Nak bercuti kat Cameron Highland ni memang seronok, sebab dapat merasakan suasana dingin tanah tinggi yang tak banyak ada di Malaysia, walaupun tahap kedinginan tu dah banyak berkurang dek kerana pemanasan global. Tapi, perancangan yang teliti perlu dilakukan sebelum mulakan perjalanan. Sebabnya? Kalau salah plan, lebih banyak masa dibazirkan tersangkut dalam jem, tak pun penat nak cari parking.
Di Cameron Highland ni main attraction dia biasanya shopping sayur-sayur, bunga-bunga, buah-buah especially strawberry, teh dan madu. Banyak lagi la. Tak kurang juga tempat-tempat cantik yang instagrammable, petting zoo, bee farm, butterfly farm, sheep farm.
Saranan aku berdasarkan review orang ramai, nak ke Cameron Highland ni kena cari masa off peak, elak-elak la masa cuti sekolah, public holiday atau weekend. Kalau dari KL atau utara, naiklah dari Simpang Pulai, sebab kalau naik dari Tapah memang jem lagi-lagi area Tanah Rata menghala ke Brinchang.
Kitorang naik dari Simpang Pulai, dan 1st stop berhenti di tempat baru bukak Hobbitoon Simpang Pulai. Agak mahal jugak (RM40 dewasa, RM20 kanak-kanak) tapi tempat masih baru dan cantik jadi bolehlah feeling-feeling konon New Zealand.
Next terus ke Zoomania & Butterfly Farm di Brinchang (RM15 dewasa RM10 kanak-kanak), berdekatan dengan Kea Farm. Dari Hobbitoon tadi dalam sejam, jadi sampai sini jalan-jalan tengok binatang, boleh pet rabbit, hamster, biri-biri. Lepas tu lunch dan kitorang check-in dekat Copthorne Cameron Highland, 500 meter je dari situ dan untuk apartment single room dalam RM250+ je. Petang tu berjalan kaki je ke Kea Farm cari makanan apa yang patut, dalam 300 meter je.
Keesokannya kami check-out awal sikit, singgah kejap kat Sheep Sanctuary (RM12 dewasa, RM7 kanak-kanak), dekat Kea Farm gak, tapi silapnya sebab bawa kereta sebab ingat nak terus destinasi seterusnya di Tanah lepas ni. Tapi tak tau lak kemain payah nak parking kat situ. Kea Garden ada parking kat bawah tu tapi berkicap gak la nak hiking naik pastu turun balik ke Sheep Sanctuary (padahal dari parking tu dah boleh nampak dah sheep nya). Kecil je tempatnya, tapi banyaklah sheep nye, ada juga alpaca kat situ. Boleh bagi makan dan pet.
Seterusnya kami bergerak ke Big Red Strawberry Farm, di tengah-tengah bandar Brinchang, kat sini ada sangkut jem kejap. Tapi yang aku suka kat Big Red ni masuk free je. Pastu untuk petik buah ke sayur ke kena bayar asing lah. Pastu restoran dia ada pelbagai makanan berasaskan strawberry tu yang sedap tu.
Seterusnya kami check-in di Cameron Lavender Mansion, memang cantik hotel ni, ala-ala castle gitu. Dalam RM400++ semalaman.
Hari ke-3 kami berjalan-jalan sekitar Tanah Rata je sebelum balik. Mula-mula kami ke Taman Agroteknologi MARDI, tak ada apa sangat pun kat sini, tapi masuk cuma RM10 dewasa dan kanak-kanak free. Kemudian kitorang ke Animal Feeding Rainbow Garden, kat sebelah MARDI tu je. Ini pun RM10 dewasa RM5 kanak-kanak. Banyak haiwan ada kat sini, boleh pegang, bagi makan.
Sebelum turun ke Ringlet, kami singgah di Bharat Tea House, ada dua kat sini, kami ke Tea House 2 sebab jumpa yang ni dulu dari arah Tanah Rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan