Isnin, 5 Ogos 2019

Cuti-Cuti Malaysia: Zenith Hotel Putrajaya

Tempoh hari orang rumah aku ada company dinner di PICC, Putrajaya. Jadi sekali-sekala elok juga rasa berubah angin dan menginap di hotel dalam kawasan (kebiasaan kami gemar keluar dari Selangor, walau secara teknikal Putrajaya boleh dikira luar Selangor, kot?). Kami pun mencarilah di website-website/apps yang berkaitan tentang hotel-hotel yang menarik sekitar Putrajaya dan berhampiran dengan PICC.

Hotel? Trivago. Eh. Secara peribadinya, kami lebih suka baca review di Tripadvisor, kebiasaannya sumbernya lebih dipercayai. Dan tempahan bilik di Booking.com atau Agoda (selalu ada voucher/coupon untuk dua website ni, kadang-kadang dari apps lain seperti MyDigi).

Zenith Hotel, letak ditengah-tengah bandar satelit Putrajaya. Yang menarik di hotel ini, ia menyajikan pemandangan panorama menarik Jambatan Seri Wawasan dan Masjid Putra, dua binaan ikonik Putrajaya.

Model comel dan Jambatan Seri Wawasan
Ni pula dengan Masjid Putra, sama-sama pink
Model paksa, tak nak berdiri, tapi duduk geli
Bilik yang kami inap sangat selesa. Fasiliti dan ameniti serba lengkap disediakan dalam bilik, boleh diletakkan setaraf hotel 4 ke 5 bintang. Check-in dan check-out yang sangat cekap walaupun ramai tetamu ketika itu (kebanyakan mereka yang menghadiri majlis dinner yang sama). Antara highlightnya adalah bilik mandi dengan tab mandi yang dipisahkan dengan cermin kaca dengan ruang bilik utama, bolehlah nak berendam dalam tab sambil tengok tv (blinder disediakan). Dan staf yang sangat membantu bila tiket parking kami tak boleh digunakan (stay-in guest dapat parking percuma).

Insan yang paling teruja merasmikan katil
View dari dalam bilik air (cari benda tersembunyi)
Antara ameniti yang tersedia (tak termasuk budak cenonet tu)
Ayra Sofea buat inspection tengok ok tak tab mandi ni
"Disebalik jendela tu ada masjid" Ayra Sofea selaku tourist guide
"Alamak macam tinggi la pulak" (view dari bilik)
Breakfast, banyak variasi makanan dan ruang makan yang luas dan selesa walaupun penuh dengan tetamu. Dari segi rasa juga boleh tahan. Lokasi restorannya di tingkat bawah sekali menghadap ke tasik Putrajaya, dan boleh dilihat ramai orang lalu lalang samada berjoging atau berbasikal.

Di rooftop, ada kemudahan gym, spa, swimming pool dan cafe. Pemandangan dari atas memang cantik seluas mata memandang, lagi-lagi sambil berendam dalam infiniti pool tu.

Sekitar Putrajaya tak kurang banyak tarikannya, tapi kebanyakannya adalah taman-taman dan monumen moden yang menarik dijadikan post selfie di social media anda. Dengan  bantuan nasihat abang long kawasan Putrajaya, En. Ahmad Sayuti, kami dapat memburu kedai-kedai makan yang lazat disekitar wilayah ini. Antara cadangan beliau adalah seperti Seri Menanti House of Salai, dan Umbai Cafe.

Konklusinya, jika anda ada kelapangan nak bertukar angin bercuti dalam bandar (dan tak nak bersesak-sesak dengan asap dan bunyi kenderaan) cubalah ke Putrajaya. Di hujung minggu sememangnya jalanraya disini amat lengang (kecuali jika ada event besar seperti Hot Air Ballon, LAMPU atau festival-festival lain).

Tiada ulasan:

Catatan Popular