Ketika Zambri sedang dalam perjalanan kesebuah stesyen bas. Dia terjumpa sekeping kertas yang kelihatan berliuk-liuk ditiup angin kereta yang lalu-lalang di tepi jalan, dan kertas itu seperti meminta untuk dikutip. Lantas Zambri pun berdebar-debar mengutip kertas tersebut dengan pelbagai hipotesis tercipta di mindanya.
........................................................................
Semua ini terjadi tidakku pinta.
Ini bukan hanya sekadar bala yang menimpa.
Bermula dari salah membina pilihan dikala muda.
Bukan aku tak mampu berfikir.
Tapi minda ini dibuntui racun yang hanyir.
Bukan aku tak mampu mencinta.
Tapi hati ini telah ditelan gelap gelita.
Aku tahu, Tuhan maha penyayang.
Aku tahu, Tuhan maha pengampun.
Tetapi aku juga tahu,
Betapa tidak layaknya aku.
Untuk digelar Ayah.
Tubuh ini semakin tua.
Semakin dimamah usia.
Fahamilah aku wahai anak-anakku.
Sayangilah aku wahai anak-anakku.
Berhentilah dari terus membenci aku.
Maafkan Ayah.
........................................................................
Zambri melihat langit. "Ayah."
Terpancul dibibirnya tanpa sengaja.
Lalu Zambri tertunduk menahan sebak didada.
Ditabahkan hati dan dihalakan matanya ke horizon Bumi.
Dari jauh kelihatan bayang seorang lelaki.
Di stesyen bas yang ingin Zambri tuju tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
17 ulasan:
sedihnya. dr kecik kan kita rs ayah kita adalah hero kita. bupaskan buah. gigitkan ais batu yg besar tu utk kita. wuu~
aku jadi insaf...
trimas...
Pandai juga kau buat cerita sedih?
Puding,
Gigitkan air batu ye.
Bestnya ada ayah macam tu
Hani,
Insaf? Baguslah.
Raja,
Entahlah, saja mengisi masa lapang
rindulah. ) :
Cantik.
Aishah,
Aku pun rindu.
Amer,
Cantik dari perspektif?
Chismore,
Tengoklah. Tapi watak Zambri tersebut hanya wujud dalam imaginasi saya sahaja
aku tak berapa rapat dengan abah.
kalau aku jadi abah nanti, musti aku pun akan buat satu jurang agaknya....
Mugi,
Tapi sekurang-kurangnya kau masih ada abah
suka sgt buat cerita sedih kebelakangan ni yea
senyum la kawan=)
kenapa?
aku x faham
neuron-neuron x bersambung agaknya...
T_T
Mirashi,
Sebab kini saya memang sedang bersedih. yea, a lot of thing happens
Mata kaca,
Simple je. cerita tentang penyesalan seorang ayah.
ohayah. ohh. oh.
Fatah,
Adakah kau sedang menyanyi lagu exist oh ibu yang ditukar version kepada oh ayah?
Maafkan aku Ayah...
Nik,
Aku maafkan Ayah
Catat Ulasan