Selasa, 29 Januari 2019

Buku: Alex Ferguson - My Autobiography

Selari dengan azam 2019 untuk kembali membaca, aku tetapkan sekurang-kurangnya sebulan satu buku untuk dibaca, tak kiralah buku genre apa pun. Kalau dulu rajin baca buku fixi, komik, puisi, zine, dan seangkatan dengannya, kali ini mungkin aku akan pelbagaikan lagi bahan bacaan aku.

Buku pertama aku baca untuk tahun 2019, "Alex Ferguson - My Autobiography" buku tulisan Sir Alex Ferguson sendiri, berbahasa Inggeris. Buku ini adalah buku autobiografi kedua Sir Alex yang merangkumi kisah hidup beliau sekitar tahun 80-an hingga ke 2014.



Siapa yang kena baca?
Peminat bola sepak, peminat Manchester United dan sesiapa mencari inspirasi dalam bidang pengurusan.

Review pendek:
Pada aku, buku ini bukanlah bacaan berat yang memerlukan daya analisis yang tinggi, tapi kalau pembaca itu tak tahu menahu langsung tentang kelab bola sepak Manchester United dan sejarahnya, mungkin agak sukar untuk dihadam. Bagi fans United macam aku, buku ini memang mengimbau kembali nostalgia dan memori tentang jatuh bangun kelab ini dan pengurusnya, Sir Alex. Sir Alex juga mengupas kontroversi-kontroversi yang melanda diri beliau, dari kes beliau bergaduh dengan pemain-pemain hingga kes dengan media, pengadil dan pengurus kelab lain. Beliau berkongsi pengalaman beliau menaikkan pemain-pemain ternama seperti Beckham, Cristiano Ronaldo, Rio Ferdinand, Wayne Rooney, Eric Cantona, dan banyak lagi.

Isnin, 28 Januari 2019

Ayra Sofea: Cari Objek Tersembunyi

"Mon dah datang! Mon dah datang!
Lari lari lari Mon dah datang.
Sembunyi! sembunyi! cari cari carilah kami"

Kedengaran Didi dan kawan-kawannya bernyanyi gembira bermain riangnya hati.

Hora horey!
Cari objek tersembunyi
Menjelang 5 bulan ini, bertambah keletah anak dara aku seorang ini. Dah pandai nak minta dukung sokmo, dah pandai menangis bila tak ada orang, bunyi yang keluar dari mulut pun dah macam-macam, suka main sembur-sembur air liur, suka gigit hidung papa, tangan laju nak objek-objek sekeliling, dan hobi terbaru beliau, berguling-guling macam tenggiling.

Tu ha, pantang lepa kejap dah berguling masuk bawah meja

Rabu, 23 Januari 2019

Cuti-Cuti Malaysia: Tasik Villa International Resort, Port Dickson

Resort Percutian Mesra Keluarga

Ofisial website: Tasik Villa International Resort

Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sofea. Pencarian lokasi percutian kami lebih fokus pada tempat-tempat yang mesra keluarga. Pada mulanya kami cuba booking Avani Goldcoast Sepang, tapi almaklumlah Isnin nya pada 21 Januari tu cuti umum Thaipusam. Jadi penuhlah sebab orang cuti 3 hari. Alternatifnya nak ke Grand Lexis atau Lexis tapi tetiba terserempak lak dengan resort ni. Tasik Villa International Resort, yang menjadi tarikannya bilik Deluxe dia ada indoor jacuzzi. Kami memang cari yang ada indoor swimming pool untuk bagi Ayra Sofea water confident, tapi bila difikirkan balik, jacuzzi lagi ok, boleh adjust air panas/suam. 

Pintu depan Tasik Villa International Resort
Water villa di atas tasik, maybe boleh cuba lain kali
Baris depan water villa, belakang warna putih tu villa 2 bilik, sesuai untuk famili besar 
Check-in/Check-out: Servis di receptionist suam-suam je, bellboy pun tak ada, welcome drink tak di offer, so tak boleh nak letak 5 star resort. Cuma aku respek dengan auntie seorang ni, guard india kat depan lobi. Memang mesra, kita lalu dia mesti senyum, welcome kita, masa check out siap tolong angkat beg lagi. 

Proses check-in yang lancar, tapi macam tak berapa welcoming
Lobi utama: Dekorasi Chinese New Year dah siap
Bilik: Bilik yang kami dapat memang tiptop, walau ada masalah sikit dengan pintu dia, access card tak boleh buka pintu. Minta tolong receptionist dia hantar room service tolong buka kan. Bilik yang kami ambil ni memang luas. Sangat luas, dua katil King saiz disediakan, satu bilik air, satu toilet, ada ruang dapur, balkoni yang luas (boleh buat candle light dinner) menghadap tasik, dan highlight dia indoor jacuzzi. Pemandangan dia boleh nampak kawasan resort, lepas tu kelapa sawit sampai hujung. Malam nampak la ada oil plantation kot kat hujung dan kapal terbang lalu lalang (nampak terbang rendah je, PD dengan KLIA dekat ke?)

Dua katil King, kelihatan seketul Ayra Sofea dah landing dulu disitu
Bilik yang luas boleh main sepak takraw kat tengah tu
Bilik air yang selesa, ada satu lagi bilik khas jamban sahaja
Ruang jacuzzi kena masuk dari bilik air,
berendam sambil menikmati angin petang memang layan ni
Ruang santai di balkoni,
boleh minum kopi sambil menikmati persembahan air pancut di malam hari
Mentari terbit diufuk timur,
cantik tapi sayang kamera cikai tak mampu nak capture
Resort overall: Kalau ambil villa dia atau water villa, buggy cart ada disediakan, nak berbasikal pun ada disediakan. Di tasik tu nampak ada bot tapi sepanjang penginapan kami tak nampak pun orang naik bot. Sebelah malam ada persembahan air pancut, kami tengok dari balkoni bilik je (Ayra Sofea tak berkedip tengok air pancut warna-warni). Kawasan sekitar dia tak tau nak buat apa tapi macam masih dalam perancangan. Attraction lain macam biasalah Port Dickson, pantai, Teluk Kemang, rumah terbalik, etc.

