Ahad, 27 September 2009

Mengapa Perlu Berlari

Situasi: Mama, Papa dan Bob sedang menaiki kereta untuk pulang ke kampung menziarahi Nenek Bob yang sudah sakit gigi. Papa sedang memandu sambil matanya melilau mencari bahan pencuci mata di pinggiran jalan. Mama sedang sibuk bermesej dengan Datin N tentang program kebajikan mereka untuk rumah anak-anak yatim Kampung Sulawesi Utara. Bob sedang bosan.

"Papa, Mama, kenapa pak cik itu berlari"
Tanya Bob merujuk kepada seorang pak cik berseluar trek, berbaju jersi Selangor FC, berstokin yang koyak tapaknya berserta muka yang paling selekeh yang mampu wujud atas muka bumi ini.

"Oh, pak cik itu anak kepada bekas pelari pecut negara. Dulu kaki dia kudung masa kecil dan selepas bapa dia mati, bapanya telah menghadiahkan kakinya kepada anak tunggalnya. Sampai sekarang pak cik itu berlari untuk memecah rekod larian bapanya."
Jawab Papa.

Mama memandang sinis Papa.
"Bukanlah abang, dengar ceritanya. Pak cik itu ketika remaja dia telah jatuh cinta pada anak dara Haji Man. Satu hari sebuah awan yang hitam telah menculik anak dara Haji Man si kekasih hati pak cik tersebut dan terus membawanya terbang ke selatan bumi. Pak cik tersebut terus kejar dan mengejar dan terus mengejar kekasih hatinya sehingga hari ini."
Jawab Mama pula.

"Papa! Mama! Ada piring terbang dekat atas sana."
Jerit Bob lantas berpura-pura tidur.

Selasa, 22 September 2009

Manusialah

Cinta antara gadis dan dua jejaka.
Gadis berwajah bulat, berkulit gelap, bermata hitam, berbadan katek,dan sedikit gempal itu terpaksa membuat pilihan.
Untuk memilih antara dua jejaka.
Mubarak atau Fitri.
Mubarak si jejaka miskin berhati mulia.
Tatkala Fitri anak bangsawan pemenang tiga tahun berturut-turut pertandingan jejaka paling ganteng di kampung.

Dulu tiada siapa yang mahukan si gadis.Selain Mubarak.
Ketika bersama Mubarak. Terdidik si gadis menjadi wanita solehah.
Diujung silau kesolehan si gadis.
Datang Fitri yang tertarik hati akan kemulian jiwa si gadis.
Anak dara mana yang tak mahukan Fitri, si anak bangsawan.
Namun sesudah beralih hati pada Fitri.
Segala yang terlintas dihati bergolek ke tangan.
Dan si gadis sudah lupa tanah dijejak.
Terasa dirinya diawangan seperti anak merpati yang baru pandai terbang.
Yang menanti peleraian kisah hidupnya di ujung laras senapang patah. Atau disebalik keanjalan getah lastik.

..............................

Gunakanlah otak anda sebaik-baiknya.
Cipta sendiri pengakhiran kisah gadis berdasarkan imaginasi anda.

Janganlah hidup seperti kacang lupakan kucing.
Belum lagi tua untuk alzheimer,
Belum pernah terentak tengkorak untuk amnesia.
Tamak bukan alasan yang layak untuk dunia.
Orang yang tamak selalu rugi.
Bagaikan anjing dengan kucing.

[Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batik]

Selasa, 15 September 2009

Malam-Malam Pergi Sweden

Ketika Yamato berguling bosan di ruang lantai bilik bujang sambil mencampak-campak assignment yang berterabur dalam ruang otaknya yang kian malas. Rakan sebiliknya, Kenji sedang sibuk bertempur membunuh Dinosour yang cuba merampas kawasannya.

Yamato berdialog dengan telinganya sendiri.
"Kebosanan tak membunuh aku."

"Em.." Kenji menyampuk.

"Aku tak cakap dengan kau, Kenji"
Luah mulut Yamato.

"Em.." Kenji mengiyakan.

"Aku nak terbang, pergi Sweden"
Kata Yamato lagi.

"Bawa balik kek coklat." Kenji jawab.

Yamato mencampak jauh pandangan matanya keluar dari jendela bilik bujangnya. Kenji tenung mata Yamato yang tiada nampak ruang untuk dimuatkan bayangan kek coklat.

"Yamato.." Perlahan Kenji memecah kesunyian.

