Di satu pesta keramaian.
Gadis: Boleh tak awak tolong ambilkan gambar saya.
Si Budak: Ok satu dua tiga senyum.
Gadis: Cantik tak? Boleh saya tengok.
Si Budak: Em..
Gadis: Kenapa gelap?
Si Budak: Malam.
Gadis: Boleh tak awak ambil sekali lagi?
Si Budak: Tapi awak pun gelap.
[sambung]
..........................................................................
Si Budak rindukan Jack. Matanya berkaca sambil menonton kipas syiling mengalunkan lagu mellow. Sedang asyik Si Budak melayan kebosanannya sambil baring berbantalkan tangan. Tiba-tiba, kedengaran pintu di ketuk kuat bagai ada ceti haram bersama lima kaki pukul menanti disebalik pintu kayu tersebut.
Si Budak pergi ke pintu perlahan-lahan dengan jantung kurios apakah yang menantinya di sebalik pintu kayu tersebut. Sebaik sampai saja tapak tangannya di tombol pintu. Ketukan yang kuat tadi terhenti.
Berderau darah Si Budak sebaik sahaja pintu di buka. Seorang lelaki tua berbaju putih dengan kepala yang penuh berdarah dan mata merah yang penuh kebencian berdiri terpacak di depan pintu. Meremang bulu roma Si Budak. Lantas secara automatiknya Ayat Qursi lancar dibaca oleh Si Budak.
Lelaki tersebut tersenyum.
Lelaki Misteri: Ini awak punya?
Kata lelaki misteri tersebut sambil mengangkat bungkusan guni yang berdarah ditangan kirinya.
Si Budak: Jack!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
23 ulasan:
Ada y!m yang boleh aku berhubung dengan ko tak?
tak sangka si budak tu dlm diam blh hafal ayat kursi yea=)
kejap kenapa dia rindu jack lps apa yg dia da lakukan selama ni?>:<
dan??cerita ni akan bersambung lagi??
tu la aku dah ckp,t jack jd antu..
xnk percaya...
harap si budak ok..
err..si budak ok ke???
HAHA.
tidak ku rasa keseramannya.
lawak lagi adalah.
>___<
owwhh
saper jack...
*gue ikut kamu...
tangkap gambar malam. mode B. settle. hold lama2.
Darkk,
ada kat profile gua.
aizudin088@yahoo.com
Mira,
Hahaha, itu mungkin kerna Si Budak adalah sejenis manusia tak gheti bersyukur.
Mata Kaca,
Depends kepada permintaan ramai.
Si Budak? Ok kot berdasarkan imaginasi aku.
Aishah,
Kau fahamkan? Hahaha. Aku ada banyak idea lain untuk sambungan ini tapi aku buat macam ni lah. Biar lawak sikit.
Tengku,
Jack adalah sebuah gitar dari entri sebelum ini.
Thanks anyway.
Fatah,
Si Budal saja nak sakitkan hati Gadisla tu. Bukan tak boleh nak ambil gambar malam kan?
er.. teringat iklan budak tu buang sampah kat bawah flat, terkena kat pakcik tua tu habis berdarah.. haha
Muffin,
Ha moral of the story jangan suka-suka buang sampah ke bawah rumah apartment anda.
haha...
aku yakin ini cerita malam dinner...
:p
kesian si gadis...:p
apsal dia nak rindu ngan jack plak?
dah la haritu campak jack ngan sadis nya!
aku nyampah btol ngan perangai si budak tu!
lempang kang!
alalala cian..
Hani,
Ada perkaitan juga lah. agaknya
Mugi,
Sabar bro, sabar.
Mak oi, garangnya kau mugi
Puding,
Alalalalatok jangan saman.
macam cerita hantu
:S
aku tak sabar nak tggu sambungan..
ahh. macam citer korea la.
suka buat aku tertunggu tunggu.
btw, gmbar ko dalam ruang phtostrm macam korean hero ah.
;D
haha
:)..
Ahh gadis~
memang tidak mahu kalah jika cahaya kamera menyinari wajah~
dan Jack kembali~
harap Si Budak mengerti apa makna di sebalik kehibaannya~
DSZ.
Kuch,
Macam je. Hahaha cerita lawak sebenarnya
Kiba,
Hahaha, macam kat elarti gak. selalu buat aku tertunggu-tunggu.
Tq bro, malu aku(blushing)
Halawatul Iman,
Senyum itu sedekah. Saya lebih bersyukur kalau disedekahkan wang tunai
Zara,
Photogediklah Si Gadis.
Harap-haraplah.
Salam ,melawat sahabat2..
Fly,
Wassalam. Singgah sahur ke ni
kwang hajo!
ahahahahha
bukan apa weh...
geram ngan orang tak bersyukur camtu..
bila aku jd camtu, sila marah aku supaya aku sedar...
Shax,
Kurang kesedaran sivik je
Mugi,
Oh ok ok. Aku takut kau jadi Hulk ke apa ke. Boleh musnah property
Catat Ulasan