Makanan: Kami order room servis, order sampai agak cepat dan servis sangat baik. Makanan pun sedap dengan portion yang besar. Dengarnya belah malam ada pool side BBQ, tapi kami tak join. Breakfast, variasi makanan banyak, rasa pun sedap. Yang potongnya sebab pelancong China, aku bukan nak rasis ke apa, tapi bila dorang ni ada, memang potong. Ada tu kita baru nak duduk kat meja boleh lak dia cepat-cepat letak makanan dia kat situ, bukan tak ada tempat lain. Kita rakyat Malaysia yang berbudi bahasa bagi je la kan. Lepas kita duduk tempat lain boleh lak dia duduk makan tempat lain (makanan yang dia letak kat meja tadi dia biar je). Mungkin itu kes terpencil, tapi yang selalu aku kena, kat mana-mana hotel la, bila ada diorang ni, beratur nak ambil makanan tu mesti tak menyempat, berdiri rapat-rapat, lepas tu langgar kita buat dek je.


Lunch: Nasi Goreng Kampung & Chicken Bolognese
Dinner: Caesar Salad, Tenderloin Steak & Mushroom Soup

Akhir kalam, kami satu famili seronok duduk di sini walaupun percutian pendek 2 hari 1 malam saja dan kami rekomen resort ini untuk percutian keluarga.

Ayra Sofea happy, Papa pun happy

Rabu, 16 Januari 2019

10 Tahun

Blog ini sudah 10 tahun. Sepuluh. Kalau kau beranak sepuluh tahun lalu, sekarang dah darjah 4 budak tu.

Masih disini, masih menaip.

Ramai yang bertanya, kenapa masih disini? Kan ada fesbuk, tuwiderr, insta dan sebagainya. Kan lagi ramai yang boleh baca tulisan kau, ramai yang boleh like dan komen dan share, ramai juga yang boleh kecam.

Tapi aku pilih disini, kerana disini lebih sunyi. Mungkin bagi aku kesunyian itu adakalanya mendamaikan.

Atau cuma aku yang syok sendiri. Aku sendiri tulis, aku sendiri baca.

Semoga blog ini masih disini pada 2029. Boleh aku post pasal 20 tahun pula.

Jumaat, 4 Januari 2019

Ayra Sofea: Hippopo Baby Spa & Wellness, Setia City Mall

Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian

Jadi ada satu hari tu, aku dengan isteri ku yang tercinta jalan-jalan kat Setia City Mall, Setia Alam. Ternampaklah Hippopo Baby Spa & Wellness ni, masa tu tak ada Ayra Sofea lagi. Tapi Fiqa masa tu dah berangan dah nak hantar baby kat situ bila ada baby nanti. Saja je menggedik. 

Fast forward beberapa tahun, dimurahkan rezeki kami dikurniakan Ayra Sofea, jadi mama dia dah plan sejak dari pantang lagi nak ke Hippopo ni. Kami pun search lah harga dia. Affordable lah, ingatkan spa ni tempat-tempat bangsawan je. Harganya seperti berikut:

Single package:
Swim only: RM50 ~25min
Massage only: RM38 ~20min
Swim + Massage: RM88 ~50min

Package lain:
Rajah 1: Pakej swimming sahaja (sumber: fb Hippopo)

Rajah 1: Pakej swimming + massage (sumber: fb Hippopo)

Ayra Sofea baru masuk 4 bulan masa kitorang pergi hari tu, booking last minit hari tu, call pagi tu ingat nak book tarikh lain, tetiba dia kata hari tu ada kosong, terus kitorang book. Tapi risau gak kalau-kalau Sofea tak suka kan, buat perangai lak, so test single session je la dulu. Alhamdulillah dia ok, muka pelik je masuk kolam, kena massage pun dia ok je, suka. Masseuse nya sangat terlatih dan pandai main dengan budak.

Kelebihan Baby Swimming:
- Menguatkan imuniti, pertumbuhan jantung dan peparu
- Membantu sistem pengkhadaman
- Membina motor skill, fleksibiliti, keseimbangan badan, deria sentuh, visual dan auditorial
- Tidur yang lebih lena untuk bayi

Kelebihan Baby Massage:
- Membantu interaksi dan sosial skil bayi
- Stimulasi untuk sistem pengkhadaman, hormon, imunisasi, koordinasi
- Meningkatkan pertumbuhan otot dan tumbesaran
- Mengurangkan sakit gigi (tumbuh gigi), krem otot, sembelit, masuk angin
- Meningkatkan relax hormon dan membantu tidur bayi yang lebih lena

Syarat-syarat:
- Berat bayi mesti 4.5kg keatas, dan bawah 36 bulan
- Bayi mesti disusukan/makan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sesi
- Bayi mestilah sihat wal-afiaat, bebas dari demam, selsema, batuk, etc
- Kena tunggu lepas 72jam selepas vaksin/injection
- Pelampung, swim diaper, dan tuala disediakan
- Peak hour tak ada walk-in, kena buat appointment

So, itu tahun lepas, esok kitorang nak pergi lagi. 

Catatan Popular