Hari itu perut Aku(bukan nama sebenar) bergempa, petanda hari ini ada sesuatu yang akan terjadi. Tapi Aku(bukan nama sebenar kot) selaku pelajar paling kewl dalam kampusnya buat rileks je. Langkah kakinya disusun kemas menuju ke tandas di fakultinya.
Dengan tenang Aku(betul, bukan nama sebenar) masuk melepasi lelaki-lelaki bermuka dinding. Selamba dia tolak pintu tandas second last. Aku(nama sebenar dia lain kot) adalah lelaki supetisyes. Aku(kau agak-agak nama sebenar dia apa?) percaya tandas second last adalah pilihan yang terbaik. Tak kira dimana saja ada tandas awam, tandas second lastlah pilihan Aku(aku cakap bukan nama sebenar, bukanlah. degil!).
Selesai tugas Aku(bukan nama sebenarlah!) disitu. Dia tarik flush.
[cahaya terang benderang tiba-tiba]
Rupanya Aku(tak percaya ke, bukan nama sebenar dialah!) telah di teleport ke satu dimensi baru. Dimensi dimana tak ada mat rempit mengaplikasikan ilmu fizik dijalan raya, tak ada polis yang suka acah-acah main counter strike, baby-baby semuanya hepihepi gelakgelak tanpa risau akan biawak, orang paling miskin pun drive bmw nak pergi lepak makan beefsteak dengan pemimpin negara, dan setiap hari mak-mak boleh shopping langsir dekat Jakel lepas habis tonton drama bersiri Tasbih Cinta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
20 ulasan:
dimensi lubang jamban. memang la.
Hananchiwi,
Heh. Yang pasti ia lebih baik dari dimensi ini.
Ingat aku yg pening baca...
rupanya bnde tu lagi emmeningkan..
aku dijalan betul ke?
Cik Youjie,
Salah jalanlah cik. Sila ikut jalan sini terus then sampai simpang belok kiri. Tandas perempuan kat sana.
okay. memang Aku bukan nama sebenar dea.
Hakimah,
Bagus, ada gak orang nak percaya.
tepat sekali. tandas second last memang the best.
Leia,
Yeah! Tandas paling kurang orang guna bila kecemasan.
kan! and selalunya second last tu la yang jamban cangkung
aku suka dimensi tu.
haraph-harap pun jumpa juga.
Leia,
Terbaik. Probability tandas second last membantutkan nafsu berak adalah lebih tipis berbanding tandas-tandas lain.
Dila,
Harap-haraplah. Tapi kalau kau nak cari dimensi "mak-mak boleh shopping langsir dekat Jakel lepas habis tonton drama bersiri Tasbih Cinta" sekarang dah boleh jumpa di seksyen 7 shah alam.
kalau mat rempit tak apply fizik atas jalan rraya.
sekarang ni,
aku cuba bayang kan mat rempit tengah baca sajak dekat demensi tu.
Nazrin,
Terbaik kan? Dengan seluar cikang rambut ekor baca sajak sebelah pyanhabib dekat petaling street.
cantek.
selamba nanti dia freestail dengan bunyi gitar.
.....
penuh la rempit follow frinjan dekat demensi tu nanti.
rempit berlumba baca sajak.
jatuh dlm lubang jamban erk?
satu soalan,itu dimensi yang si Aku mahukan ke?
permainan minda boleh jadi cetusan rasa,kadang2.
Norfaridah,
Terima kasih. Soalan yang bagus. Ya, itu adalah satu dimensi yang si Aku mahukan.
Kau(nama sebenar kau) kena sumpah dengan hantu jamban ni.
baik juga ada dimensi sebegitu.
yang kekurangan dihiperbolakan.
Nazrin,
Kau tak tau frinjan sekarang memang banyak mat rempit hadir pun.
Dataran shah alam tu memang port mat rempit lepak malam minggu.
Tun Teja,
Tak, aku belum pernah jatuh lubang jamban. Kawan aku punya henfon pernah lah.
Keri,
Mak ai hantu jamban. Kau pernah dengar cerita yang tangan keluar dari lubang jamban dan...... Seram gila!
Aisa Debiru,
Yelah. Memang baik kalau kita dapat flush semua antagonis ni kedalam lahang jamban yang teramat kotor itu.
Catat Ulasan