Setiap hari aku pergi dan pulang kerja aku nampak Aminuddin Baki, aku panggil dia Qi, seekor Helang Hindek [Spizaetus cirrhatus]. Duduk melepak atas tiang lampu sambil memerhatikan gelagat manusia berulang-alik di lebuh raya. Rutin harian beliau, barang kali mengharap ada mangsa untuk sarapan atau makan malam di sekitarnya. Sekali-sekala kelihatan beliau melayang-layang dilangit terbentang sambil menghampar sayapnya meluncuri angin. Bebas, bebas kelihatan hidup Qi ni.
Tapi Qi, aku nak tanya sikit.
Bukan, aku bukan nak tanya kau nampak tak macam mana terjadinya kejadian lori besar 12 tayar terbalik melintang jalan hari tu.
Bukan, aku bukan nak tanya kenapa lori sampah boleh terbakar berhampiran exit Shah Alam hingga mengakibatkan jem yang amat dahsyat itu hari.
Bukan, aku bukan nak tanya kau nampak tak nombor plat kereta vios yang kurang ajar tukar lane depan aku tanpa bagi signal hingga hampir membuatkan aku sakit jantung tempoh hari.
Bukan bukan bukan.
Qi, aku cuma nak tanya.
Ada kau nampak kebenaran dari atas sana?
Selasa, 18 Ogos 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
I HATE RUNNING I really do. Ever since I started lifting weights and putting on muscle, running became my least favorite thing. The heavier ...
-
Jessica Amanda tiada sebarang hubungkait dengan Jessica Alba mahupun Alamanda Putrajaya. Jessica Amanda hanyalah seorang budak perempuan gen...
-
[Ini sambungan] Malam Pesta Keramaian itu. Semua umat manusia berfesyenkan fesyen yang menggembirakan mata yang memandang. Muka habis ditab...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan