Kereta ku meluncur diatas lebuhraya di celahan antara kenderaan-kenderaan yang menghala ke tujuan masing-masingnya. Perjalanan ini ku rasa jauh, setengah jam pemanduan kurasa bagai 3 hari perjalanan. Di kepala ku berlegar-legar memori silam.
Teringat aku kelibat seorang lelaki ini, tinggi lampai, berbadan sasa, berkulit gelap, tapak tangannya kasar, berqurta putih dan labuh. Jarang aku lihat dia tanpa kopiah atau serban di kepala. Di waktu kecil aku, hanya susuk belakang dia yang kerap ku ingat, kerana jalannya laju meninggalkan aku yang berlari mengejarnya di belakang. Sesekali dia menoleh dan tersenyum. "Aiyyyy ceeeepat da"
....................................
Akak dah sampai, matanya lembab. Ditangannya senaskah Yassin. Dari duduknya dia berdiri menyambutku yang baru tiba. "Seorang je ke?"
Aku hanya mengangguk lemah.
.................................
Dihujung kerongkong ku bagai ada sekatan, Perit ku rasa di tiap lafaz kalimahku. Dari belakang mata terasa panas dan perlahan-lahan melembab. Berat dihati mendetakkan tiap degup yang seterusnya. "Salaamun qaulammirabbirahim"
Rabu, 23 Mei 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
"Raja kita. Selamat bertakhta." Habis saja lagu Negaraku dimainkan, bunyi putih mengisi kekosongan hati aku yang menonton setia te...
-
Hari ini yang kejam. Kerna hari ini kau cumalah watak sampingan. Jadi waiter di kedai mamak malas nak ambil order kau. Jadi selipar kau sela...
-
Selari dengan horizon ini. Kau dapat lihat seorang lelaki. Berdiri di telan gelapnya. Diujung tenggelamnya mentari. Dan bila nanti. Ro...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan