Isnin, 5 Ogos 2019

Cuti-Cuti Malaysia: Zenith Hotel Putrajaya

Tempoh hari orang rumah aku ada company dinner di PICC, Putrajaya. Jadi sekali-sekala elok juga rasa berubah angin dan menginap di hotel dalam kawasan (kebiasaan kami gemar keluar dari Selangor, walau secara teknikal Putrajaya boleh dikira luar Selangor, kot?). Kami pun mencarilah di website-website/apps yang berkaitan tentang hotel-hotel yang menarik sekitar Putrajaya dan berhampiran dengan PICC.

Hotel? Trivago. Eh. Secara peribadinya, kami lebih suka baca review di Tripadvisor, kebiasaannya sumbernya lebih dipercayai. Dan tempahan bilik di Booking.com atau Agoda (selalu ada voucher/coupon untuk dua website ni, kadang-kadang dari apps lain seperti MyDigi).

Zenith Hotel, letak ditengah-tengah bandar satelit Putrajaya. Yang menarik di hotel ini, ia menyajikan pemandangan panorama menarik Jambatan Seri Wawasan dan Masjid Putra, dua binaan ikonik Putrajaya.

Model comel dan Jambatan Seri Wawasan
Ni pula dengan Masjid Putra, sama-sama pink
Model paksa, tak nak berdiri, tapi duduk geli
Bilik yang kami inap sangat selesa. Fasiliti dan ameniti serba lengkap disediakan dalam bilik, boleh diletakkan setaraf hotel 4 ke 5 bintang. Check-in dan check-out yang sangat cekap walaupun ramai tetamu ketika itu (kebanyakan mereka yang menghadiri majlis dinner yang sama). Antara highlightnya adalah bilik mandi dengan tab mandi yang dipisahkan dengan cermin kaca dengan ruang bilik utama, bolehlah nak berendam dalam tab sambil tengok tv (blinder disediakan). Dan staf yang sangat membantu bila tiket parking kami tak boleh digunakan (stay-in guest dapat parking percuma).

Insan yang paling teruja merasmikan katil
View dari dalam bilik air (cari benda tersembunyi)
Antara ameniti yang tersedia (tak termasuk budak cenonet tu)
Ayra Sofea buat inspection tengok ok tak tab mandi ni
"Disebalik jendela tu ada masjid" Ayra Sofea selaku tourist guide
"Alamak macam tinggi la pulak" (view dari bilik)
Breakfast, banyak variasi makanan dan ruang makan yang luas dan selesa walaupun penuh dengan tetamu. Dari segi rasa juga boleh tahan. Lokasi restorannya di tingkat bawah sekali menghadap ke tasik Putrajaya, dan boleh dilihat ramai orang lalu lalang samada berjoging atau berbasikal.

Di rooftop, ada kemudahan gym, spa, swimming pool dan cafe. Pemandangan dari atas memang cantik seluas mata memandang, lagi-lagi sambil berendam dalam infiniti pool tu.

Sekitar Putrajaya tak kurang banyak tarikannya, tapi kebanyakannya adalah taman-taman dan monumen moden yang menarik dijadikan post selfie di social media anda. Dengan  bantuan nasihat abang long kawasan Putrajaya, En. Ahmad Sayuti, kami dapat memburu kedai-kedai makan yang lazat disekitar wilayah ini. Antara cadangan beliau adalah seperti Seri Menanti House of Salai, dan Umbai Cafe.

Konklusinya, jika anda ada kelapangan nak bertukar angin bercuti dalam bandar (dan tak nak bersesak-sesak dengan asap dan bunyi kenderaan) cubalah ke Putrajaya. Di hujung minggu sememangnya jalanraya disini amat lengang (kecuali jika ada event besar seperti Hot Air Ballon, LAMPU atau festival-festival lain).

