Situasi: Seorang peniaga minyak wangi ciplak berjenama fragran popular sedang menyapu sampah. Seorang brader berperwatakan sampah dengan tag nama bertulis "Khairul" sedang makan burger di kedai berhampiran. Lalu seorang gadis berpakaian ala-carte western style dihadapan mereka.
Brader Khairul: Wah cantik baju.
Gadis Western: Heh (Malu-malu biawak)
Brader Khairul: Patutlah sarung nangka kebun atuk aku banyak hilang.
Gadis Western: Lahanat kau!
Lantas dengan pantas peniaga minyak wangi cilok jenama fragran popular mengambil dua botol minyak wangi paling harum dikedainya dan menuang kedalam mulut kedua-dua makhluk bermulut longkang tersebut. Dengan harapan mulut mereka akan jadi lebih harum di keesokan paginya dan hari-hari berikutnya.
Peniaga Fragran: Semuanya tiga ratus ringgit sahaja.
Khamis, 15 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
30 ulasan:
Lahanat adalah normal kalu di Melaka.
Kalau kau kena, "Apa punya Bodoooo" dari pegawai kerajaan di Melaka ni. Usah lah berkecil hati.
Darkk,
Baiklah. Nasihat anda akan saya sematkan didalam hati.
mahalnya hargan nak bermulut wangi encik~
hahaa.
respek satu kali sama brader kerol
Aishah,
Oklah tu. Baru mahal sikit harga diri.
Shax,
Orang panggil dia Komeng. Kau kalau dah makan selipar dia memang jadi anak solehah la. Konfem.
Mulut dia bau longkang. Tapi hati dia wangi. Air kencing dia punwangi lepas ni.
kalau aku jadi perempuan tu, aku akan lagi agresif.
tapi aku takdelah nak pakai sarung nangka. heh
Kaxx,
Hati masak sambal tumis pun sodap.
Dila,
Agresif? Seperti mengambil alat pemadam api dan memuatkannya kedalam tekak encik khairul. Begitu?
beberapa hari lepas aku jumpa jugak spesies macam tu..berperwatakan sampah..sambil menendang tong sampah,gelak macam sampah..
rasa macam nak sumbat sampah dalam mulut mereka.minyak wangi tak berkesan..percayalah...
pernah dengar x yang racun itu penawar?
XD
itu teori aku..
we should change our attitude
nak tegur org ke arah kebaikkan gunakan perkataan yang baik
Ica,
Sampah tempatnya di tong sampah. Tapi rakyat Malaysia suka membuang sampah merata-rata.
Tengku Fir,
Pernah dengar perkataan "hikmah". Kan nabi suruh berdakwah dengan penuh hikmah.
dua botol tiga ratus ringgit,
gucci ke apa?
*tapi aku rasa pelaburan itu agak berbaloi-baloi.
urine gila wangi.
kalau longkang...
maintenance kena selalu...
sila ambil peniaga fragran itu menjadi konsalten untuk maintenance...
tragisnya stori ini.
"bedebah bedebah" tidak sama dengan bedebah kuasa dua.
hosh.
Nazrin,
Mungkin itu perfume perisa malaikat subuh dan malaikat maut.
Bak kata adik kecil dalam iklan maggi cukup rasa "Tau takpe!"
Mugi,
Cadangan yang bernas.
Tindakan selanjutnya akan dipertimbangkan. Takpe, kalau longkang busuk boleh panggil aduan rakyat.
Aisa Debiru,
Bedebah kuasa dua adakah seorang bedebah dengan tahap kebedebahan ganda dua.
Manakala bedebah bedebah adalah dua orang bedebah.
kena guna konsep reverse osmosis.
lain kali sumbat air longkang dalam mulut terus
Sigg,
Longkang perlu mengalirkan air longkang. Bukan perfume kan? Bijak juga kau ni.
"hikmah" pernah dgr tapi kenyataan anda "nabi suruh berdakwah dengan penuh hikmah' i'm sorry, i'm not sure about that.
p/s:aku tk agama tk pandai sgt.
Tengku Fir,
Mungkin ayat dia tak berapa tepat. Tapi maksud dia macam tu lah. Ustaz aku selalu cakap macam tu.
da'wah bil hikmah..:D
[menambah je]
ganas gle penjual minyak wangi tu..
mengambil kesempatan
Malu malu palsu hahah.
Tengku Fir, sila rujuk komen Ana Green.
Ana Green,
Itu orang panggil Marketing.
Wondergirl,
Joget sikit. Ewah ewah.
itu patut kena mandi simbah bagai tu~
haha..yang kurang 'diajar'..akhirnya dapat pengajaran..
Gadis Ikan Lumba-lumba,
Siap dengan mandi bunga disertakan sekali dengan tarian ritual pusing unggun api dengan pakej percutian ke sekolah henry gurney tiga hari dua malam.
Wangwang,
Kurang ajar, bagi pengajaran. Kurang asam, bagi pengasaman.
Brader Khairul mesti hensem orangnya. HAHA
Ony,
Bergantung pada imaginasi anda.
Aaron Aziz perhaps :)
M.Nasir perhaps
Ony,
Ya, ianya boleh diterima pakai.
Catat Ulasan