Jumaat, 18 September 2026

Bulan Henti Bicara

"Bila hati terasa rindu... Dongak ke langit. Bulan bicara.”

Itulah dialog puitis daripada Zulfa dan Afghan dalam drama popular Bulan Henti Bicara.
Sejak mendengar dialog itu, Rahim selalu buat perkara yang sama setiap kali terasa rindu.
Malam itu dia keluar ke halaman rumah. Dia mendongak. Tak nampak bulan. Jerebu.
Dia duduk di kerusi plastik sambil terus memandang langit. Lima minit kemudian, jirannya keluar.
“Rahim buat apa?”
“Tengok bulan.”
“Mana?”
"Tu kot" Rahim tunjuk ke atas.
Jirannya mendongak.
"Rahim.."
"Ye"
"Tu bendera Malaysia"
--------------------
Selamat Hari Malaysia (dalam jerebu)

Tiada ulasan:

Catatan Popular