"Papa, Mama, kenapa pak cik itu berlari"
Tanya Bob merujuk kepada seorang pak cik berseluar trek, berbaju jersi Selangor FC, berstokin yang koyak tapaknya berserta muka yang paling selekeh yang mampu wujud atas muka bumi ini.
"Oh, pak cik itu anak kepada bekas pelari pecut negara. Dulu kaki dia kudung masa kecil dan selepas bapa dia mati, bapanya telah menghadiahkan kakinya kepada anak tunggalnya. Sampai sekarang pak cik itu berlari untuk memecah rekod larian bapanya."
Jawab Papa.
Mama memandang sinis Papa.
"Bukanlah abang, dengar ceritanya. Pak cik itu ketika remaja dia telah jatuh cinta pada anak dara Haji Man. Satu hari sebuah awan yang hitam telah menculik anak dara Haji Man si kekasih hati pak cik tersebut dan terus membawanya terbang ke selatan bumi. Pak cik tersebut terus kejar dan mengejar dan terus mengejar kekasih hatinya sehingga hari ini."
Jawab Mama pula.
"Papa! Mama! Ada piring terbang dekat atas sana."
Jerit Bob lantas berpura-pura tidur.
18 ulasan:
bob.
tak baik tipu mak ayah.
dose tahu?
kenapa bob tiba2 pura2 tidur?
mungkin bob patut ikut je piring terbang tu pergi cuci otak
haha xD
btw,selamat hari raya kpd aiz dan kamelia:DD
hmmm
hmmm
hmmm
kenapa ek?
ok aku tak faham.
T_____T
Shax,
Tipu sunat je. haha
Dyana,
Maybe sebab dia takut pada ufo tersebut. wahahaha
Mira,
Boleh ke? tambang mahal kot.
Selamat hari raya. maaf zahir batik
Aishah,
Kerana sebab-sebab yg mengarut wujud jd kita harus berlari
piring terbang?
sape yang gadoh laki bini time2 raya tu?
Mugi,
ade la. tak bertanggungjawapan betul kan? kan?
kita pun tak paham. wuu~
batik?
bila sebut je batik
teringt kek batik
ahai,kempunan bulan ni xmkn kek batik:|
Puding Roti,
renung-renungkan. dan selamat berenang. heee
Mira,
Makan je keje
Hmm Bob handsome tak?
(Secretly tak faham.)
Faz,
Boleh lah tahan.
buat-buat faham je
hehehe...
biasanya org yg bnama bob bbdan gempal..
erol,
biasanya lah. biasanya. hahaha
orang nama bob bukan comel ke?
haha
mira,
mmg comel pun. agaklah comel.
Catat Ulasan