Rabu, 19 Disember 2018

Manchester United dan Jose Mourinho

Sayonara bosku, terima kasih dan goodluck
Jose Mourinho kini secara official nya telah dipecat selaku manager di Manchester United. Lantikan pada 2 tahun lepas nampak ada peningkatan di tahun pertama dan kedua berbanding pencapaian Louis Van Gaal dan Moyes yang dikatakan gagal mencapai standard yang ditetapkan Board of Director dan fans Manchester United. Memenangi Europa League, dan menduduki tempat ke-2 adalah satu peningkatan positif yang progressif. (boleh champion jika bukan kerana record-breaking performance oleh team Pep Guardiola)

Bermula Januari 2018, selepas mendapat contract extension, dapat kelihatan bibit kejatuhan Mourinho selepas membawa masuk Alexis Sanchez dan kekalahan dalam UCL pada Sevilla. Boleh nampak team mula goyah dan kelihatan Mourinho mula mengalami fallout dengan player seperti Pogba, Martial, Shaw, dan Baily,  sama seperti ketika beliau di Chelsea, Real Madrid, Inter Milan. Terkenal dengan sumpahan tahun ketiga, Mourinho juga secara jelas menyatakan ketidak puas hatian beliau pada Board of Director kerana tidak menuruti permintaan beliau ketika summer transfer window 2018. Dan seterus memberi kesan pada persembahan season ini apabila terkeluar dari League Cup, menduduki tempat ke-6 dengan 5 kekalahan dan bolos 29 gol selepas 17 perlawanan (season lepas bolos 21 dari keseluruhan season), Top 4 kelihatan semakin samar dengan persembahan hambar dari minggu ke minggu. Kesudahannya Mourinho akhirnya di pecat dari Manchester United.

Persoalan sekarang, bagaimana Manchester United sebagai kelab bola sepak, untuk kembali ke landasan saingan liga dan eropah jika tidak season ini, season depan dan seterusnya.

Berikut adalah pada pandangan aku, masalah yang perlu di settle kan oleh management selepas ini:

1. Arah tuju, management baru perlu ada arah tuju yang jelas. Secara khususnya, arah tuju bola sepak kelab. Kerana sekarang, kelab ini dilihat lebih mementingkan keuntungan komersil berbanding kejayaan bola sepak. Mungkin lantikan Director of Football adalah penyelesaiannya memandangkan Ed Woodward tidak kompeten untuk tugas meneruskan legasi Manchester United.

2. Leadership, sekarang kita lihat tak ada seorang captain yang berkualiti seperti Roy Keane atau Rio Ferdinand. Yang ada Valencia, dan Young yang dilihat tak mampu meneraju team yang rata-ratanya dibarisi bebudak wicet dan tiktok. Perlu ada figure yang dipandang tinggi rakan sepasukan dan cintakan kelab lebih dari apa saja.

3. Sort out the main eleven. Ranting-ranting mati dalam kelab ini perlu di cantas. Smalling, Jones, Darmian tu dah boleh jual rasanya. Pogba, Lukaku, Martial perlu digilap kembali dan diguna sebaik mungkin. Bawa masuk player yang sesuai dengan gameplay manager baru.

4. Youth policy. United dulu di era Ferguson sememangnya terkenal dengan player muda berbakat. Mungkin ini perlu diselesaikan, LvG dilihat banyak menaikkan player akademi, dan Mourinho sebaliknya memang dikenali dengan sikap anti-youngster nya. Kenaikan player muda seperti Tahith Chong, Angel Gomes, Mason Greenwood dilihat mempunyai potensi besar untuk diketengahkan.

Rata-rata fans bersetuju dengan keputusan memecat Jose Mourinho, bukan kerana kita tak respek dia. Tetapi melihatkan dari minggu ke minggu tiada peningkatan selepas kalah atau seri kita boleh rasakan yang player sudah tidak percaya dengan taktikal Mourinho. Apa guna disimpan, takut nanti makin merundum. The damage is done. Moving forward, United need to reset and build this team from the scratch.

#GGMU
#WinLoseDrawUnited
#ThankYouMourinho

Tiada ulasan:

Catatan Popular