Jiwa manusia ni terlalu dambakan material yang indah pada pandangan mata. Walau pada akalnya kita menolak nilai meninggikan aspek material dalam hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai murni yang masyarakat mahukan. Tetapi kita ni manusia, dalam hati Tuhan dah beri, satu fitrah yang datangnya sepakej dengan nafsu.
Kita nak jadi kaya, nak jadi cantik, nak berpangkat, nak orang tengok kita dan kata, "Wah, hebat rumah kau dah macam Sunway Pyramid aku tengok" atau " Wah, dahsyat kereta kau, bila kau masuk Formula 1 ni?" atau "Wah tinggi pangkat kau, beli kayu golf ni lepas ni memang tak main futsal dengan aku dah" atau "Wah cantik bini kau bawa balik dari thailand ni, dah macam jantan aku tengok" atau sebagainya.
Tetapi perkara-perkara seperti tu hanya sesuai dikatakan pada orang-orang yang mak bapak mereka dato' dato', bukannya datuk yang bercucu tu seperti Boboi Boy dan atuknya si tauke kedai coklat tu, atau pada orang-orang yang berkerja dari siang hingga siang yang seterusnya dan sambung terus kerja hingga siang seterusnya dan seterusnya, atau pada orang selalu belanja orang kaya makan dan menjadikan mereka lebih kaya dengan memberi duit pun kena lalu bawah meja, atau orang-orang yang seangkatan dengannya.
Kita sebagai manusia yang biasa-biasa perlulah mengukur baju di badan sendiri kerana jika kita ukur di badan orang lain maka jadinya kita akan berpakaian seperti remaja hiphop ataupun seperti anak gadis yang tersilap pakai baju adiknya di bazaar ramadhan. Tak perlulah kita cuba-cuba meletakkan diri kita dalam kasut mereka kerana sudah pastinya tak akan muat melainkan mereka mempunyai kaki sebesar pintu rumah.
..............................
Sedar tak sedar,
Yang kita mahu,
Tak semestinya yang kita perlu.
Selasa, 25 September 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
4 ulasan:
terkadang kita lupa.
terkadang kita hanyut.
terkadang kita malu.
bila kita mampu kawal diri.
itupun belum pasti dunia jadi seperti diingini...
mmg biasa kan bila ada rasa mcm tu. plg ketara, rasa nak duduk rumah besar ada maid yang mop lantai bersihkan habuk oh malas sungguh nak lap habuk *termengadu*
Dunia sudah pasti tak seperti yang kita sangka. Kerana ia milik Si Pencipta.
Kita, dalam hati yang kecil ini. Ingin sesuatu yang besar. Terlebih besar dari apa yang mampu kita tanggung.
RINDU RINDU RINDU RINDU RINDU!
Catat Ulasan