Kereta ku meluncur diatas lebuhraya di celahan antara kenderaan-kenderaan yang menghala ke tujuan masing-masingnya. Perjalanan ini ku rasa jauh, setengah jam pemanduan kurasa bagai 3 hari perjalanan. Di kepala ku berlegar-legar memori silam.
Teringat aku kelibat seorang lelaki ini, tinggi lampai, berbadan sasa, berkulit gelap, tapak tangannya kasar, berqurta putih dan labuh. Jarang aku lihat dia tanpa kopiah atau serban di kepala. Di waktu kecil aku, hanya susuk belakang dia yang kerap ku ingat, kerana jalannya laju meninggalkan aku yang berlari mengejarnya di belakang. Sesekali dia menoleh dan tersenyum. "Aiyyyy ceeeepat da"
....................................
Akak dah sampai, matanya lembab. Ditangannya senaskah Yassin. Dari duduknya dia berdiri menyambutku yang baru tiba. "Seorang je ke?"
Aku hanya mengangguk lemah.
.................................
Dihujung kerongkong ku bagai ada sekatan, Perit ku rasa di tiap lafaz kalimahku. Dari belakang mata terasa panas dan perlahan-lahan melembab. Berat dihati mendetakkan tiap degup yang seterusnya. "Salaamun qaulammirabbirahim"
Rabu, 23 Mei 2018
Isnin, 21 Mei 2018
Dari Atas Pagar
Dari atas pagar ini, aku lihatkan dunia tanpa kaca mata bias dan diskriminasi.
Timbang tara aku adil dan saksama, pada yang memegang atau menentang.
Persepsi tanpa bukti, aku letak tepi untuk dikaji nanti.
Goncang aku dengan fakta dan informasi, bukan hanya dengan janji-janji.
Perjuangan yang hakiki adalah bila punya dasar yang teguh,
berserta congak mantap taktikal dan strategi nan ampuh.
Pada apa pun,
Berdoalah semoga di pemilihan kita ini.
Membawa aman sejahtera pada pertiwi.
Juga marhaen yang dicintai.
--------------
Non-partisan,
Bukan bererti tidak berpendirian.
Timbang tara aku adil dan saksama, pada yang memegang atau menentang.
Persepsi tanpa bukti, aku letak tepi untuk dikaji nanti.
Goncang aku dengan fakta dan informasi, bukan hanya dengan janji-janji.
Perjuangan yang hakiki adalah bila punya dasar yang teguh,
berserta congak mantap taktikal dan strategi nan ampuh.
Pada apa pun,
Berdoalah semoga di pemilihan kita ini.
Membawa aman sejahtera pada pertiwi.
Juga marhaen yang dicintai.
--------------
Non-partisan,
Bukan bererti tidak berpendirian.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sama-sama kita. Melayang dari atas buaian cinta. Setiap detik disitu hanyalah yang indah. Kita bersama berlari menjauh dari dunia gundah. Pa...
-
Suasana kedai kopi pagi itu seperti pagi-pagi yang lain. Nampak sibuk. Bezanya, saturday peratusan pelanggan yang take away berkurang. Di sa...
-
Hai, nama aku Sue. Aku seekor pontianak. Aku tengok belog ini dah lama tak berpenghuni. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan...