Rabu, 19 Jun 2019

Membaikpulih Manchester United

Daniel James: United kini lebih fokus pada bakat muda

Menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris 2019-2020, selaku penyokong tegar kelab bolasepak Manchester United, aku percaya yang Ole Gunnar Solkjaer, pengurus Manchester United ada tugas yang sukar untuk dilaksanakan. Iaitu mengembalikan kegemilangan kelab ternama England ini. Selama 6 tahun pasca era Sir Alex, prestasi Manchester United sangat terumbang-ambing. Disini ada beberapa point yang aku rasa Ole perlu selesaikan atau titik beratkan.

1. Kapten
Musim lepas jadi musim terakhir buat dua calon kapten musim depan, bekas kapten Antonio Valencia dan Ander Herrera. Dan bagi aku, Ashley Young dan Paul Pogba tidak cukup ciri kepimpinannya seperti kapten-kapten sebelum ini, Rio Ferdinand, Garry Neville, Roy Keane, mereka ini ada ciri leadership untuk mengemudi skuad.


2. Pertahanan solid
Jose Mourinho sudah dari musim lalu nyatakan perlunya sekurang-kurangnya seorang pertahanan yang solid dan berpengalaman, meskipun berada ditempat kedua pada 2017/18 dengan statistik pertahanan terbaik dibelakang juara Manchester City, namun permintaan Jose ditolak Ed Woodward dan board director. Walhal ramai yang sedia maklum, pertahanan yang sekarang agak cikai untuk bermain di kelab berprestij ini, Jones dan Rojo kerap injured, Smalling slow dan cuma passing bola dengan kaki kanan, yang boleh harap pun Lindelof dan Baily.


3. Flank kanan
Ruang kanan ini amat ketandusan bakat. Young semakin tua, Dalot tiada pengalaman, Darmian cuma pemenuh skuad. Dibahagian serangan pula, sejak pasca Ferguson, tidak ada seorang pun penyerang kanan tulen ditanda tangani oleh Ed Woodward. Rashford, Martial, Depay, Di Maria, semua lebih gemar cut-in dari kekal out wide dan membekal crossing yang berkualiti kepada penyerang.

4. Attitude & right mentality
Masalah attitude ni menjadi duri dalam daging mana-mana kelab. Sikap Ed Woodward yang melebihkan pemain dari pengurus juga menyebabkan ramai yang naik lemak. Attitude problem saja masih ok, tapi jika tak ada winning mentality, jahanam. Roy Keane ada attitude, Beckham pun, CR7 pun, King Eric pun, tapi yang membezakan lagenda-lagenda ini dengan pemain sekarang adalah mentality.

Jadi cadangan penyelesaian aku, Ole perlu sekurang-kurangnya mendapatkan 3 pemain baru. Sebagai permulaan

1. Leader di pertahanan: Koulibaly, De Ligt, Maguire, etc
2. Penyerang kanan: Daniel James ada potensi, aku berharap Sancho, tapi ok je.
3. Midfield pengganti Ander Hererra: Bruno Fernandes, Partey, etc

Yang lain boleh pakai lagi, cuma aku tak rasa akan menang liga dengan team ni. Mungkin boleh dapat FA Cup atau League Cup.

Ini adalah sebahagian dari rebuilding proses. Macam mana pun, kita boleh nampak Ole, Glazer dan Woodward sudah mula menetapkan hala tuju mereka dalam strategi recruitment baru dengan memperkenalkan moto "Youth, Courage, Success", yang dapat dilihat di post pengumuman pembelian Daniel James dari Swansea.

nota tepi: mana-mana player yang nak blah (secara terbuka cakap kat media), dengan segala hormatnya dipersilakan berambus.

Jumaat, 12 April 2019

Cuti-Cuti Malaysia: The Orchard Wellness and Health Resort, Lubok China Melaka

Santuari Mewah Dalam Kebun


Bersempena ulangtahun perkahwinan kami ke 4, dan hari lahir cik isteri. Kami sekeluarga bercuti di The Orchard Wellness and Health Resort. Letaknya di Lubok China, Melaka. Dengan pemanduan dalam 2 jam dari Shah Alam. Setelah melalui perkampungan tradisional melayu kira-kira 10-15 minit dari lebuhraya, kami tiba di resort ini yang agak kedalam dan terpencil, dan jauh dari bandar Melaka dan tarikan pelancongan disana.

