Ahad, 25 Oktober 2009

Ruang Hati Yang Kau Tak Kenal

Hari itu jiwa aku dipres.
Pagi itu otak aku stress.
Secelik saja mata, Aku menangis.
Bangun dari tidur berlari dari mimpi sadis.

Ok. Aku tahu.
Aku perlu gosok gigi.
Tapi kenapa menggosoknya dengan Biore for Men?
Ok. Aku tahu.
Cuci muka bersama sedikit Biore for Men.
Tapi kenapa mencucinya dengan L'Oreal Hair Gel?
Ok.Aku tahu.
Berjalan biarlah diatas jalan.
Tapi kenapa berjalannya melanggar tiang?

Mungkin sebab inilah.
Kerja kau masih lagi bersepah.

Ok. biarlah hari kau berlayar.
Malam kau berlarut.
Pastikan kau dan komputer tidak berpisah.

..................................................................

Terima Kasih Gadis.
Sesi terapi itu sangat mendamaikan.
Biarpun Meggi itu kembang dalam air Teh.

[Coming Soon: Sesi Terapi Bersama Gadis]

Rabu, 21 Oktober 2009

Kesinambungan Cerita Malam Pesta Keramaian

[Ini sambungan]
Malam Pesta Keramaian itu. Semua umat manusia berfesyenkan fesyen yang menggembirakan mata yang memandang. Muka habis ditabur dengan pelbagai solekan. Si Budak dapat blusher free berbentuk tapak tangan dipipi. Dan Si Budak kelihatan bergaya dengan kamera yang terperosok ke dalam perutnya yang menampakkan isi perutnya yang terburai sedikit.

[Moral:Jangan bergurau dengan Gadis yang datang bulan]


...................................................................

Bila lagi nak berfoto? Tengoklah mana yang berkenan.
Silakan, Jangan malu-malu
[Sori kawan, Camelia tak dapat hadir]

Prince paling stylo dalam abad ini
Marilah menendang, Rakan-rakan Cyber Corp.
Gaya seorang Jejaka Tampan yang berjiwa kotor.
Sesiapa mahu pukul lelaki tersebut sila buat tempahan awal.Koleksi Perempuan Berjiwa Processor
Lelaki terbang.

Foto yang terlibat diatas berplotkan Dinner Lite Siskom yang bertempat di Dewan Aspirasi UiTM Terengganu yang melibatkan pelajar Diploma Sains Komputer. Sebarang tempahan sila gunakan kuasa telepati. Surat menyurat tidak dilayan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Lagu Angker Jatuh Diatas Kepala

Di satu pesta keramaian.

Gadis: Boleh tak awak tolong ambilkan gambar saya.
Si Budak: Ok satu dua tiga senyum.
Gadis: Cantik tak? Boleh saya tengok.
Si Budak: Em..
Gadis: Kenapa gelap?
Si Budak: Malam.
Gadis: Boleh tak awak ambil sekali lagi?
Si Budak: Tapi awak pun gelap.

[sambung]
..........................................................................

Si Budak rindukan Jack. Matanya berkaca sambil menonton kipas syiling mengalunkan lagu mellow. Sedang asyik Si Budak melayan kebosanannya sambil baring berbantalkan tangan. Tiba-tiba, kedengaran pintu di ketuk kuat bagai ada ceti haram bersama lima kaki pukul menanti disebalik pintu kayu tersebut.

Si Budak pergi ke pintu perlahan-lahan dengan jantung kurios apakah yang menantinya di sebalik pintu kayu tersebut. Sebaik sampai saja tapak tangannya di tombol pintu. Ketukan yang kuat tadi terhenti.

Berderau darah Si Budak sebaik sahaja pintu di buka. Seorang lelaki tua berbaju putih dengan kepala yang penuh berdarah dan mata merah yang penuh kebencian berdiri terpacak di depan pintu. Meremang bulu roma Si Budak. Lantas secara automatiknya Ayat Qursi lancar dibaca oleh Si Budak.

Lelaki tersebut tersenyum.
Lelaki Misteri: Ini awak punya?
Kata lelaki misteri tersebut sambil mengangkat bungkusan guni yang berdarah ditangan kirinya.
Si Budak: Jack!

Khamis, 15 Oktober 2009

Lontaran Imaginasi: Maafkan Ayah

Ketika Zambri sedang dalam perjalanan kesebuah stesyen bas. Dia terjumpa sekeping kertas yang kelihatan berliuk-liuk ditiup angin kereta yang lalu-lalang di tepi jalan, dan kertas itu seperti meminta untuk dikutip. Lantas Zambri pun berdebar-debar mengutip kertas tersebut dengan pelbagai hipotesis tercipta di mindanya.

........................................................................

Semua ini terjadi tidakku pinta.
Ini bukan hanya sekadar bala yang menimpa.
Bermula dari salah membina pilihan dikala muda.

Bukan aku tak mampu berfikir.
Tapi minda ini dibuntui racun yang hanyir.
Bukan aku tak mampu mencinta.
Tapi hati ini telah ditelan gelap gelita.

Aku tahu, Tuhan maha penyayang.
Aku tahu, Tuhan maha pengampun.
Tetapi aku juga tahu,
Betapa tidak layaknya aku.
Untuk digelar Ayah.

Tubuh ini semakin tua.
Semakin dimamah usia.
Fahamilah aku wahai anak-anakku.
Sayangilah aku wahai anak-anakku.
Berhentilah dari terus membenci aku.

