Ahad, 23 Februari 2025

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Teruntum & Dinousour Encounter

Throwback Jun 2022, dimana kami singgah ke Zoo Teruntum & Dinosour Encounter, kali pertama kami singgah sini pada tahun 2021 hanya suam-suam kuku dimana cuma sedikit haiwan yang ada tanpa tarikan baru Dinosour Encounter. Tapi untuk kunjungan kali ini nampak lebih dengan tarikan baru Dinosour Encounter, boleh kata disini adalah zoo hibrid pertama di Malaysia yang menggabungkan konsep ini, kemudian diikuti Zoo Melaka.

Harga Tiket:

  • Dewasa: RM25
  • Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun): RM22
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun: Percuma
Antara pengalaman menarik disini adalah pengalaman unik mengenali dinosour dan melihat replika dinosour dengan saiz sebenar, ada juga aktiviti sampingan seperti rumah hobbit, menunggang kuda, permainan kanak-kanak, persembahan dinosour. 

Untuk bahagian zoo, tak banyak haiwan yang ada, tapi ada juga petting zoo dan animal feeding.










Sabtu, 22 Februari 2025

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Kemaman

 Zoo Kemaman terletak di Hulu Chukai, Terengganu. Aku pergi tahun 2022 bersama keluarga, bawa anak-anak buah jalan pusing Terengganu. Zoo ini dikelola oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Dari segi tiket memang murah, tetapi dari segi tarikan agak suram. 

Enclosure yang tak dirapi, lalang dan rumput meninggi, banyak enclosure yang kosong, haiwan yang kelihatan kurus. Tapi semasa kami pergi baru je negara dibuka dari lockdown yang panjang akibat Covid. Harap sekarang sudah semakin baik keadaan di Zoo Kemaman ini.

Harga tiket

  • Dewasa RM15
  • Kanak-kanak RM10
Terdapat perkhidmatan buggy rides tanpa bayaran tambahan.







Jumaat, 21 Februari 2025

Cuti-Cuti Malaysia: Husin Fauzi Farm

Throwback Oktober 2021, masa negara mula surut dari kes Covid, orang mula berjalan kembali. Tapi tak silap masa ni masih susah nak rentas negeri. Jadi percutian dalam Selangor kami ke sinilah, Husin Fauzi Farm yang terletak di Kuala Selangor.

Taman haiwan yang berkonsep terbuka, dengan burung unta, merak, itik dll dibiar bebas berkeliaran dalam kompaun zoo. Harga tiket masuk juga sangat murah

RM15 untuk dewasa
RM7 untuk kanak-kanak.

Kawasan zoo tidaklah besar, sejam dua dah boleh habis pusing, tapi terdapat aktiviti yang meriah boleh dilakukan seperti menaiki tram tong drum, menangkap ikan, menunggang kuda, dan petting zoo.









 

Ahad, 16 Februari 2025

Cuti-Cuti Malaysia: IOI City Farm

IOI City Farm di dalam IOI City Mall, Putrajaya, menawarkan pengalaman unik sebagai indoor far, yang menggabungkan pendidikan dan hiburan. Terletak di tingkat 2, taman ini merangkumi tiga zon utama: Greenland, Little Rimba, dan Freshwater World.

Harga tiket masuk

Greenland menampilkan pelbagai spesies tumbuhan yang ditanam menggunakan kaedah pertanian mampan seperti hidroponik dan aquaponik. Pengunjung dapat meneroka taman-taman seperti Green Glades, Vertical Garden, dan Urban Farming yang mempamerkan pelbagai jenis tumbuhan.




Little Rimba merupakan zoo interaktif yang menempatkan haiwan-haiwan kecil seperti marmaset, kucing Bengal, dan pelbagai spesies burung. Pengunjung, terutamanya kanak-kanak, berpeluang memberi makan dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini dalam persekitaran yang selamat dan bersih.






Freshwater World menawarkan pengalaman akuarium dengan pelbagai spesies ikan air tawar, termasuk ikan kelah dan arapaima. Zon ini memberikan peluang untuk mempelajari ekosistem akuatik melalui pameran interaktif







Sabtu, 15 Februari 2025

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Melaka

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, adalah destinasi yang sangat menarik untuk pengunjung yang ingin menikmati pengalaman berinteraksi dengan pelbagai haiwan sambil menikmati suasana alam semula jadi. Ia adalah salah satu zoo terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 200 spesies haiwan dari seluruh dunia.

Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka, dan mudah diakses melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Dari pusat bandar Melaka, pengunjung hanya perlu mengikut papan tanda menuju ke Ayer Keroh dan akan tiba dalam masa sekitar 20-30 minit perjalanan.

Harga Tiket:

  • Dewasa: RM 22
  • Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun): RM 11
  • Kanak-kanak bawah 3 tahun: PERCUMA

Tiket Tambahan:

  • Petting Zoo: RM 5/seorang
  • Taman Burung: RM 5/seorang
  • Wildlife Concept Reptile House: RM10/seorang
  • Tram servis: RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)
  • Feeding Gajah: RM5/bekas

Tarikan Menarik:

  1. Petting Zoo – Pengunjung boleh berinteraksi dan memberi makan kepada haiwan seperti arnab, kambing, dan beberapa spesies lain dalam kawasan ini.
  2. Safari Malam – Pengalaman unik melihat haiwan aktif pada waktu malam, termasuk harimau, singa, dan burung hantu.
  3. Taman Burung – Menampilkan pelbagai spesies burung dari dalam dan luar negara yang bebas terbang di ruang terbuka.
  4. Taman Reptilia – Menawarkan peluang untuk melihat pelbagai jenis reptilia termasuk ular, buaya, dan iguana.
  5. Gajah – Ada aktiviti memberi makan dan menunggang gajah, yang sangat menarik untuk kanak-kanak.

Zoo Melaka adalah destinasi yang ideal untuk keluarga, terutamanya dengan aktiviti interaktif dan pameran haiwan yang sangat mendidik dan menyeronokkan.

Masalah disini banyak duit kena tambah lepas dah masuk, dan tak boleh pakai QR atau card, semua kena pakai cash, mesin ATM ada dua tapi jauh kat pintu masuk. Tak praktikal lagi untuk tahun 2025.

Boleh beri makan gajah



Tutup untuk renovasi











Wildlife Concept, basically macam masuk rumah reptilia dalam gua, tak berbaloi bayar 

Catatan Popular