Azan Maghrib berkumandang. Hari ini Haji Samad yang azan, kemain merdu lagi bak buluh perindu. Almaklumlah dulu Haji Samad pernah menang pertandingan karaoke anjuran kedai tomyam Ajijah.
Si Bapa, seperti biasa membawa Si Budak ke masjid bagi menunaikan kewajipannya serta mendidik Si Budak agar menjadi modal insan yang terbilang. Dalam perjalanan itu, sempat Si Budak mengejek anjing Tauke Lim yang selalu mengejarnya ketika balik tadika seorang diri. Tapi adanya Si Bapa disisi, Si Budak tak gentar lagi pada anjing Tauke Lim tersebut. Mungkin gentarnya akan kembali besok hari. Anjing tauke Lim tenung saja Si Budak dalam-dalam dengan penuh dendam dan geram. Bila Si Bapa tenung balik, terus anjing Tauke Lim pura-pura pengsan.
Sampai saja di masjid, Si Bapa ambil selipar mereka dan letak atas rak paling tinggi agar ia tidak menjadi mangsa permainan baling selipar geng upin ipin nanti. Kerap juga selipar Pak Imam dan Haji Samad tersangkut atas pokok jambu di belakang masjid itu. Kalau tak mahu digigit kerengga pokok jambu, langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Masuk saja pintu masjid, prosedur salam menyalam berlangsung seperti biasa. Si Budak ternampak beberapa ahli jawatankuasa Geng Jahat Taman Sebelah sedang lepak-lepak di penjuru masjid. Mata mereka bertentang dengan pandangan penuh benci.
Sebaik saja Pak Imam angkat takbir, barisan saf paling belakang yang tadinya penuh dengan kanak-kanak harapan nusabangsa terus kosong. Ada yang menyusun selipar-selipar menjadi piramid, ada yang lat ta li lat pilih team, ada yang training nak jadi Usain Bolt. Tapi Si Budak dan beberapa ahli jawatankuasa Geng Jahat Taman Sebelah kini di belakang tandas masjid, sedang bertempur. Masing-masing dengan visi sendiri.
Tiga lawan satu. Kamen Rider, Bezita, dan Makhluk Berbulu melawan Si Budak. Kamen Rider membuka langkah. Satu tinju tangan kiri ke hidung Si Budak, tangkas Si Budak tepis dengan di iringi satu tinju padu ke dagu Kamen Rider. Tumbang seorang. Datang Bezita dengan penangan kaki kanannya, selamba Si Budak elak ke kiri dengan satu tendangan rendah ke kaki kiri Bezita. Lantas tergolek Bezita tak sedarkan diri. Si Budak tenung Makhluk Berbulu. Makhluk Berbulu tengok Si Budak. Sekali kena sergah terus lenyap Makhluk Berbulu dari pandangan.
......................................................................
Lepas isyak, Si Budak pulang.
Sampai rumah Si Bapa dah posing dengan rotan di tangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
22 ulasan:
piak piak*
wow...satu cermin silam yang telus untuk sebahagian diri kita
*adakah si budak seorng yg genius
Aisa Debiru,
Macam bunyi rotan je tu.
Tengku Fir,
Geniuslah sangat. Hahaha.
rotan nipis - sangat padu.
Dila,
Rotan kecil, pedih. Rotan besar, perit.
Budak tu silap la.. lenkali balik bawak buah tangan yakni nombo tepon Ajijah Janda tu.. eh suka-suka teka dia janda.. tak hustler lagi budak ni..
Si Budak kalah dengan Si Bapak jugak.
COOL!!
+_+
Camelia,
Mak aih suka suka teka dia janda.
Kaxx,
Sehebat-hebat Si Budak bertempur, akhirnya tewas pada Si Bapa jua.
Mirashi,
Orang sekarang eja macam ni la, "KEWL!!"
cis!
aku pernah kena rotan macam ni tp sebab aku main mercun..
x pergi terawih
Zahir,
Kau patut contohi aku. Pergi solat terawikh. Aku tak pernah miss kot. Tapi orang baru 2 rakaat, aku dah 20 rakaat la.
urghh... terigt masa kecik2 dulu... solat jemaah sama2 1 family.. sape xsolat kena hayunan getah paip dgn tali pinggang abah..haha
Mate,
Macam best je Mate kena hayunan getah paip.
ingatkan bapa nk posing wat model as duta kedai tomyam ajijah..
Si Comel,
Haish. Ada yang nak kena cubit pipi la ni.
oh. teringat ms kenit2 dl pnh kena piat kt punggung. pedih..wuu
kah kah kah.
padan muka. kalau aku pun aku api-api lagi bapak budak tu suruh rotan pakai getah paip.
Kak Puding,
Mak aih, sampai sekarang rasa pedihnya? Perghh.
Leia,
Apa pasai tak suruh Si Bapak rotan pakai bazooka terus.
haha.xsabar woo tunggu bulan puasa.gua siap ada bsnes jual mercun lg mse kecik2 dlu
Kesatria Baja Hitam,
Kecik-kecik dah menyerlah bakat bisnes nye. Hebat.
oh,pengalaman saya,masa tahiyat akhir je,saf akhir pun penuh la balik.haha
Norfaridah,
Bajet taktik berkesan la tu. Kantoi gak selalunya.
Catat Ulasan