Encik Latif, atau lebih dikenali sebagai Pak Lat (atau Palat) adalah seorang anggota masyarakat yang amat prihatin. Beliau amat mengambil berat tentang apa yang terjadi dalam lingkungan komunitinya. Perihal semut tersalah curi garam di rumah Cikgu Limah, dia tahu. Kisah Encik Karim nak buang kucing parsinya, dia tahu. Enab anak Kak Lijah Janda bercinta dengan mat bangla petronas bandar sebelah, pun dia tahu.
Selagi ada yang dia tak tahu. Dia akan bertanya sehingga dia tahu. Kalau ada orang tanya pada dia, perkara yang dia tak tahu, dia tetap akan buat-buat tahu. Pak Lat sememangnya seorang peniaga tauhu yang berkaliber. Namun kesibukan kariernya tak langsung menjejaskan pada keprihatinannya pada masyarakat setempat.
Pak Lat seorang yang prihatin. Beliau akan sebarkan cerita aib orang lain kepada anggota masyarakat lain untuk meraih perhatian. Baginya, perhatian itu adalah lampu penyuluh hidup, atau rebung buluh yang dilenturnya sedari kecil, atau udang yang disoroknya disebalik batu. Perhatianlah tangga usaha dia untuk mendapat darjat.
Tapi Pak Lat tak tahu. Naga Neraka suka gigit punggung lelaki gila darjat. Pak Lat tak tahu, Pacat Gergasi suka sepak perut orang gila darjat. Pak Lat tak tahu, Gorila Laut suka makan pundi kencing manusia gila darjat. Pak Lat tak tahu.
Siapa nak bagi tahu dia?
Kuriositi bukan saja membunuh kucing.
Selasa, 27 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
17 ulasan:
hantar surat layang lah. blackmail pun boleh. padannn.
daripada ambil tahu aib orang, baik ambil tahu lokasi mutiara naga bintang lima~
hahahah memang palat doh.
hebat!!
kuriosnya pak lat boleh membunuh.
*waktu tazkirah sembahyang jumaat,imam akan berulang kali suruh jaga tepi kain orang.
"bukan kena jaga tepi kain orang,tapi jaga lah jugak"-imam masjid jamek.
Kita harus bagitau dia? hmm.
Aisa,
Zaman sekarang orang pakai email. Atau sms berantailah aisa.
Mugi,
Yang sebenarnya, Dragon ball ada tujuh belas biji kesemuanya.
Monster,
Bila palat tu terpalit pada dia baru dia tahu. Palat!
Atirah,
Somebody have to tell him. Kalau tak memang tak aman hidup komuniti tersebut. Sampai purata masa kita ke tandas pun dia nak sibuk-sibuk
Nazrin,
Yelah, imam tu takut ada kain yang terlondeh masa solat nanti. Susah lak kalau dah jadi.
aku sedang mengalami masalah macam tu sekarang.
haiishh... serious tension.
dia takde formsrping ke? bagitahu thru formspring lah
memang pak lat lah dia tu.
Dila,
Kau menangkan je. Bak kata orang datang pusing pergi pusing. (Comes around goes around)
Shax,
Formspring tu bukan tempat tanyatanya tu ke? Boleh diguna untuk bagitau gak ke?
Keri,
Bukan palat je. Lahanat sekali.
pak lat sebenarnye memang wujud.dan dia da dapat darjat yang dia nak.
patut ke di ucapkan tahniah?
ei jahatnya pak lat. mmg padan biarkan naga neraka gigit punggung dia. eh comelnya bila tulis punggung
Ochs,
Tahniah tahniah. Mari kita sambut dengan meriam buluh.
Puding Roti,
Comel, kan? Lebih bagus dari bontot.
-_-
WOW!!
pak lalat, eh silap pak palat sungguh cool
sesungguhnya pak lalat harus membuka blog beliau sendiri supaya naga neraka dan jentera2 pembunuh yg lain akan makin teringin atau bahasa sopan semakin ghairah utk bersama dengan pak lalat *eh2 silap lg, pak palat*
Mirashi,
Mungkin dia perlu buat fan page di Facebook
cerita kali ini macam lawak kasar tapi suka.. macamana tu ha?
Camelia,
Oklah lawak kasar. Kalau buruh kasar lagi susah nak suka.
Catat Ulasan