Menjelang usia begini, aku, hidup mengejarkan simbol. Simbol yang mana ia hanyalah kertas-kertas, besi-besi mineral, material-material yang nilainya diletakkan oleh manusia sendiri. Manusia yang sama, sama macam aku. Tak ada beza. Apa pun darjat, pangkat, kuasa, tetap manusia. Hidup berhirupkan oksigen yang sama. Macam aku. Macam kera dihutan. Atau zirafah di Afrika. Atau katak di sawah kampung, kecuali mereka menghirup guna kulit.
Ekspektasi komuniti.
Dek kerana pada mereka ada mandat dan cara, mereka mencipta kemahuan kita walhal kita tidak tahu yang kita mahu pada kemahuan itu. Segala media cara, institusi-institusi, warga korperat, warga politik dan seangkatan mereka meletakkan tangan kiri mereka pada muka kita memalitkan beban kemahuan yang mereka mahu kita mahukannya ketika tangan kanannya senyap menyeluk saku kita. Ini eksploitasi pada ekspektasi komuniti.
Usia dan fasanya.
Pernah satu fasa dalam hidup aku, aku rasa duit hanyalah material perantara sahaja. Pada nilainya ianya hanya untuk tukarkan ia pada sesuatu yang bukan engkau punya. Pemilikan. Sehingga aku hidup luar dari poket ibu bapa, aku rasa, orang-orang macam aku seperti dipaksa untuk memenuhi ekspektasi komuniti. Pendidikan, kawan, sijil, kerja, kereta, rumah, duit, isteri, harta segala dan cipta generasi untuk menyambung legasi ini supaya ia terus menjadi satu kitaran infiniti.
Macam mana ni, bro?
Adakah aku hidup hanya sekadar hidup. Hidup macamni? Adakah duit aku kerjakan hanya sekadar simbol? Simbol yang mana tanpa nilai hanyalah sekadar material kosong. Nak kaya? Pada definisinya kaya hanyalah pemilikan. Di ukur pada banyak mana pemilikan. Nilai material dan kemahuan untuk memiliki, bukan dari kita sendiri. Itulah asbab kita merasa tidak pernah cukup untuk mahukan itu ini. Jika pada mentalnya kita sendiri ciptakan nilai dan kemahuan itu, kita akan mampu berikan manfaat pada manusia lain, manusia yang kita cinta, tanpa kita rasa syak curiga, tanpa kita rasa kekurangan pada harta, tanpa kita rasa serba tak cukup, kerna pada kita, nilai dan kemahuan itu sudah lebih dari apa yang kita idamkan. Kita perlu tukarkan definisi kaya itu kepada pemberian, yang diukur pada banyak mana pemberian tanpa rasa kekurangan.Selagi belum, selagi itu kita tak akan kaya.
Sekian.
Khamis, 11 Julai 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan