Selasa, 13 April 2010

Bas Mini: Ekpedisi Jiwa

Saat aku jejak tapak selipar aku di tangga bas mini. Jiwa aku turut bergempa mengikut irama yang dimainkan enjin bas. Pakcik Drebar hanya mengangguk-angguk kepalanya. Aku toskan syiling lima puluh sen melambung terus masuk ke kotak besi yang bertulis "sila sediakan syiling yang mencukupi" di atasnya. Saja aku tersenyum bangga tapi menyedari tiada sesiapa yang mengagumi aku buat dono sajalah.

Ketika berdiri aku diantara kerusi-kerusi dalam bas mini yang melompat-lompat kecil dek getaran enjin aku lihat ada satu brader yang kool duduk di kerusi terpaling belakang. Di ribanya ada gitar. Rambutnya rock, berserta jeans lusuh dan tee hitam, dia mula memetik gitar. Bas bergerak.

Syubidubidubidu! Brader itu selamba menyanyi. Ikut irama gitar.

Syubidubidubidu! Serentak seisi bas mengikut rentak.

Syubidubidubidu! Oh wo Oh! Brader itu sambung lagi.

Lalala oh rarara! Sambung empat orang gadis kilang di kerusi depan, harmoni. Pakcik baju melayu lusuh di sebelah mat bangla terus meniup harmonikanya. Iramanya selari dengan bunyi gitar yang berkumandang. Empat gadis kilang terus-menerus menyambung Lalala oh rarara! Cuma kadang-kadang gadis ditengah itu berhenti sebab mulutnya termasuk rambut kawannya yang ditiup angin ditepi tingkap. Makcik kebaya merah yang duduk di belakang budak sekolah agama yang pakai baju batik itu mula masuk not tinggi, Yeahhh!! Bidubidubidu Wohhh!! Tempo musik semakin rancak dengan seisi bas mengoyangkan kepala kekiri dan kekanan.

Aku berdiri sambil goyang-goyang kepala mengikut melodi. Tangan aku perlahan bergendang di pinggang. Satu lagi tangan pegang pemegang. Kaki aku turut menyanyi sekali. Aku tengok jam digital di tangan. Tak ada nombor. Tapi ada tulis "Fly up".

Aku tengok di luar tingkap.

Bas mini ini sedang terbang.

18 ulasan:

oh farah berkata...

asal nama leia xde?? kan leia petik bass kt sebelah drebar??

Aizuddin Jaafar berkata...

Bunyi bass kedengaran kecil saja di mainkan seorang gadis kecil di sebelah drebar. Tapi dia belum bayar tambang lagi.

gds berkata...

shabidubidu!
hahaha.
comel je

kaxx berkata...

Aku kesian dengan mamat rambut kerinting yang baru nak tidur dekat tempat duduk belakang. Tinggal nak jerit senyap-lah-nak-maghrib-ni tapi dia sabar kan saja pasal dia punya destinasi tak jauh mana. Setakat langit pertama.

haisayabukanusopsontorian berkata...

berapa harga tiket bas mini terbang ni?
lu pergi tak ajak gua ye.

pakcik drebar berkata...

semacam dalam cerita GENG : Pengembaraan Bermula itu pula. cumanya dalam cerita itu mereka bukan di dalam bas mini.

Aizuddin Jaafar berkata...

King,
Shabidubidubidan. Memang stylo. Hahaha.

Shax,
Lima puluh sen. Mai la.

Kax,
Itu nasib baik dia dah makan kfc sebelum naik bas tadi. Kalau tak mau kena hempuk brader main gitar tu.

Aizuddin Jaafar berkata...

Pakcik Drebar,
Haha, tapi tak ada aksi dikejar ular besar atau berjumpa dengan opet. Kan?

AISA. berkata...

shibiduwawa.
cuap. cuap.

Aizuddin Jaafar berkata...

Aisa,
Wawa ohlala. Rara ohlala. Parap parapap!

nazrinzaidi berkata...

aku masih kurios dengan destinasi bas ni.
mahu buat long distance gayanya.

turutuutuuutt..

teneneniau.(bunyi lori tanker minyak dari pasir mas)

Aizuddin Jaafar berkata...

Nazrin,
Destinasi tu kita cerita di lain masa. Tak perlu tergesa-gesa.

Macam bunyi henfon.

fatah85 berkata...

melampau kau. kena tumbuk nih.

Unknown berkata...

wow..best kan klu blh naik bus tu..
fly up tetiba nk dgr lagu jason mraz

mugiwara berkata...

[bersiul]
[bersiul sambil petik jari]
[petik jari]

Aizuddin Jaafar berkata...

Affah,
Hahaha. Aku imun tumbukan jarak jauh.

Tengku Fir,
Best. Apa yang tak bestnya. Mestilah best. Lepas tu elak kapal terbang. Lepas tu tawaf bulan. Huish. best.

Mugi,
Orang tua kata bersiul panggil syaiton. Petik epal lebih best dari petik jari.

zahirlunatik berkata...

wah!
abang ni mesti penggemar music yg telus kan..
suka tau cam gini

Penggemar Muzik Telus berkata...

Zahir,
Ya, saya penggemar muzik yang telus, jujur lagi amanah dan fatonah. Hahaha.

Catatan Popular