[ini kisah imaginasi semata]
Lily, amoi kenit molek yang berkerja disyarikat swasta, sebuah syarikat kecil perusahaan solusi IT. Baru sahaja graduasi dalam ijazah sarjana muda perkomputeran. Selaku orang dalam dunia pekerjaan ini Lily baru saja dalam proses perkenalan dengan realiti dunia yang kejam ini. Tersedak cita-citanya yang dulu nak kan rumah cantik, kereta power, petrol percuma, bangun tidur lewat jam 10pagi, rakan-rakan yang bersumpah kita buddyz selamanya. Perlahan-lahan dia telan dan berhenti seketika, dan percayakan dirinya yang semua tak semudah disangka. Suatu hari nanti, mungkin suatu hari nanti.
Lily rasa terperangkap dalam alam kedewasaan, segala tanggungjawab ini dia rasa membebankan, dan dia berharap agar menjadi budak kembali.
Daniel hari ini genap umurnya 13 tahun. Baru sahaja 2 bulan sudah beliau mula menjejak kaki ke sekolah menengah, belum pun puas beliau menikmati zaman abang-abang disekolah rendah, dah terperosok menjadi junior kembali. UPSR tempoh hari pun sedang-sedang sahaja, tak dapatlah beliau masuk ke sekolah "elit" sikit. Memandangkan ayahnya semakin sibuk nak ke pejabat lagi, nak hantar adik-adik beliau lagi, jadi ayahnya membelikan beliau sebuah basikal. Basikal biru. Walaupun begitu, Ayah tidak izinkan Daniel menyertai rakan sebayanya bermain basikal keliling kota di tengah malam hari.
Daniel rasa terperangkap dan jiwa mudanya memberontak mahukan kebebasan, dan dia berharap untuk menjadi dewasa serta merta.
---------------------------------------------------------------
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi
Lily baru pulang dari kerja. Dia terpaksa kerja lebih masa untuk menyiapkan sedikit kertas kerja.
Daniel baru keluar dari rumah. Dia terpaksa memanjat keluar tingkap rumahnya untuk keluar tanpa pengetahuan orang tuanya.
Tanpa mereka sedar, yang seketika nanti pada jam 3.38 pagi, takdir mereka akan berubah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Din sakit gigi. Jadi dia tak ada mood hari ini. Kerjanya serba tak jadi. Tak pasal-pasal Cik Nab Cleaner kena maki. Cik Nab Cleaner baik ora...
-
I HATE RUNNING I really do. Ever since I started lifting weights and putting on muscle, running became my least favorite thing. The heavier ...
-
Shah Alam 5 Jun, peratusan mat-mat rempit di sini yang beralih ke aliran seni dari aliran sukan lumba motor semakin meningkat. Berdasarkan k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan