Sabtu, 5 September 2015

Buku: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Buku tentang impian yang tak kecapaian
Buku apa ni?
Ini buku tentang bola sepak, spesifiknya bola sepak Malaysia, yang berimpian mahu ke Piala Dunia dan tidak kecapaian selama 40 tahun. Hasil tulisan yang terperinci dari blogger Lucius Maximus, aku kagum dengan ketelitian Lucius membentangkan maklumat dan sejarah bola sepak negara dalam nada sinis dan kelakar. Beliau juga menyentuh perihal skandal rasuah, disiplin pemain, isu kewangan kelab tempatan, paling teruk kena adalah FAM, yang menjadi antara punca Malaysia tidak ke Piala Dunia, kebanyakan point beliau aku sangat-sangat setuju. Antara lain yang menarik adalah, pengenalan pemain-pemain klasik dari era 70an, 80an, tika tahap bola sepak Malaysia ketika itu boleh dibariskan setara Arsenal dan Korea Selatan.

Siapa perlu baca?
Orang yang paling wajib baca adalah, FAM. Kalau lepas baca buku ni masih tak muhasabah diri, aku tak tau lah.

Selain itu, peminat bola tanah air  dan jika anda mahu bacaan ringan, humorous dan berfakta. Inilah bukunya.

Rabu, 26 Ogos 2015

Suami Isteri: Tunggu

Tanggungjawab seorang suami bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng, kemaslahatan isteri dari zahir ke batinnya perlulah dijaga baik ibarat menatang minyak yang penuh, tapi zaman sekarang orang dah tak tatang minyak, diorang letak dalam botol je terus. Martabatnya tinggi [no.2, mak yang tertinggi] selaku wanita dalam kalung hati lelaki yang menyempurnakan separuh lagi jiwa lelaki ini.

Petang ini aku kena jemput separuh lagi hati aku balik dari kerja. Kali ni lambat sikit dia keluar, mungkin ada kerja lagi yang perlu disiapkannya. Terkebil-kebillah aku dihadapan pejabatnya sambil merenung pokok pinang setinggi 12 meter berhampiran pondok pengawal itu. "Berapa lama dah pokok ni kat sini?" tanya aku dalam hati sambil mengisi kebosanan diri.

-------------------------------------------------------------

Selang beberapa ketika

"Dah lama tunggu" Si Dia tanya.

"Lama" Aku jawab.

Dia sengih je melihat muka selamba Aku. Buat-buat macam tak bersalah.

"Dah 5 tahun, akhirnya awak jadi milik saya juga" Aku tambah, sambil buat muka hensem.

Tersipu Si Dia, senyum manis, pipi merah sikit.

Sambil gelak manja Dia cakap "Gedik"

Kami pun berlalu menuju sunset, kedengaran lagu Kaka Azraff berkumandang dilatarbelakang.

"Biar ku jalan dulu. Puas aku tunggu puas aku tunggu. Lu lambat macam mana. Itu bukan hal aku bukan hal aku..."

Isnin, 24 Ogos 2015

Siapa Salah?

Di sebuah kopitiam di ibu negara. Kelihatan dua lelaki sedang berdebat atas suatu perkara yang kecil. Mereka duduk bertentangan, atas kerusi unik dengan reka bentuk minimalis import dari negara Swiss, ditengah ada meja bulat berkaki satu warna chrome buatan Jerman. Atas meja ada dua biji telefon pintar brand antarabangsa, buatan China, dan juga sebiji cawan kopi, kopucino, minuman orang Itali, satu shot ekspreso, satu shot susu panas, satu shot foam susu. Telinga cawan menyendeng ke tepi.

Lelaki 1 kata telinga cawan di sebelah kanan. Lelaki 2 kata telinga cawan disebelah kiri. 

Benda sama, perspektif berbeza. 

---------------------------------------------------------------------

Sampai bila kita nak berbalah atas perkara yang remeh?  

Salah siapa?

Catatan Popular