Malam tu gua tak boleh tidur. Yalah, Bila saudara mara ramai-ramai berkumpul tidur dikampung. Suasana malam tu sudah macam ada perang antara dinosour. Bunyi dengkuran saling bersahut-sahutan. Semua orang dah pun lelap. Tinggallah gua seorang terguling-guling menahan seksanya deria telinga.
Setelah berjam-jam gua bertungkus-lumus berusaha untuk tidur. Gua putus asa. Dapur gua tuju. Mencari saki-baki makanan untuk melayan perut yang bosan.
Dalam perjalanan tu gua nampak Pakcik Mat menangis dalam mimpi. Anak buah gua si Ayuni pula mengigau nak aiskrim. Gila mana ada orang jual aiskrim malam-malam buta ni.
Di dapur gua nampak opah sedang rilek-rilek di meja makan. Termenung kosong.
"Hai opah." Gua tegur dia.
Opah gua pandang gua balik.
"Tak reti bagi salam?" Dia kata.
"Assalamualaikum." Malu gua.
"Waalaikumsalam." Dia jawab.
Sunyi seketika. Gua cari bekas milo.
"Opah rindukan anakcucu opah." Sedih dia bersuara.
Gua diam saja. Sambil tu gua teruskan projek milo ais gua.
"Kirim salam pada semua ya." Sambung dia lagi sambil tu dia memasang sayap kupu-kupu yang berwarna pinknya.
Ketika gua meneguk milo ais tu dia terbang keluar dari tingkap menuju ke langit.
Jumaat, 22 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
19 ulasan:
oh?
-____-
kau ni..
jangan mainmain.
pukul 2 pagi ni aku sengsorang je woi
itu lah.. tido ms lunch lg..
hm touching lah story ni.
Shax,
Oh cuba kau check kat dapur tu. Mana tau ada opah kau tengah buat milo ais ke.
Pinko,
Haha, dah itulah masa yang sedap untuk belayar ke alam mimpi.
This story is dedicated to my uncle, Pak cik Mat. Sebab dia sedih sangat opah saya baru meninggal isnin lepas.
Alfatihah
alfatihah dan takziah [untuk kerabat johor sekali]
cantik.
innalillah..
Al-fatihah..
Norfaridah,
Yup, alfatihah.
Cuma opah saya tak ada apa-apa kaitan dengan kerabat diraja johor.
Saya mungkin akan datang akan ada kaitannya. Siapa tahu.
Mata kaca,
Thanks. Allah lebih menyayanginya
wow =_="
yeye je kool.
suspen gak baca post kau ni doe.
HAHA. >,<
tibatiba rasa lawak.
Mirashi,
Wow itu membawa erti apa?
Aisa,
Memang ada unsur humor dan thriller sikit-sikit
whoa..gila misteri.
ini rasanya boleh difilemkan,
paranormal activities 2:opah drinking milo.
*siap dengan effect nightvision
Nazrin,
Cantiklah. Kau jadi penerbit.
Aku jadi pelakon.
sayap kupu2 bewarna pink
jeles yow
haha;PP
Mirashi yang cool sangat,
Tak baik jeles. Belilah sendiri
my deepest condolences to you and your family.
Pinko,
Thanks.
ko ace!! abg zakwan.. betol ke aku teka nie!!
Serius tak sakit,
Tepat sekali. 5 markah untuk anda
Jangan sedih. Simpan opah dalam hati.
Ony,
Yeah, she always there, in my heart.
Catat Ulasan