Pada September 2026, kami sekeluarga berkesempatan melawat TTI Mini Zoo bersama anak-anak dan sepupu mereka. Kali ini, ketiga-tiga anak kami yang berumur 8, 5 dan 1 tahun turut serta.
TTI Mini Zoo
Seperti namanya, TTI Mini Zoo merupakan sebuah zoo bersaiz kecil. Walaupun kawasannya tidak begitu luas, agak banyak juga jenis haiwan yang boleh dilihat di sini.
Antara haiwan yang menarik perhatian aku ialah marble fox. Rasanya ini kali pertama aku jumpa haiwan tersebut di zoo yang pernah kami lawati.
Animal Feeding
Seperti kebanyakan mini zoo, tarikan utama di sini ialah aktiviti memberi makan haiwan. Hampir semua haiwan mempunyai aktiviti feeding, termasuk capybara dan alpaca.
Antara pengalaman paling kelakar ialah ketika memberi makan unta. Tak sempat nak berkongsi makanan, sekali unta tersebut datang dan habiskan satu bucket makanan seorang diri!
Memang seronok melihat anak-anak dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan secara dekat.
Kemudahan dan Kebersihan
Apa yang aku perasan, zoo ini nampak masih baru dan keadaan persekitarannya juga agak bersih. Setakat lawatan kami, tiada isu besar dari segi kebersihan.
Harga Tiket
Harga tiket dan aktiviti di TTI Mini Zoo:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak: RM15
Makanan haiwan: RM5 – RM10
Horse Ride / Round: RM5
Harga ini berdasarkan lawatan kami pada September 2026.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, TTI Mini Zoo merupakan satu lagi destinasi menarik untuk membawa anak-anak melihat dan mengenali haiwan dengan lebih dekat.
Walaupun bersaiz kecil, pilihan haiwan dan aktiviti feeding yang disediakan menjadikan lawatan lebih menarik. Sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga, terutamanya jika berada di sekitar kawasan TTI.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan