Bila kucing tiada gigi, tikus berani melompat tinggi
Merujuk pada peribahasa diatas, ingin saya nyatakan kesahihannya melalui kajian-kajian yang telah saya lakukan bertempat di kawasan sasar saya, dimana kadar penempatan kucing disitu adalah seimbang dengan tikus. Seperti mana yang kalian sedia maklum, jika belum maklum biar saya maklumkan disini, kucing dan tikus tak boleh bertemu. Mereka seperti pasangan kekasih yang telah berpisah kerana perhubungan sulit yang dilakukan oleh sang boifren sehingga menyebabkan peperangan berlaku jika mereka bertemu. Atau analogi yang lebih mudah, penyokong bola sepak Selangor dan Kelantan.
Saya telah mengumpul rekod dengan menjalankan intebiu keatas beberapa makhluk yang terlibat.
Encik Azman, menceritakan kisah tikus yang bermain lompat tinggi dikatilnya ketika kucingnya sedang ke klinik gigi untuk memasang pendakap gigi.
"Saya mencuci baju pada tika itu, bini saya sedang bebel bebel. Tiba-tiba kedengaran bunyi riuh gemuruh dalam bilik tidur saya." Kata Encik Azman menceritakan perihal tikus yang berani melompat tinggi bila kucingnya tiada.
Si Comot, kucing comot bertompok oren, hitam dan biru ini juga sempat menceritakan pengalamannya selepas beliau mencabut giginya yang sensitip dek kerna terlalu kerap makan aiskrim dan minum minuman berkarbonat.
"Suatu malam, kat jalan sempit sana tu. Ada seekor tikus ini mengejek saya sambil menjilat-jilat aiskrim padelpop di tangan kirinya. Marah sungguh saya melihatkan tikus itu makan guna tangan kiri." Kata Si Comot sambil tangannya menunjukkan kearah jalan sempit sebelah kedai mamak itu.
Kesimpulannya, sepandai-pandai tupai melompat. Lagi pandai tikus melompat bila jumpa kucing tak ada gigi.
13 ulasan:
haha ..aku suka ni.
patut dimasukkan dalam jurnaljurnal dan ensiklopediaensiklopedia ni!!!
Ica,
Lama tak bertegoq ye.
Patutkah saya teruskan ini kajian?
Sastraboy,
Atau wikipakdiawikipakdia. Kan?
pandai lagi aizudin bershuffle di tepi bukit.
Leia,
YES! Lebih hebat dari Aril Ariwatan.
haha...kau la..sebelum ni kau menjalani phasa emo ke??
entri kau aku tak tahu nak komen ape..:D
kalau kau dah tak emo,aku ucapkan selamat kembali ke duni ceria penuh warna warni : )
p/s: patut diteruskan lagi,aku nak baca.tapi jgn pnjg sgt..mls..haha
Hahaha. Tak adalah. Bizi dengan pengajian. Baru habis semester ni.
hmm...
Fadlillah,
HMM = Harian Metro Malaysia.
hihihi..blh pulak tucen tak dak gigi. awk awk..hihi
Pudin(g) Roti,
Boleh, sebab tulah ada "polidon"
Cam haremm
Fndrocka,
Macam pendatang haram.
Catat Ulasan