Lamunan Rosli terhenti sekejap kerana teguran lembut dari doktor pelatih tadi, atau orang medik panggil housemen. "Bukan housemen tu maksud dia orang rumah ke?" Getus hati kecil Rosli. Memang kira-kira sekitar waktu ini mereka akan datang ambil darah pesakit, apa yang mereka buat dengan sampel darah itu, Rosli tak pasti. Mungkin mereka pantau progress pesakit dari darah itu. Teka Rosli sendiri sambil dia berganjak memberi ruang kepada doktor untuk bertugas, beberapa langkah ke belakang dari katil rakannya, Khairi.
Khairi, dia memang tidak asing dengan hospital ini, acap kali berulang-alik ke sini untuk check-up, sering juga tercheck-in bila kondisinya tak memuaskan doktor yang memeriksa. Begitupun, kali ini kondisi dia agak kritikal. Sudah 5 hari dia tidak sedarkan diri dalam keadaan comatose kerana jangkitan kuman dalam otak. Itu bahagian dia, Allah menguji dia dengan penyakit-penyakit, dan sesungguhnya tidak Allah turunkan ujian pada hambanya melainkan apa yang didalam kemampuan hambanya.
Batang tubuh yang dulunya gagah, berkerja sehari-hari sedari pagi hingga dinihari, sihat wal aa'fiat kini tak mampu untuk mengerakkan walau sekadar kelopak mata, hanya dada kelihatan berombak-ombak dibantu bernafas oleh mesin intubator. Yang mampu cuma menanti tibanya Izrael menjemput untuk menghadap Ilahi, tinggal segala yang fana' ini.
....................
Manusia ni, fragile.
[Secara statistiknya, 100% manusia akan mengalami kematian]
2 ulasan:
alfatihah untuk ayah T____T
Allahumma firlahum warham hum wa afihi wa'fuanhum
Catat Ulasan