Ahad, 22 Disember 2024

Berbelah bahagi

Tak terniat apa pun.
Namun bila tersekat terlalu lama. 
Amat sukar ditarik keluar.

Mungkin tiada apa.
Tapi mungkin lebih baik aku lari.
Dari marabahaya yang mungkin datang,
atau tidak.

2025 yang datang
Apa yang utama perlu diutamakan.
Diri
Dan keluarga.

Yang lain, jika itu takdirnya, redha dengan hati terbuka.

Jumaat, 29 November 2024

Nasi Goreng Pattaya

Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan ini ia membawa kesejukan bersamanya, bersama kesejukan juga datang kelaparan. Atas dasar rasa kelaparan ini aku singgah ke kedai tom yam yang dipilih secara random bersama rakan-rakan sekerja aku.

Ada yang order nasi dengan sup ekor, ada yang order nasi goreng paprik, ada yang order telur bistik, ayam kunyit. Aku? Aku pilih untuk order Nasi goreng Pattaya. "Ok" kata waiter kedai tomyam tu. Dari percakapan dan gaya waiter ini nampak seperti anak muda melayu dari pantai timur, atau mungkin dari selatan Thai. 

Sesampai makanan satu per satu, rakan-rakan semua makan dengan nikmatnya, makanan panas ala-Thai di kala kesejukan dan kebasahan hujan malam memang tersangat nikmat. Makanan aku yang terakhir sampai.

Waiter letak makanan atas meja, aku tanya "Ini apa ya?"
Dia jawab, "Nasi goreng petai"

Aku gelak dulu, terpinga-pinga waiter tersebut. "Saya order Nasi goreng Pattaya, bukan nasi goreng petai ya"

Maka kami pun bergelaklah secara berjemaah.

Aku terus je makan, malam pun berlalu seperti biasa

Sabtu, 24 Ogos 2024

Cuti-Cuti Malaysia: DoubleTree by Hilton Damai Laut

Birthday Trip Ayra Sofea - Menginjak Usia 6 Tahun di DoubleTree Damai Laut

Pada tahun ini, kami kembali ke DoubleTree by Hilton Damai Laut untuk meraikan ulang tahun Ayra Sofea yang ke-6. Kali terakhir kami ke sini adalah lima tahun lalu, ketika Ayra masih bayi, untuk sambutan ulang tahunnya yang pertama. Banyak yang telah berubah sejak itu, termasuklah pemilikan hotel ini yang bertukar dari Swiss-Garden Resort ke DoubleTree by Hilton. 

Tempat sama ambil gambar 5 tahun lepas

Pintu masuk

Penginapan yang Berbaloi

Kami memilih untuk menginap selama 3 hari 2 malam dengan harga RM420 satu malam. Walaupun harga agak tinggi, kami berpendapat ianya berbaloi memandangkan pengalaman kami yang lepas serta kenangan manis yang ingin diulang kembali. Penginapan kali ini sama seperti yang diingati, dengan pemandangan laut yang menenangkan dan bilik yang selesa untuk sekeluarga.


View dari lobi

Map masih sama seperti dulu


Boleh sewa basikal


Mini Water Park dan Kolam Renang: Lebih Seronok untuk Si Kecil

Mini Water Park dan kolam renang masih kekal seperti dahulu tanpa sebarang penaik tarafan. Namun, kali ini lebih seronok kerana Ayra kini lebih besar dan lebih berani bermain air. Jika dahulu kami terpaksa memantau setiap langkahnya kerana masih bayi, kini dia bermain dengan bebas, berlari ke sana sini dan menikmati setiap detik di taman air mini tersebut.








Aktiviti Pantai yang Pelbagai

Pantai di sini kini diselia oleh pihak ketiga, yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti ATV, Banana boat, snorkeling, dan trip ke Pulau Pangkor. Kami juga bawa mainan pasir sendiri untuk anak-anak bina sandcastle di tepi pantai. Melihat Ayra dan adik-adiknya bermain pasir sambil ketawa riang memang menceriakan suasana.

Pertandingan sand castle paling cantik





Kid's Club dan Gym yang Dinaik Taraf

Satu perkara yang kami perasan adalah Kid's Club dan gym telah dinaik taraf. Kid's Club kini tampil dengan reka bentuk baru serta pelbagai mainan yang lebih moden, termasuk PlayStation 4 dan mini cinema untuk hiburan kanak-kanak. Gym masih mengekalkan peralatan yang sama, namun bilik persalinan dan tandasnya telah dinaik taraf dan lebih selesa.

