Khamis, 20 Mei 2010

The Frog Prince

Putera Katak sangat berang. Orang masa kini selalu memandang tupai saja yang pandai melompat. Walhal katak juga handal melompat. Sepanjang hayatnya di habiskan dengan melompat. Tapi tiada siapa yang mengaguminya.

Suatu hari, Ketika Putera Katak sedang leka mengira bintang, baginda telah diculik oleh sekumpulan saintis berkepak. Saintis berkepak tersebut menjalankan ujikaji pada baginda dengan meletakkan baginda atas mesin joging pada kelajuan maksimum, mengikat baginda pada layang-layang ketika hari sedang ribut, dan banyak lagi ujikaji lain yang patut pembaca bayangkan guna imaginasi sendiri sebab penulis malas nak fikir.

Objektif utama ujikaji ini adalah untuk membuatkan katak boleh berjalan seperti homosapiens. Pelbagai ujikaji demi ujikaji dijalankan oleh kumpulan saintis berkepak namun tiada satu pun mampu menepati hipotesis awal ujikaji tersebut.

Jalan terakhir, para saintis berkepak tersebut membedah perut Putera Katak dan mengeluarkan hati baginda. Hati baginda di transplankan kepada seorang Puteri negeri pari-pari yang terluka hatinya.

Puteri negeri pari-pari pun sembuh dari luka hatinya lantas menyumpah Putera Katak menjadi seekor tupai yang pandai melompat, terbang, berjoging serta berenang. Untuk menambah nilai-nilai fairy tale dalam entri ini penulis membuat konklusi yang akhirnya mereka hidup bersama happily ever after.

16 ulasan:

fatah85 berkata...

katak tetap katak

. berkata...

oh ye ke?

AISA. berkata...

kenapa? rindu nanti sama katak.

mugiwara berkata...

singgah saja.

baca kemudian nanti. [banyak betul belum baca~]

Aizuddin Jaafar berkata...

Mugi,
Macam busy je bunyinya tu.

gReeN iS pEAce berkata...

haha..semut..

Aizuddin Jaafar berkata...

Ana Green,
Ya, ada apa dengan semut?

puding roti berkata...

haha.trs rs nk tgk shrek scara marathon. haha

Aizuddin Jaafar berkata...

Kak Puding,
Shrek hensem. Nak tengok Shrek la lepas ni.

k.e.r.i. berkata...

filem The Frog Prince dah lama keluar lah.

Aizuddin Jaafar berkata...

Keri,
Oh ye ke? Filem apa tu?

norfaridahanum berkata...

oh,pari-pari tu lupa nak check urat kaki katak tuh.kalau ada,tinggi harapan utk berjalan macam homosapien. ah,tetiba serius plak kan?dah x ada unsur2 fairytale =p

Aizuddin Jaafar berkata...

Norfaridah,
Lupa nak bagi tau. Pari-pari tu tak study biologi masa form 4.

Budak Mereng berkata...

katak tak boleh jadi tupai

Pinko berkata...

sepandai-pandai katak melompat, akhirnya jadi tupai

Aizuddin Jaafar berkata...

Mata,
Telur boleh jadi berudu. Berudu boleh jadi katak. Katak boleh jadi putera raja. Kenapa tak boleh jadi tupai lak?

Pinko,
Sepandai-pandai katak melompat. Akhirnya kena makan ular.

Catatan Popular