Kesibukan kerja kadang-kadang membuat kita terlupa untuk mengambil satu langkah kebelakang, bertenang dan berehat, nikmati percutian dan lupakan sebentar kesibukan kerja dan kesesakan ibukota. Tetapi ramai juga yang tidak punya ruang untuk memohon cuti lebih untuk memandu jauh dari ibukota, mungkin kerana kekangan masa, atau tidak cukup baki cuti tahunan. Jadi cukuplah cuma berpuas-hati dengan percutian pendek dihujung minggu.
Untuk ke destinasi percutian popular seperti Melaka, Penang, Cameron Highland sudah pasti tidak puas jika lebih banyak perjalanan dihabiskan diatas jalan menempuh kesesakan trafik. Ada juga destinasi yang sentiasa penuh ditempah seperti di Port Dickson atau Janda Baik. Yang lain pula terlalu jauh seperti Redang, Langkawi atau Tioman.
Jadi di mana kita boleh menikmati percutian pendek di hujung minggu, untuk menikmati ketenangan, hotel/resort yang memberikan servis yang baik, mesra keluarga terutama kanak-kanak, dan hampir dengan ibu kota. Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya adalah pilihan yang menarik, cuma 30 minit pemanduan dari Shah Alam, Cyberview Resort & Spa adalah resort boutique bertaraf 5 bintang yang menyajikan pengalaman istirehat yang berkualiti buat seisi keluarga.
|
Pemeriksaan suhu, mendaftar MySejahtera sebelum masuk ke lobi
|
|
Lobi resort (tidak perlu bawa turun luggage, boleh check-in dulu dan parkir kereta di depan bilik)
|
Tentang check-in/check-out, prosesnya sangat lancar dan teratur, serta mematuhi SOP yang disarankan, semua pelawat dipastikan sihat dan tidak mempunyai simptom seperti batuk atau demam. Kualiti perkhidmatan dijaga baik, staf juga mesra dan ramah.
Bilik yang kami tempah agak luas dengan berhiaskan reka bentuk moden, dengan 1 katil king + 1 katil single sesuai untuk percutian keluarga. Kawasan premis resort yang seluas 28 ekar persegi berdandankan taman-taman yang menghijau amat sesuai untuk aktiviti team-building, konferens, mesyuarat untuk syarikat atau persatuan. Perkhidmatan buggy ada disediakan, namun tetamu boleh juga memandu kenderaan sendiri kerana parkir disediakan dihadapan setiap bilik/chalet/villa/banglo.
|
Ruang menunggu yang selesa dan mematuhi SOP
|
|
Orang pertama yang merasmikan katil (king bed) dan toys yang dimenangi di Play United (single bed) |
|
Pintu almari dan bilik air (sliding) dengan reka bentuk yang menjimatkan ruang |
|
Bilik air dengan interior yang menarik
|
|
Taman-taman yang menghijau buat hati tenang seketika
|
Antara aktiviti disajikan selain kolam renang yang berskala besar untuk kanak-kanak dan dewasa, terdapat juga kolam untuk memancing (joran boleh disewa), petting zoo (tetapi haiwannya sudah lari ketika PKP kerana tiada penjaga), jungle jam untuk kanak-kanak (ditutup kerana PKP), gym, tennis dan juga aktiviti berbasikal.
|
Bersiar-siar sekitar taman |
|
Meeting tentang Didi & Friend dengan mama |
|
Tub mandi dirasmikan tuan puteri
|
|
Ruang balkoni yang luas, sesuai untuk berehat minum kopi & baca buku disini
|
|
Kak long kawasan
|
|
Tak rancang nak mandi pool, jadi tak bawa baju mandi budak tu
|
Kami menempah room service untuk makan malam, dan makanan yang disediakan juga lazat dan berkualiti. Untuk sarapan pagi, makanan dihidang secara buffet di restoran Verandah, setiap tetamu diarahkan memakai sarung tangan yang disediakan dan topeng muka ketika mengambil makanan. Walau dengan SOP penjarakan sosial yang perlu dipatuhi, ia tidak mengganggu pengalaman kami menikmati sarapan dengan aman.
|
Kek dari Azlina Ina, untuk sambutan hari lahir kecil-kecilan |
|
Char kuey tiow
|
|
Mash potato + meat balls |
|
Nasi goreng kampung (satu udang lagi dah kena kebas) |
Konklusinya, kami berpuas hati dengan penginapan kami di Cyberview Resort & Spa ini. Semoga akan datang ketemu lagi. Terima kasih buat isteriku tercinta yang merancang kejutan (yang tak jadi) percutian bersempena hari lahir saya yang ke-31, hooray!