Hari ini yang kejam.
Kerna hari ini kau cumalah watak sampingan. Jadi waiter di kedai mamak malas nak ambil order kau. Jadi selipar kau selalu kena rembat selepas balik solat jumaat. Jadi kereta Evo celup buatan Malaysia tu selalu nak mandikan kau dengan air dari lopak tepi sekolah tu. Jadi drebar bas mini tu sengaja tak mahu bagi kau naik kerna kau tak ada duit syiling.
Jadi malam ini lepas Isyak. Kau bertekad. Esok kau mahu jadi hero.
.......................................................
"Hey awak"
"Hey walaikumusalam"
"Assalamualaikum, awak cantiklah"
"Terima kasih"
"Boleh kita berkawan"
"Masuklah meminang. Ini alamatnya"
Rabu, 10 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
22 ulasan:
hero ho ho ho..
Mata Kaca,
Actually, aku setuju dengan komen kau pada post sebelum ni.
tapi...rambut sama hitam,hati lain-lain bahhhh
Norfaridah,
Rambut tak sama hitam pun hati lain-lain juga.
Em. Kaitannya
hurm..oh ye??
jadi???tulis lah.
nak baca!nak baca!
(baca*kanak-kanak*)
aku pengkomen pertama??
huhu~
begitu mudah yea nak jadi hero.
esok nak jadi herolah :)
Mata Kaca,
-__-"
Syabas. Tapi tak ada hadiah pun.
Nazrin,
Aku tak maksudkan macam tu. Tapi semuanya bermula dari niat di hati kau kan?
hari tidak kejam..
setiap watak mendominasi cerita..
kau watak sampingan didalam cerita kawan kau sebaliknya dalam cerita ini..
kau tetap utama, walau sekerdil mana ciptaannya dimatamu..
bersyukurlah..
walau selalu dirudung malang,tetap punya cerita yang menarik untuk kau kongsikn..haha=P
hanya mahu jadi hero untuk seorang sahaja kah?
jangan lupa.
hero juga ada masalah.
[ceh! macam ada pengalaman jadi hero pula aku ni~]
senangnyanak jadi hero,dengan hanya masuk meminang.
Dengan hanya dipelawa meminang.
Kalau gitu,kejap lagi kak E mau pinang Faizal Tahirlah :p
Lepas tu, pasti akak jadi hero'in' satu Malaya.
Wangwang,
Betul. Itulah yang aku cuba sampaikan disini.
Norfaridah,
Depends. Tak semestinya. Baca yang komen Where diatas.
Mugi,
Betul, komen kau menjawab pada komen Nazrin dan Kak Ellie.
Kak Ellie,
Bukan saya maksudkan macam tu, baca komen mugi.
Nak masuk meminang pun bukan senang. kan?
straight to the point sng citer
prempuan hari ni mmg cool -__-"
Mirashi,
Hari ni saja ke? -__-"
knp hari ni je????
Mata Kaca,
Tak tau. Saya tanya mirashi
haha
sbb tu la klau prempuan suruh meminang jgn ditolak kelak nyesal dinihari nnti
Mirashi,
Kalau jodoh tak kemana
Hari kejam pun kau telan sajalah. Satu hari kau akan dapat happy ending yang kau fantasikan.
Ony,
Ya, mungkin satu hari nanti. Mak cakap jangan selalu sangat telan telan ni. Kunyah dulu habis-habis.
Ha'a kan, nanti kena sembelit.
Ony,
Cara memakan makanan juga memainkan peranan penting dalam menjana penghasilan najis yang sihat.
Catat Ulasan