"Em." Jawab Yamato dan terus terbang keluar dari jendela bilik bujang mereka meninggalkan Kenji dengan harapannya.

"Jangan lupa! Kek Coklat!" Pekik Kenji.
..............................................................................

[Bila kawan mampu bertukar menjadi ATM Machine. Henshin]
Terima Kasih, Kawan.

Isnin, 14 September 2009

Sumpah Sang Semut


Malam itu. Tenang sahaja.
Sang Semut bernama Dorin sedang bersiar-siar mencari rezeki. Jauh dari koloninya yang bersarang nun ditaman bunga sana. Di bilik manusia paling banyak hidangan yang melimpah ruah menjadi hala tuju buat Sang Semut kenit tersebut mencari rezekinya.

Hamid, manusia biasa. Baru selesai bersantap hidangan yang enak. Sedang melepaskan lelah setelah selesai menjamah Nasi Goreng Pattaya dan Air Laici menambah isipadu usus perut beliau. Bersantai sambil mengosok perut tanda puas.

Dorin terbau satu haruman enak. Rezekinya memanggil-manggil. Kaki-kakinya melangkah mengikut jejak aroma yang memanggil. Setelah tiba sahaja Dorin pada rezekinya malam itu, Dorin terus menjamah tanpa segan silu dengan lahapnya seperti Unta tidak makan seminggu setelah baru tiba Kota Damsyik dari Perkampungan Arab Badwi yang jauhnya seminggu perjalanan.

Bibir Hamid terasa gatal berbaur pedih, lantas digosok-gosok bibirnya yang mungil dan comot berlapiskan sisa sos Nasi Goreng Pattayanya yang baru selesai dijamahnya tadi.

Tamatlah riwayat Dorin Sang Semut kenit setelah ditenyeh keras dek jari manusia yang terlalu besar untuk ditanggung olehnya. Dorin terasa sangat membara jiwanya kerna belum sempat habis menjamah rezekinya malam itu. Sebelum Dorin mati, dia sempat menurunkan sumpah yang amat perit.
"Aku bersumpah, manusia ini pasti rasa kemarahan jiwa Aku, Dorin Sang Semut kenit. "

Hasilnya:

Ahad, 13 September 2009

Happy Birthday Aizuddin

Kilat sabung menyabung berhenti tepat jam 12.00 malam dilangit Dungun. Hujan tidak turun walaupun guruh kuat memanggil. Hati Aizuddin kini membesar seiring dengan usia beliau yang meningkat tua dan semakin berkedut.

Dari Aizuddin yang dua puluh tahun lama hidupnya.
Terima Kasih:

Esok Aizuddin membesar lagi.
Membesar dan menjadi lebih baik.
Aizuddin yang berusia 20 tahun.

[entri yang disengajakan tanpa komen. nak wish sila buat di sini]

Sabtu, 12 September 2009

Goodbye Teenager

Aku belum berjaya mencipta Mesin Masa.
Aku belum berjaya menjadi ahli muzik.
Aku belum pernah surfing di Laut.
Aku belum lagi menaiki aeroplane.

Aku pernah merasai manis cinta.
Aku pernah merasai perit cinta.

Aku ada famili.
Yang mencukupi untuk aku, meredah ranjau hidup ini.
Mak, Ayah Zul,Gemuk, Panjang, Donat.
Ayah: I miss you.
Camelia, Nikon D70.
I love you all.

I do missed things from the old time.

Within few hour.
I'm no longer a teenager.
I'm trying to live my life to the fullest.
I have no regret.

[Harap maaf, Entri ini ditulis dalam keadaan emosi kurang stabil. Sedikit biol]

Khamis, 10 September 2009

Ketabahan Seorang Perantau

Jarak bukanlah pengukur.
Masa bukanlah penghalang.
Bagi dia. Seorang perantau.

Jauh perjalanan. Luas pengalaman.
Berbagai arang yang melintang.
Bermacam onar yang mencabar.
Namun dilalui dengan tabah.

Syeikh Al-Amru adalah seorang perantau yang tabah.
Jiwanya sekental chewing gum yang melekat dikelapa.
Tidak pernah berjaya mana-mana mafia menyakitinya. Tidak pernah berjaya mana-mana jembalang menakutkannya. Tidak pernah berjaya mana-mana amoi di Chow Kit mengodanya. Tidak pernah berjaya mana-mana kucing mencuri lauk ikan keli masak lemak cili apinya. Tidak pernah berjaya kelaparan, kemiskinan, keguguran, kecacatan mahupun kekayaan menggugatnya.
Itulah Syeikh Al-Amru si perantau tabah.

