Jumaat, 13 Julai 2018

Cerita Piala Dunia 2018

FIFA World Cup, atau Piala Dunia adalah acara bola sepak terunggul di atas muka bumi ini, tak termasuk planet lain. Yang julung-julung kalinya diadakan setiap 4 tahun. Bagi pengikut tegar bola sepak, tidak kira tempatan atau international, inilah acara yang paling ditunggu-tunggu. Dimana seluruh negara atas muka bumi ini akan bertarung kehandalan, skill, taktikal, strategi, fizikal, mental bagi merangkul kejuaraan terkemuka ini.

Aku mula menonton bola sepak pada tahun 2002, dimana aku dan adik aku jumpa CD kompilasi highlight Piala Dunia 2002 yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun. Disitu aku mula kenal lebih rapat lagenda-lagenda yang selama ni cuma lihat disurat khabar atau berita di tv. Seperti Ronaldo, Zidane, Ronaldinho,Miroslav Klose, Oliver Kahn, David Beckham, Michael Owen, Luis Figo, Gabriel Batistuta. Ramai juga yang mula meningkat naik seperti Kaka, Casillas, Park Ji Sung, dan ramai lagi. Aku juga mula kenal Ilhan Mansiz, Ahn Jun Han, Joaquin. Dan aku tertarik dengan team Argentina yang pada ketika itu yang dibarisi lagenda Gabriel Batistuta, juga pemain meningkat naik ketika itu Pablo Aimar yang berganding dengan Juan Sebastian Veron, namun sayang mereka tak mampu melepasi Group stage, Group F yang dikatakan group of death bersama Sweden, England, dan Nigeria. Final Piala Dunia 2002 menjadi pentas pertembungan antara Samba Raja 4 R dari Brazil dengan Iron Gloves Oliver Kahn, yang mana di menangi Brazil ketika itu hasil kecemerlangan Ronaldo memberi Piala Dunia ke-5 buat Brazil. Dan juga breakthrough buat pasukan Asia di Piala Dunia, South Korea yang ketika itu melepasi semi final.

Fast forward 16 tahun kemudian. Piala Dunia 2018 juga membawa pelbagai cerita suka duka buat pengemar sukan no.1 dunia ini. Berlangsung di Russia pada 15 Jun, dekat dengan Hari Raya Aidilfitri. Jadi beraya di siang hari dan menonton bola di malam hari sememangnya menguji stamina rakyat Malaysia kali ini.

Sugul, badi juara
Penyandang Juara Piala Dunia 2014, Jerman dikejutkan Korea Selatan dengan kekalahan 2-0 #KeeperKatMana. Seterusnya tersingkir di peringkat kumpulan F selepas mengumpul hanya 1 kemenangan dari 3 perlawanan. Dan juga tewas mengejut pada Mexico 1-0.

Adoi!! (Ecececece)
Viral disekitar media social adalah gimik penyerang berbakat Brazil yang mempraktikkan seni lakonan teater diatas padang. 

Tiada rezeki buat Messi
Team aku, Argentina juga agak struggle untuk Piala Dunia kali ini selepas pencapaian tempat ke-2 di kejohanan yang lepas. Bermula dengan seri 1-1 dengan Iceland, kemudian tewas 3-0 dengan Croatia, akhirnya menang dramatik 2-1 Nigeria. Dan bergantung pada kemenangan Croatia ke atas Iceland untuk melepasi peringkat kumpulan.

Dan kemudian disingkir Perancis diperingkat 16 terakhir dalam thriller 7 gol, Perancis menang 4-3 dari kecemerlangan Kylian Mbappe, menjaring 2 gol dan larian pantas beliau di counter attack yang memenangi penalti untuk gol pertama.

Laju natang ni
"Terima kasih", Jepun memenangi respek dunia
Yang juga viral adalah kelas tersendiri dari team dan penyokong Jepun. Bukan sahaja mempamirkan aksi menarik di atas padang dengan melepasi peringkat kumpulan G, menyingkir Colombia dan Senegal, dan memberi saingan sengit buat Belgium dan kalah 3-2 dengan gol di minit ke-93. Mereka juga menunjukkan nilai murni yang patut dicontohi, membersihkan stand dan juga changing room. Dan juga meninggalkan nota "Terima Kasih" dalam bahasa Rusia. Class!

"Hurm.. penalti kot"
Piala Dunia kali juga mencipta sejarah apabila pengunaan VAR (video assistant referee) pertama kali diperkenalkan. Reaksi bercampur-baur bagi pelaksanaan VAR ni, ada yang suka ada yang tak. Tapi agak menarik juga bila keputusan referee boleh ada pandangan kedua dari rakaman video.

Keputusan akhir pre-final game. Perancis vs Croatia layak ke final

Beberapa keputusan mengejutkan apabila pasukan favourite satu-satu rebah tersungkur, Jerman, Portugal, Argentina, Brazil, England, dan Belgium. Antara keputusan paling mengejutkan adalah Sepanyol vs Russia, seri 1-1 dan Russia menewaskan Sepanyol dipenentuan penalti dan menunjukkan jalan keluar buat bekas Juara tahun 2010 itu.

Croatia menjadi negara dengan ranking paling rendah layak ke final Piala Dunia, dengan gandingan Luka Modric (Real Madrid) dan Ivan Rakitic (Barcalona) dan juga Perisic (Inter Milan) dan Mandzukic (Juventus), mereka mengenepikan pemusuhan diperingkat kelab demi negara. Walaupun menjadi underdog untuk final kali ini, Croatia bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah, dapat dilihat dari kejayaan mereka menumbangkan gergasi bola sepak seperti Argentina dan England.

Epik! Sambutan gol Mandzukic menentang England dimasa tambahan. Gambar oleh @yuriyuriska yang kena rempuh dan dilanyak player Croatia ketika sambutan gol, tapi dia relax je click moment ni. Respek!
Begitu juga Perancis, Varane (Real Madrid) dan Umtiti (Barcalona) dan Pogba (Manchester United) dan Kante (Chelsea) juga berganding bahu melupakan seteru kelab masing-masing. Perancis dibarisi ramai pemain terkemuka seperti Griezman, Giroud, Lloris dan Pogba menjadi favourite untuk final kali ini selepas menumpaskan Belgium, Uruguay dan Argentina (dua-dua finalist kali ni dah kalahkan Argentina, haih). Ditambah pula dengan kehadiran bintang muda seperti Mbappe dan Dembele.

Satu-satunya budak MU yang berjaya ke final, goodluck bro

Jadi final ini, team mana pilihan anda?

--------------------------------------------------------------

[Update 16/07/2018: Perancis berjaya memenangi Piala Dunia 2018 dengan menewaskan Croatia 4-2, hasil jaringan dari Mandzukic (gol sendiri), Griezman (penalti), Mandzukic (kecuaian Lloris), dan tiga sepakan menarik luar kotak dari Perisic, Pogba, dan Mbappe]

Allez Les Bleus!


Tiada ulasan:

Catatan Popular