Perang akan meletus. Ini pasti.
Ya lah, di taman permainan itu.
Geng Kumpulan: Mahukan kesaksamaan dan pembalasan keatas onar yang disebarkan Geng Jahat Taman Sebelah.
Geng Jahat Taman Sebelah: Jeles dan dengki akan kesuksesan Geng Kumpulan.
Faktor-faktor diatas sudah cukup untuk meletuskan Perang Taman Permainan Ke-7. Selepas hampir 7 tahun keamanan tercapai di taman permainan tersebut.
"Persiapkan segala kelengkapan untuk bertempur"
Berikut adalah ucapan dari ketua Geng Kumpulan, Si Budak.
Si Budak baru sahaja dilantik menjadi ketua Geng Kumpulan.
Of Koz demokrasi, demokrasilah. Ada pilihan raya siap.
Hasil risikan oleh biro perisikan iaitu Si Kepala.
Geng kumpulan berjaya mencipta satu inovasi baru.
Zirah Kotak - Kotak, Sedikit lukisan kreatif.
1. Potong Kotak mengikut saiz yang diidamkan.
2. Lipat 2 Kotak tersebut.(Depan & Belakang)
3. Potong 1 lubang pada lipatan tesebut(Kolar)
4. Coretankan sedikit idea kreatif diatas zirah tersebut.
5. Siap untuk dipakai.
Perisai Polistrin - Polistrin terbuang, Pemegang buat sendiri.
1. Dapatkan mana-mana Polistrin terbuang.
2. Tebuk dimana-mana bahagian Polistrin tersebut(Pemegang)
3. Siap untuk dipakai.
Lembing Perperangan - Kayu mob terpakai.
1. Cari kayu mob terpakai.
2. Siap untuk dipakai.
Geng Jahat Taman Sebelah pasti tidak menyangka kemajuan teknolgi perang yang digapai oleh Geng Kumpulan. Ini terbukti apabila ahli-ahli Geng Jahat Taman Sebelah boleh dilihat berlegar-legar sambil mengepau aiskrim budak-budak yang lalu lalang dan sibuk mengacau anjing di rumah cina(Tauke Lim), langsung tidak fokus pada Perang Taman Permainan Ke-7 yang julung-julung kalinya diadakan ini.
..............
Esok, esok perperangan akan meletus.
Semua bala tentera Geng Kumpulan diminta bersedia.
Si Budak, Si Kepala(masih benjol) dan Si Badan(selalu tak hadir meeting)
[entri akan datang pula bersambung]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
10 ulasan:
nak tonton perlu tiket tak?
aku nak join tengok~
kalau free...
jom jom. mai secawan (eh,itu iklan radix)
smbl2 tgk lawan2,ada jamuan tak?
Pak Ali ada buat sikit jamuan kot masa lunch. jemput lah dtg
wah!
seronok
seronok!
erm...berfikir sebentar.
nak pakai kostum suria baja hitam atau kostum otromen es.
mugi,
tak kesah. mane2 boleh.
tapi kite ade anugerah kostum paling comel tau. pastu ade lucky draw
lepas ni blh la main perang2 dgn formula buat senjata ciptaan khas aizuddin
:))
bagus2. aplikasikan
nak join jugak perang
ha ha ha ha
nice blog u have...
;]
ayien,
hanya badan2 berdaftar shj dibenarkn join.
oh tq tq(blushing)
Catat Ulasan