Maafkan Ayah.

........................................................................

Zambri melihat langit. "Ayah."
Terpancul dibibirnya tanpa sengaja.
Lalu Zambri tertunduk menahan sebak didada.
Ditabahkan hati dan dihalakan matanya ke horizon Bumi.
Dari jauh kelihatan bayang seorang lelaki.
Di stesyen bas yang ingin Zambri tuju tadi.

Selasa, 13 Oktober 2009

Lagu Hiba Jatuh Diatas Kepala

Dulu,
Si Budak ada bertemu seorang rakan.
Jack, nama dia Jack.

Jack adalah sebuah gitar yang ceria.
Yang senantiasa cintakan hiburan.
Yang tak pernah berhenti jiwanya tersenyum.
Jack selalu memainkan lagu-lagu gembira.

Suatu hari ketika Si Budak dan Jack sedang terbang bersiar-siar menunggang unicorn di langit biru sambil menyanyikan lagu-lagu ceria. Jack ternampak satu gadis. Gadis yang cantik berambut panjang lurus hitam, berkulit putih mulus dan berfesyenkan pakaian serba putih sedang menari-nari di taman bunga diatas awan.

.....................................................

Sejak dari hari itu,
Jack tidak lagi tersenyum.
Jack bukan lagi gitar yang ceria.
Jack hanya mendendangkan lagu hiba.
Ya, lagu hiba sahaja.

Si Budak ambil Jack bungkus dia dalam guni berisikan batu-bata dan dihumban kebawah apartment dua puluh tingkatnya.

Isnin, 5 Oktober 2009

Kontes Foto Bertambah Imaginasi

Saya jatuh cinta pada Camelia pada pandangan pertama. Dulu ada seekor monster Boolat telah menangkap Camelia dan mengurung Camelia saya di Pulau Boolat Boolat. Oleh kerana cinta saya yang amat mendalam, jadi saya sanggup bertempur dengan monster Boolat demi untuk cinta hati saya, Camelia. Saya menang dalam setiap cabaran yang diberi seperti contest "Siapa Menabung Baling Banyak" , "Sebulan Bersama Maggi" dan banyak lagi contest lain yang dikemukakan monster Boolat tersebut. Saya dapat memenangi Camelia tetapi Camelia telah disumpah menjadi sebuah dslr nikon d70 oleh si monster boolat tersebut yang irihati pada cinta kami. Namun begitu, saya dan Camelia terus bahgia sehingga akhir hayat.

-Hikayat Si Teruna-

Sabtu, 3 Oktober 2009

Krisis Ekonomi Global: Duit Terbang


Hari ini Karim malas mahu buat rutin kerja harian beliau. Beliau berkerja di bahagian penting dalam sebuah kamera berjenama Nikon. Di department beliau, iaitu department shutter beliau terpaksa berkerja keras untuk memastikan cahaya keluar masuk dengan lancar dari kaca lensa ke sensor kamera. Tetapi beliau mahu bercuti hari ini.

Hari ini Johnson terpaksa menggantikan Karim di department shutter membuka dan menutup shutter seperti hari-hari yang lalu. Tapi Johnson masih mentah dalam bidang ini dan tanpa sengaja telah menutup shutter kamera itu lebih dari masa yang sepatutnya. Dan terus terkunci shutter itu. Johnson yang menggelabah masa itu terus beli tiket ke Rusia dan melenyapkan diri tanpa sebarang kesan.

.......................................................................

Aku pejam mata.
Aku buka mata.
Pandang langit.
Aku nampak empat ratus lima puluh ringgit terbang.
Betul-betul melintas atas ubun-ubun kepala aku.
Dan pergi jauh meninggalkan pandangan aku.

Khamis, 1 Oktober 2009

Pemburu Pari-pari

Hobi aku memburu pari-pari.
Selalunya aku keluar untuk memburu pari-pari pada waktu malam. Sebab pari-pari selalu lepak di depan kotak cahaya berhampiran tapak projek kolam ikan terbengkalai milik Tauke Lim pada waktu malam. Hari itu aku pergi sendiri, kerana kawan aku Roberto tidak dapat hadir sebab mak beliau suruh siapkan kerja sekolah.

Aku nampak dua pari-pari yang agak comel di tepi pokok. Lantas terus aku tebarkan jala elektrik yang aku curi ambil dari setor Papa aku. Dan aku simpan dua pari-pari itu di dalam balang yang di ambil dari almari koleksi balang Ibu aku sehingga menyebabkan hati aku terasa damai pabila cahaya dari serbuk pari-pari tersebut terapung-apung dalam balang seperti salji yang berliuk-liuk jatuh dari langit Eropah ketika musim Winter.

Dalam aku sedang khayal melayan keindahan hasil tangkapan aku. Hadir suara seorang nenek tua datang meminta tolong dari mana-mana insan budiman untuk membantunya. Aku dengan berat hati meninggalkan balang berisi pari-pari di tepi pokok dan membantu nenek yang dalam kepayahan tersebut.

......................................................

Sebaik sahaja kembali aku dari membantu nenek tersebut aku nampak balang berisi pari-pari aku telah dibawa terbang tinggi di langit oleh dua pari-pari comel tersebut sambil membuat muka mengejek kegagalan aku untuk menghayati kecantikan mereka.

......................................................

Hari ini aku minta maaf pada Ibu dengan harapan beliau tidak perasan balang beliau telah hilang di terbangkan pari-pari.