Wayang dia lagi selesa dari dulu

Ada port main PS4

Nakal-nakal masuk sini



Gym dengan view laut

Apa yang kurang sikit

Sayangnya, beberapa aktiviti yang pernah kami nikmati semasa lawatan dahulu sudah tidak ada. Petting Animal dan Damai’s Farm telah dihentikan, begitu juga dengan permainan memancing dan menunggang kuda. Kehilangan aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak mengurangkan daya tarikan bagi kami yang datang bersama anak-anak kecil.

Masalah yang kami hadapi adalah lalat yang agak banyak di sekitar kawasan hotel. Namun, kami perasan bahawa pihak hotel telah mengambil tindakan proaktif dengan memasang perangkap lalat dan alat penghalau serangga di sekeliling kawasan hotel. Walaupun agak mengganggu, usaha pihak hotel untuk menangani masalah ini amat kami hargai.

Lagi satu, kawasan Damai Laut ini memang agak dalam dan jauh dari kehidupan. Belajar dari penginapan yang lalu kami bawa makanan siap-siap andai kata tak lalu nak bayar nasi goreng RM50 dekat hotel. Kemudian kami cari makan warung kampung, mee udang ini kira-kira 15min drive dari hotel.

Warung Mee Udang

Macam ni RM16

Secara keseluruhannya, lawatan kali ini berjaya menghidupkan semula kenangan manis kami di Damai Laut, dan yang paling penting, Ayra Sofea kelihatan sangat gembira menyambut ulang tahunnya yang ke-6 di tempat yang istimewa ini. Kami mungkin akan kembali lagi suatu hari nanti, untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama keluarga tercinta.

Sabtu, 27 Julai 2024

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Taiping dan Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari terletak di Jalan Taman Tasik, Taiping, Perak. Ini merupakan zoo yang tertua di Malaysia dan terkenal dengan landskap semula jadi yang indah, termasuk Tasik Taiping yang terletak bersebelahan zoo.

Harga Tiket

Zoo Taiping dibuka setiap hari dari 8:30 pagi - 6:00 petang

  • Dewasa (MyKad): RM 16
  • Kanak-kanak (3-12 tahun, MyKid): RM 8
  • Dewasa (Bukan MyKad): RM 20
  • Kanak-kanak (Bukan MyKid): RM 10

Night Safari pula dibuka setiap malam 8:00 malam - 11:00 malam

  • Dewasa (MyKad): RM 20
  • Kanak-kanak (3-12 tahun, MyKid): RM 10
  • Dewasa (Bukan MyKad): RM 25
  • Kanak-kanak (Bukan MyKid): RM 12

Setiap hari pada pukul 11:00 pagi dan 3:30 petang akan persembahan haiwan. Manakala sesi feeding Gajah pada jam 10:00 pagi dan 2:00 petang, dan Harimau pada jam 11:30 pagi dan 3:00 petang

Dengan kawasan seluas kira-kira 34 ekar, memerlukan rata-rata 2-3 jam untuk pusing keseluruhan zoo. Tapi ada tram ride yang disediakan untuk memudahkan perjalanan. Terdapat lebih dari 120 exhibit dengan lebih dari 1,300 haiwan dan lebih dari 200 spesies.










Jumaat, 26 Julai 2024

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia adalah salah satu tarikan utama di Malaysia yang menampilkan pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia. Zoo Negara terletak di Jalan Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia. Dibuka setiap hari dengan waktu operasi dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Harga Tiket

  • Dewasa: RM45 (warganegara) / RM88 (pelancong)
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM18 (warganegara) / RM43 (pelancong)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM23 (warganegara) / RM43 (pelancong)
  • Kanak-kanak bawah 3 tahun: Percuma

Lebih kurang sekitar 3-4 jam (5-7 km) untuk melawat keseluruhan zoo (keluasan lebih kurang 110 ekar). Zoo ni merangkumi 16 exhibit utama, lebih daripada 476 spesies dengan total sekitar 5,137 ekor haiwan.

Zoo Negara Malaysia adalah destinasi yang menarik untuk keluarga dan pencinta haiwan, menawarkan pengalaman pendidikan dan rekreasi yang berharga.

Aku sendiri pun memang dah banyak kali ke sini


Circa 2019: bersama Dhia dan Deena

2021: Ape Centre Zoo Negara

Giant Panda Conservation Centre

Savannah Walk

Ape Centre

Malaysian Elephant Exhibit

2019 - Entrance

2012 - Entrance


Catatan Popular