Isnin, 30 Mei 2022

Aurora Syifa: Benda Paling Pantas

Orang kata Usain Bolt laju, cahaya tu laju, bullet train tu laju, The Flash tu laju, sesungguhnya diorang belum tengok tangan budak mencapai makanan. Kemain laju lagi


Aurora Syifa, kalau bab makanan memang cargas. Kalau ke kedai makan, dari awal duduk dialah orang pertama yang mengunyah, sampai nak balik, dialah orang terakhir yang mengunyah.

Alhamdulillah selagi dia berselera. Kita bagilah. Tapi dia makan semua, sayur, buah-buahan, protein, kira cukuplah nutrisi.

Semoga sihat-sihat hendaknya anakku sayang, Aurora Syifa

Khamis, 12 Mei 2022

Ayra Sofea dan Atuk

Arwah ayah meninggal beberapa bulan sebelum cucu dia Ayra Sofea lahir, masih segar lagi di ingatan saat menjaga ayah di hospital dibulan Ramadhan tahun 2018, ulang alik ke hospital bawa mak buyung yang tengah sarat.

Dengan nak pergi check up lagi, baby tak gerak lagi, hampir sebulan juga masa lebih banyak diluangkan di hospital dari di rumah. Ayah pergi tu masa lagi seminggu lebih lagi nak raya. 

Baru ni bawa Ayra Sofea ke kubur atuk dia, bila kita baca fatihah tu terus dia angkat tangan baca doa. Rasa macam ada ninja potong bawang lak tiba-tiba.

Semoga arwah ayah (Jaafar bin Hashim) diampunkan semua dosanya, dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Isnin, 9 Mei 2022

Tiba-Tiba Hari Raya


Selepas 2 tahun beraya dalam PKP, tanpa persiapan. Raya tahun ini tiba-tiba diumum awal sehari, kelam-kabut lah nak buat persiapan. Boleh tahan kelakar pemegang mohor raja-raja ni berjenaka, dengan baju melayu ungu dia, dekat RTM online dah umum awal lepas buka puasa tu, tapi di TV pukul 9pm baru dorang siarkan. Jadi masih berteka-teki lagi lah beberapa jam tu samada nak siap-siap pergi terawih atau tidak. Ikutkan ura-ura nya dah berminggu awal dah, ahli falaq dah sebarkan kat dalam whatsapp pasal kemungkinan raya awal ni, dan di negara jiran pun dah siap umum awal lagi. Tapi di Malaysia, hingga hujung Ramadan baru tahu. 

Berpuasalah kita 29 hari saja, kelam-kabut satu negara malam tu, ada yang baru raya tak beli lagi (konon nak tunggu sale malam raya), ada yang kena kerja esok hari nya, ada yang belum bertolak balik kampung, ada yang masih sedang menghadap jem balik kampung, rendang ketupat, makanan-makanan jangan ceritalah, memang tak sempat, ada sampai berjaga sampai pagi nak siap kan. Tak kurang juga yang dah redha je lah, Raya ala kadar je, raya ke-2 baru siap betul-betul. 

Tak sangka dalam hayat aku dapat alami peristiwa ni, "tiba-tiba Hari Raya". Macam-macam perkongsian lucu di media sosial dengan posting video, status, gambar yang kelakar tentang pengalaman kelam-kabut masing-masing malam raya tersebut.

Apa pun, Selamat Hari Raya diucap pada semua, maaf zahir dan batin. Semoga dapat kita bertemu Ramadan tahun depan dan Ramadan yang lalu menjadi pembimbing kita menjadi manusia yang lebih baik.


Catatan Popular