Khamis, 1 Oktober 2009

Pemburu Pari-pari

Hobi aku memburu pari-pari.
Selalunya aku keluar untuk memburu pari-pari pada waktu malam. Sebab pari-pari selalu lepak di depan kotak cahaya berhampiran tapak projek kolam ikan terbengkalai milik Tauke Lim pada waktu malam. Hari itu aku pergi sendiri, kerana kawan aku Roberto tidak dapat hadir sebab mak beliau suruh siapkan kerja sekolah.

Aku nampak dua pari-pari yang agak comel di tepi pokok. Lantas terus aku tebarkan jala elektrik yang aku curi ambil dari setor Papa aku. Dan aku simpan dua pari-pari itu di dalam balang yang di ambil dari almari koleksi balang Ibu aku sehingga menyebabkan hati aku terasa damai pabila cahaya dari serbuk pari-pari tersebut terapung-apung dalam balang seperti salji yang berliuk-liuk jatuh dari langit Eropah ketika musim Winter.

Dalam aku sedang khayal melayan keindahan hasil tangkapan aku. Hadir suara seorang nenek tua datang meminta tolong dari mana-mana insan budiman untuk membantunya. Aku dengan berat hati meninggalkan balang berisi pari-pari di tepi pokok dan membantu nenek yang dalam kepayahan tersebut.

......................................................

Sebaik sahaja kembali aku dari membantu nenek tersebut aku nampak balang berisi pari-pari aku telah dibawa terbang tinggi di langit oleh dua pari-pari comel tersebut sambil membuat muka mengejek kegagalan aku untuk menghayati kecantikan mereka.

......................................................

Hari ini aku minta maaf pada Ibu dengan harapan beliau tidak perasan balang beliau telah hilang di terbangkan pari-pari.

15 ulasan:

AISA. berkata...

biarlah balang tu pergi.
akan ada gantinya nanti.

Aizuddin Jaafar berkata...

Aishah,
harap-harap ia kembali.

fatah85 berkata...

akan kembali punyalah. pari pari bukan jahat sangat pun sampai mahu curi balang kau.

lagi satu, lain kali, voltan jala elektrik kasi kuat sikit. biar pengsan sebentar pari pari. bila pengsan, kau potong sayap dia sikit. kasi dia tidak boleh terbang buat sementara. cuma sementara. dalam masa 2, 3 minggu, boleh terbang balik.

dalam masa 2,3 hari tu. kau tatap puas puas sang pari pari. dia tak marah sebab dia cuma pari pari. jangan risau kawan. ;)

Hani Yuhani berkata...

nanti mak awk beli barang baru yang lagi cantik...
buat isi kuih raya taun depan...

puding roti berkata...

kena pegi ajak roberto tangkap pari2 sekali lagi

Aizuddin Jaafar berkata...

Fatah,
terima kasih atas tips yang sangat berguna itu.

Hani,
Mungkin. tapi perlu check dulu keadaan ekonomi semasa.

Puding,
Baiklah, tapi sayalah yang kena marah dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah

M berkata...

tak tahu nak kesian atau nk ckp padan muka..
hehe xD

Aizuddin Jaafar berkata...

Mira,
kesian lah. jangan cakap padan muka tak elok

M berkata...

tp memburu pari2 tu bukan ke satu kesalahan?
kesian pari2 dan akhirnya balang si ibu mendpt tempiasnya sekali
;p

Aizuddin Jaafar berkata...

Mira,
takde la, takde akta pun. bwek :P

M berkata...

eh bkn ke si mirashi awesome baru je mengeluarkan aktanya
wek;p

Darkkadabra berkata...

Ni misti balang favourite mak lu pecah. Tapi lu cerita pari-pari larikan. Peh. Licik jugak lu ni. hehe.

Aizuddin Jaafar berkata...

Mira,
Wow, suda ada akta sindri ka? hebat

Darkk,
Bijak la lu. kantoi lak. hehe

fizafreak berkata...

manis tau....

pari-pari tu comel dan baik hati
tapi sedikit nakal...
dia sengaja mahu terbangkan pasu ibu awak tu...
supaya awak akan terus cari si pari-pari itu tak jemu-jemu...

nanti bila satu hari awak dah berjaya jumpa si pari-pari itu semula...
awak bukan saja dapat menghayati kecantikan si pari-pari itu lama-lama...
malah awak akan dapat semula pasu favorit ibu awak juga...


(^_~)v

Aizuddin Jaafar berkata...

Fiza,
Wau. I like. think positif kan?

Tapi kalau manis sangat tak bagus untuk kesihatan kan?

Catatan Popular