tersebut anda akan memasuki jalan kampung dan seterusnya offroad sebelum sampai ke tapak kem.
Dari tapak kem, anda perlu hiking untuk ke puncak air terjun, yang mengambil masa kira-kira 2-3 jam perjalanan. Semoga maju jaya.
25 orang, explorasi outdoor teramai yang kami pernah anjurkan |
Cuaca yang tidak sesuai untuk mendaki, kelajuan air dan trek berbatu membuatkan trek agak licin dan merbahaya |
Sebahagian dari Geng Lapo yang hadir |
Trek sempit bersebelah dengan jurang dalam, silap langkah padah menerkam |
Alhamdulillah semua selamat berkat doa dan kerjasama peserta |