Sabtu, 15 Februari 2025

Jam Tangan Yang Hilang

Dia dah hilang. Jam tangan yang aku namakan Bob. Bob ni lah dulu yang mengendong masa-masa aku. Masa-masa aku bergelaktawa bersama keluarga selepas habis diner sambil menonton cerita drama entah apa-apa. Masa-masa aku berguraucanda bersama rakan-rakan tatkala karaoke nyanyi lagu yang buat jiwa-jiwa kita rasa muda. Masa-masa aku berkasihmesyera bersama sang cinta yang utama hingga buat kaki tak rasa cecah dek dunia.

Dah tak ada. Dah hilang. Hilang. Entah ke mana. Bob dah hilang. Bersama masa-masa punya aku yang dikendongnya.

Jadi aku sudah tak ada masa. 

Sabtu, 28 Disember 2024

Rama-Rama

Dalam perut, ada rama-rama.

Atau cuma sakit perut salah makan nasi kandar mamak.

Dalam cawan, ada wajah.

Atau cuma refleksi muka kau sendiri yang buruk berkocak.

Dalam hati, ada taman.

Atau itu cuma kardiac arrest dek kerna overload kolestrol yang menyumbat arteri.

Dalam minda, ada senyuman bayangan.

Atau itu cuma delusi dan halusinasi yang menghantui.

Ahad, 22 Disember 2024

Berbelah bahagi

Tak terniat apa pun.
Namun bila tersekat terlalu lama. 
Amat sukar ditarik keluar.

Mungkin tiada apa.
Tapi mungkin lebih baik aku lari.
Dari marabahaya yang mungkin datang,
atau tidak.

2025 yang datang
Apa yang utama perlu diutamakan.
Diri
Dan keluarga.

Yang lain, jika itu takdirnya, redha dengan hati terbuka.

Catatan Popular