Ahad, 6 September 2009

Mencari Diri Yang Dulu

Berplotkan kaki lima sebuah kedai basikal. Berlatarkan belakangkan gerombolan-gerombolan manusia yang lalulalang. Di kedai kopi sebelah, uncle-uncle sedang sibuk mengkritik dan mendebatkan isu-isu semasa. Cuaca panas terik merebus otak sesuai dengan konsep bandar Metropolitan yang kepupusan pokok hijau. Seorang apek sedang tenang melepak atas kerusi malas di depan kedai di seberang jalan. Dan seorang polis trafik sedang senyum sendirian sambil menulis saman kepada kereta kuda merah yang tidak membayar parkingnya.

Robert berdiri statik.
Masa berlalu detik demi detik.

Robert terlupa kini.
Dimana dirinya yang dulu pergi.

Jadi Robert melangkah ke belakang.
Dengan harapan bersua dengan dirinya dulu yang menghilang.
Akibatnya Robert terjerumus terus kedalam longkang.

19 ulasan:

Pinko berkata...

moral: jangan tak pandang belakang.

Aizuddin Jaafar berkata...

Tp kalau pandang belakang nanti nmpk Dharma dari Filem Macam Seram Melayu Jangan Pandang Belakang

Tanpa Nama berkata...

tanya robert dia nak buat operation tambah mata kat belakang tak.
aku boleh tolong

Aizuddin Jaafar berkata...

Shax,
macam menarik ja. nanti aku call die

AISA. berkata...

jatuh longkang tu,
sebab aizuddin tak sambut.

-_____-"
kenapakah?

HAHA.

Aizuddin Jaafar berkata...

Aishah,
Kalau awek cun mesti aku sambut.

-____-"

HAHA.

mirashi berkata...

cik aisyah
sebab mengapa si aiz ni tak sambut si robert tu kerana
aiz dan robert ialah orang yg sama
haha;p

Aizuddin Jaafar berkata...

Cik Mira,
Mengapakah cik adik beranggapan sebegitu?

mirashi berkata...

Robert terlupa kini.
Dimana dirinya yang dulu pergi.
Jadi Robert melangkah ke belakang.
Dengan harapan bersua dengan dirinya dulu yang menghilang.
Akibatnya Robert terjerumus terus kedalam longkang.

jelas menunjukkan ini prangai aizuddin;p

AISA. berkata...

HAHA.
apekah?

selama ni kau suka menyamar ye.
asal jatuh weh?
tengok aku hensem sgt eh?
pffft.



mengalah jela.

:p

Aizuddin Jaafar berkata...

Mira,
Mungkin mungkin.


Aishah,
Yela. Aishah hensem.
Tak kisah pun. Dunia ja semua tu

Tanpa Nama berkata...

awesome pon duniawi jugak? xB

Aizuddin Jaafar berkata...

Tapi Aizuddin mmg Awesome

mirashi double2 aweosme berkata...

dunia smua tu;D

Aizuddin Jaafar berkata...

Cik mira double2 aweosme,
Yup yup. still aizuddin mmg awesome.

mugiwara berkata...

[setelah bertenang, baru boleh komen]

oke.
ada orang mahu cari diri yang dulu
ada orang mahu terus membentuk diri yang baru
ada orang tak hirau semua itu

aku.
kadang kadang aku tak mahu jadi apa yang aku pernah jadi dahulu.

[setelah habis tinggalkan ulasan, aku rasa lebih tenang]

Aizuddin Jaafar berkata...

Mugi,[ok ok, tarik nafas, fuh.. hembus]

aku faham mugi. jadi mari kita berusaha jd lebih baik. ho yeah!!

puding roti berkata...

kata ayah, jalan terus. toleh belakang kejap2 je kutip pengajaran dr pengalaman nnti takut jatuh terguling2 mcm tu lah

kata ayah lah. tp kita pun degil. kdg2 jln mengundur mengundur jgk. haih!

Aizuddin Jaafar berkata...

Kepada Akak Puding Roti yang dirindui.

Jgn melawan cakap ayah. nanti kena sumpah jadi peti ais 24 inci.

Jatuh berguling-guling macam tenggiling pun comel gak.

Catatan Popular