Namun begitu, sehingga kini Syeikh Al-Amru masih belum pernah berjaya menyelesaikan pertikaian masalah paradigm yang dikemukakan En. Zawawi.

[satu test bukan penghalang untuk praktikal semester depan, kawan]

Ahad, 6 September 2009

Mencari Diri Yang Dulu

Berplotkan kaki lima sebuah kedai basikal. Berlatarkan belakangkan gerombolan-gerombolan manusia yang lalulalang. Di kedai kopi sebelah, uncle-uncle sedang sibuk mengkritik dan mendebatkan isu-isu semasa. Cuaca panas terik merebus otak sesuai dengan konsep bandar Metropolitan yang kepupusan pokok hijau. Seorang apek sedang tenang melepak atas kerusi malas di depan kedai di seberang jalan. Dan seorang polis trafik sedang senyum sendirian sambil menulis saman kepada kereta kuda merah yang tidak membayar parkingnya.

Robert berdiri statik.
Masa berlalu detik demi detik.

Robert terlupa kini.
Dimana dirinya yang dulu pergi.

Jadi Robert melangkah ke belakang.
Dengan harapan bersua dengan dirinya dulu yang menghilang.
Akibatnya Robert terjerumus terus kedalam longkang.

Sabtu, 5 September 2009

Berdansa Mengekpresikan Diri

Johan adalah sebuah Robot Kayu.
Robot Kayu yang mempunyai otak kotak rubik.
Pak cik Jeff pencipta Johan telah pergi.
Tinggallah beliau sendiri.

Beliau sudah jauh berjalan mencari teman.
Penat sudah beliau mencari dari setiap sudut dan sempadan.

Hari itu, beliau ada bersua si Fairy Comel.
Si Fairylah yang mengajar beliau menggunakan otak kotak rubiknya.
Tetapi kini Si Fairy telah pergi.
Tinggallah beliau sendiri.

Johan kini sudah pandai berlari.
Berlari mengenal diri.
Namun beliau masih lonli.

Suatu hari yang ceria.
Johan berjumpa dengan seorang Badut.
Badut yang senantiasa tersenyum.
Walaupun lubuk hati Badut hiba.
Walaupun mata Badut berkaca-kaca.
Badut masih lagi tersenyum.

Johan mahu menjadi seperti Badut yang tabah.
Jadi Badut mengajar Johan berdansa.
Johan gemar berdansa.
Beliau berdansa sepanjang masa.

Berdansalah beliau sehingga kaki kirinya tercabut.

Khamis, 3 September 2009

Bila Kepala Mula Berbunga

Semasa masa kian melarut.
Hati kau semakin kalut.

Ketika kau perlu membeli kapal selam untuk menyelami kekalutan hati kau. Ketika mata menyiarkan ulang tayang berulang kali saat paling pekat dalam tengkorak kau.

Bila saja kau gembira mendengar ahli musik bermain lagu cinta. Ketika setiap masa kau gementar berbaur ceria setiap kali telefon bimbit kau menjerit nada ada mesej baru tiba.

Bila ada saja Wajah Cantik mengekori khayalan dalam otak yang kian fragile. Ya, kepala kau memang sedang berbunga.

Ini saranan aku: O.P.E.R.A the band atau Grey Sky Morning


Rabu, 2 September 2009

Sekadar Turut Serta

Hai rakan-rakan, bertemu kembali Abang Aiz dan Camelia di ruang blog ini. Pasti rakan-rakan tak sabar-sabar nak tahu perkembangan dari bulan lepas. Kan Camelia? Entri kali ini kita akan tunjukkan beberapa hasil kerja akhir minit yang telah dihasilkan khas untuk menyertai satu pertarungan photografi jauh nun di Korea. Enjoy!


Ha, macam mana rakan-rakan? Ok tak? Jangan risau. Abg Aiz sudah lihat photo-photo dari peserta lain dan Abg Aiz yakin gambar-gambar di atas telah jauh terpesong dari tema yang ditetapkan.Akhir kata, Renung-renungkan, dan selamat beramal. dan Majulah sukan untuk negara dan Yang penting kita enjoy! . Sekian, bertemu kembali kita di entri yang akan datang.

Belia benci Dadah. Belia cintai Dadih.

Catatan Popular