Masuk sahaja ke resort ini  pengunjung dapat rasa ekslusiviti penginapan ini. Semua staf sangat mesra dan dari pengawal keselamatan, bellboy, receptionist, dan lain-lain kelihatan sangat terlatih. Konsep penginapan disini adalah resort mewah di dalam kebun buah-buahan, agak unik dan jarang kita dapat lihat konsep begini. Harga bilik kami dapat dari booking.com untuk bilik Deluxe King Room sangat berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan.

The Orchad Wellness and Health Resort

Check-in/Check-out: Proses check-in yang lancar, dari kami masuk pintu hingga ke pintu bilik tak sampai 10 minit. Parkir saja kereta, kami disambut mesra, beg diangkat, kemudian masuk ke pintu lobi, dihidang pula welcome drink dan tuala basah untuk menyegarkan diri. 

Bilik: Dengan hiasan sempena harijadi mama Ayra Sofea, keluasan bilik dan bau bilik yang wangi dan menyegarkan. Katil yang luas (muat untuk 2 orang dewasa dan seketul Ayra Sofea berguling-guling) dengan hiasan mewah ala di raja. Bilik air pula lebih luas dari ruang bilik, dan design bilik airnya mengamit suasana romantik dengan pencahayaan dan mainan melodi muzik klasik dari corong speaker di dalam bilik air.

Happy birthday mama Ayra Sofea!
Mama dan Ayra Sofea
Design bilik air yang romantis

Model menangis lak
Santapan: Untuk sarapan pagi, hari kedua penginapan kami cuma ada kami dan satu pasangan lain disitu, mungkin sebab semalamnya itu hari Jumaat, jadi tak ada tetamu sangat. Jadi tak ada buffet untuk sarapan pagi itu, tapi sarapannya lebih ekslusif hanya untuk kami. Ayra Sofea pun dapat bubur khas dari chef. Hari kedua ada buffet, kerana pagi ahad nampak ramai tetamu yang check-in hari sebelumnya. Makanan, dari segi rasa, sedap. Cuma dari segi variasi kurang, mungkin sebab tak ramai tetamu. Menu untuk makan malam kami order room-service, sama juga, menunya tak banyak pilihan jadi kami order apa yang ada saja.

Sarapan hari pertama: Mixed Omelete dengan side dish
Tengah: Dinner nasi goreng tomyam je
Kiri kanan: Sarapan hari kedua
Fasiliti: Jika memilih bilik jenis villa, ada yang disediakan kolam renang indoor. Mengikut kata receiptionist, di sini yang best adalah spa nya, tapi kami bukan kaki spa, jadi tak cuba pun. Selain itu, yang menarik disini ada perpustakaan dan kebun buah (yang mana jarang resort lain ada), kemudahan lain seperti biasa ada swimming pool, jacuzzi, sauna, gym. Restorannya pula mengadap sangkar burung dan arnab disebalik cermin kaca, sambil makan tu dapat juga merapatkan lagi kita dengan alam semulajadi.

Perpustakaan mini dan model mini
Ayra Sofea dan arnab-arnab
Sangkar burung love bird, view dari restoran
Model kolam renang, tak bawa baju renang dengan pelampung lak

Keseluruhannya, jika anda mencari santuari untuk menyegarkan otak dari asap kotaraya dan kesibukan kerja, disinilah tempat dia. Dikelilingi kehijauan dedaunan dan atmosfera desa, hilang kejap segala stress dan pening kepala. Namun, jika anda nak pusing-pusing Melaka, elok cari hotel/resort lain, sebab tempat-tempat menarik Melaka semua jauh dari sini.


Catatan Popular