Ahad, 30 Ogos 2009

Hikayat Si Budak: War Of The Gang Final

[War of the Gang I,II,III]
Hari ini penentu segalanya.
Geng mana yang lebih berkuasa akan ditentukan hari ini.

Geng Kumpulan berada di satu penjuru taman mainan.
Si Badan masih belum sampai.
Si Badan ditugaskan mengambil kelengkapan perang.
Si Budak dan Si Kepala merancang strategi.

Geng Jahat Taman Sebelah sedang lepak-lepak diujung taman mainan yang satu lagi sambil goyang kaki cungkil gigi guna sugi. Kamen Rider konfiden mereka akan menang mudah sambil gelak-gelak kotor.

Jam tepat pukul 9 pagi.


PERANG TAMAN MAINAN KE-7 bermula!

Si Badan masih tidak sampai lagi.
Si Budak dan Si Kepala terpaksa berjuang berdua-duaan.

Kelihatan Geng Jahat Taman Sebelah gagah dengan inovasi yang diciplak dari ruang otak kreatif ahli Geng Kumpulan. Lembing Perperangan, Perisai Polistrin dan Zirah Kotak.Si Budak dan Si Kepala kebingungan tidak fahamkan senario yang bermain di depan mata mereka. Ahli-ahli Geng Jahat Taman Sebelah gelak kotor menghina gelagat Si Budak dan Si Badan yang terpinga-pingat macam ayam mati kutu. Dari belakang Kamen Rider dan Makhluk Berbulu kelihatan Si Badan tersengih-sengih.

Si Budak dan Si Kepala kecewa.
Rupanya Si Badanlah dalangnya.
Harapkan pagar, pagar makan baldi.
Jadi jangan harapkan pagar.
Harapkan pagar elektrik.
Lebih berkesan.

....................................................................................

Dikala senja menjelang.
Mentari menyelam di ufuk Bumi.
Meninggalkan terang hari.
Menjemput gelapnya malam.
Si Budak dan Si Kepala tumpas.
Mereka ditinggalkan pengsan di taman permainan.
Penonton-penonton yang menonton perperangan tersebut berlalu pergi setelah penuh perut diisi dengan jamuan di rumah Tauke Lim.

Esok.
Maka secara rasminya Geng Kumpulan dibubarkan.




10 ulasan:

aishah ibrahim berkata...

hahah.
pening pening.
pening baca.
:"D

'Harapkan pagar, pagar makan baldi.
Jadi jangan harapkan pagar.
Harapkan pagar elektrik.
Lebih berkesan.'

yang atas tu best ( ;

Si Aizuddin berkata...

Aishah,
mau parasitamol?

hahaha? tq tq

chipsmore berkata...

la...suda bubar ke???

btw, i link u k ;)

Si Aizuddin berkata...

Chipsmore,
yup yup.
diorg tak sanggup terima kenyataan

sila sila. jgn malu malu.

KIBA kline berkata...

aishah rindu aku tue yg dia pening.
;)

haha. thanx singgah blog.
memang aku kecik kecik dulu.
kuat jugak perang taman nie.
sampai skunk aku tak dpt lagi jadi
abg long. wahaha

re: kau ingt kau dulu dulu bila lihat aku? haha.

follow blog aku balik bro. :)

Si Aizuddin berkata...

kiba,
oh aisyah main rindu2 ye bulan2 ramadhan ni.

no biggie. shax yg tag kau. aku klik je.

dulu aku rajin gak tulis poem2 ala moden gitu. (sebenarnye bantai je)

ok will do

shakinah berkata...

ade orang sebut name aku la?

░♥si lampu neon♥░ berkata...

hye tetel. sila transform skekarang. i mean sekarang!!!!!


bruut brutt brut!

mirashi berkata...

kuat btl imaginasi
berkhayal sebentar shj yeah?
emmmm=_=

Si Aizuddin berkata...

Shax,
haah ada org sebut nama kau la.

Neon,
ini cerita rekaan shj. diminta jgn tpengaruh. sila berhati2.

Mira,
Sebentar ja.