Sabtu, 5 Jun 2010

Episod Buli: Lelaki Bermulut Itik

Beliau tidak pandai bergaul. Biasa ibu beliau hanya mengajar beliau untuk menggaul nasi dengan kuah kicap. Tapi belum lagi mengajar beliau untuk bergaul. Di sekolah, beliau ketandusan kawan.

Jadi beliau menjadi sasaran mudah untuk diperalatkan oleh golongan manusia yang rakus dan kurang kasih sayang. Beliau sering dikejar oleh kanak-kanak sebayanya yang gemar membaling pelbagai selipar ke kepalanya. Ketika waktu budak-budak lain bermain bola sepak, beliau sering menjadi penonton. Jika tidak menjadi penonton, beliau akan dipaksa menjadi penjaga gol untuk disepak bola ke mukanya.

Satu hari, seorang pelajar baru mendaftar masuk ke sekolah beliau. Lelaki Bermulut Itik adalah pelajar baru tersebut. Kerana kehodohan Lelaki Bermulut Itik, golongan manusia yang rakus dan kurang kasih sayang membencinya dan mengejeknya dengan pelbagai panggilan yang menyakitkan hati seperti Si Mulut Selipar, Ikan Sepat, Itik Pulang Petang dan sebagainya.

Tapi tiada siapa yang berani mengambil tindakan fizikal kepada Lelaki Bermulut Itik. Kerana pernah sekali seorang senior kena campak keluar tingkap asrama ketika cuba mengepau biskut tin Lelaki Bermulut Itik.

Beliau dan Lelaki Bermulut Itik berkawan rapat memandangkan tiada orang lain yang mahu berkawan dengan mereka. Sejak dari itu beliau tidak lagi diperalatkan lagi. Sebab tak ada orang yang mahu di campak ke luar tingkap.

14 ulasan:

oh farah berkata...

udin bermulut selipar.

AISA. berkata...

tiba tiba aku teringat ming ming. tsk tsk.

Aizuddin Jaafar berkata...

Leia,
Amboi! Kwajaq betoi!

Ejen Esoh,
Nilai keadilan dalam diri mereka hampir sama. INI SERIUS!

kaxx berkata...

Aku kesiankan senior yang di campak keluar tingkap, biskut tin dan nasi gaul kicap.

Nabilla Nasir berkata...

bile nak terbitkan buku
adik lelaki saye umur 10 tahun sgt suke bace cerite ngarut2 ejen din..haha

Aizuddin Jaafar berkata...

Kaxx,
Bagus, kau memang berhati mulia. Ibarat kail panjang sehasta.

Nabilla,
Aww, terbit buku. Memang teringin tapi belum ada peluang.

mirashi budak baik berkata...

mulut itik?

yang mcm pose comel tu ke. mulut muncung ke depan tu?

wahaaa, cool giler sampai tercampak luar tingkap.
kena berkenalan ni
msti taf body dia.
huga3
;P

Aizuddin Jaafar berkata...

Mirashi Budak Huruhara,
Lebih kurang macam tu cuma ia berkekalan bukan buat-buatan.

Memang taf. Kalau berlakon jadi raksaksa itik tak payah make up pun.

Pinko berkata...

darkwing duck!

~insaniynna~ berkata...

haha.nice story..=0

puding roti berkata...

igtkn ada lelaki bersuara itik je

Aizuddin Jaafar berkata...

Pinko,
Apakah? Itik Sayapgelap? Hahaha.

Insaniynna,
Arigato. Kisah muda-mudi dulu.

Puding Roti,
Ada ke lelaki bersuara itik? Quack Quack!

Pinko berkata...

superhero disney kecik2 dulu la.. haha

Aizuddin Jaafar berkata...

Pinko,
Oh ye ke. Nanti Google lah. :)

Catatan Popular