Dia punya sibuk, tak boleh bawa bincang.
Sedar-sedar dah 2023
Andai kata ada pengikut setia (eceh) eksplorasi Geng Lapo, kami mohon maaflah kerana lama tiada khabar berita, sebab kami ni perancangan tu memang ada, tapi yang lebihnya bersembang, jadinya kadang-kadang.
2 Mac 2020, Geng Lapo pernah bercadang nak mendaki ke Lata Medang, tapi tersesat ke Lubuk Makau (nasib tak sesat sampai Gua Musang). Boleh baca kisahnya di SINI
Begitupun, ada percubaan kedua ke Lata Medang ni sekitar tahun 2021. Namun aku selaku pengarang tidak turut serta jadi tiadalah entry untuk itu. Cuma 5 ahli Geng Lapo yang menyertainya. Dengar cerita havoc juga trip yang itu.
11 Feb 2023, percubaan kali 3 Geng Lapo ke Lata Medang. Kali ini dengan penglibatan yang lebih meriah berbanding pengembaraan-pengembaraan yang sudah. Bagi membuka cerita, adalah lebih elok jika aku perkenalkan serba sedikit peserta untuk trip kali ini.
![]() |
| Ahmad @ Ketua Pengakap - Bertanggungjawab merangka jalan kerja untuk ekspedisi ini - Berkebolehan berenang umpama dugong |
![]() |
| Aizat @ Ex-scammer - Admin group whatsapp yang bertanggungjawab memadam post-post yang tak berkualiti - Punya bekalan quote dan perumpamaan yang tak berpenghujung |
![]() |
| Tn. Farid @ Oyed - Jejaka alpha (acah) yang mementingkan gaya - Anak jati USA yang makan roti canai cicah gula |
![]() |
| Hazim @ Chef - Pemegang rahsia resepi kambing perap bertaraf dunia - Pelari marathon yang sebenar |
![]() |
| Lan @ The Legend - Otai perhutanan yang sebenar - Pembekal keperluan barang hiking sebab yang lain takleh harap |
![]() |
| Fadzli @ Gymbro - Terkenal dengan tagline 'nilai murni tak ada limit' - Jejaka idaman makcik-makcik |
![]() |
| Shahir @ Abe @ Chick Magnet - Pembaca tegar manga - Berbakat semulajadi dalam bidang mendelegasi kerja - Hero gadis-gadis |
![]() |
| Ahmad Fahmi @ Pawang Api - Tukang hidup api professional - Atlit tak rasmi merangkum ikon sukan Geng Lapo |
![]() |
| Hakeem - Watak Baru - Mudah terhibur walau dengan punchlince hambar - Kembali ke habitat bila didalam air terjun |
![]() |
| Lepak sarapan, kedai art berat depan pasar KKB |
![]() |
| Setel hantar permit |
![]() |
| Starting point, kita buat sampai jadi |
![]() |
| Upacara penaikan khemah |
![]() |
| Ada yang function ada yang 'macam' function |
![]() |
| Epik air terjun dia weh |
![]() |
| Siap tapau teh O panas |
![]() |
| Dulu semua Geng Lapo sado gini la |
![]() |
| Sebelum, semasa, dan selepas kejadian |
![]() |
| Usaha pencarian spec sedang berlangsung |
![]() |
| Upacara pembakaran kambing sedap kebabom |
![]() |
| Tengok cara susunan tu pun memang art dah |
![]() |
| Berendam lagi |
![]() |
| Lata Jebus |
Day 1 (12 Januari 2023): Percutian kami bermula dengan penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK). Setelah tiba, kami menyewa kereta Axia untuk 3 hari dua malam dengan harga RM190, senang untuk pusing satu pulau.
Destinasi pertama, kami melawat Crocodile Adventure Park Langkawi. Taman ini bukan sahaja mempunyai buaya, tetapi juga pelbagai haiwan lain. Yang paling best, pertunjukan dinosaurnya. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:
Kerana melayan Waknat TV, kami pun pergi cari kedai makan yang diorang makan, makan tengahari di Laksa Ikan Sekoq yang terletak berhampiran lapangan terbang dan Peneram Kak Yan yang terletak berhampiran Jambatan Kuala Muda.
Seterusnya, kami check-in di Myrus Hotel dalam RM350 satu malam. Hotel butik ini mesra kanak-kanak dengan reka bentuk igloo yang unik dan pelbagai tema seperti dinosaur dan kartun. Hotel ini juga menyediakan kolam renang kanak-kanak dengan mini taman air serta game room untuk khas untuk kanak-kanak. Anak-anak kami sangat gembira dengan kemudahan yang disediakan.
Day 2 (13 Januari 2023): Pagi tu kami mandi kolam dan mini waterpark di Myrus Hotel puas-puas sebelum kami check-out. Selepas check-out, kami menuju ke Underwater World Langkawi. Di sini, anak-anak kami dapat mengenal pelbagai jenis ikan, anjing laut, penguin, dan banyak lagi. Harga tiket masuk adalah:
Kemudian kami membeli-belah coklat di Coco Valley yang hanya bersebelahan dengan Underwater World, ini merupakan zon bebas cukai dan menawarkan pelbagai pilihan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu, dengan harga yang berpatutan.
Makan tengahari sepatutnya kami mahu ke Restoran Nasi Campur Kak Yan (juga destinasi makan-makan Waknat TV) tapi malangnya hari tu kedai nya tutup, jadi kami google lah kedai berdekatan, sudahnya kami ke Pia The Paddy, sebuah restoran yang dengan pemandangan sawah padi yang tenang serta hidangan tempatan yang lazat.
Seusai kenyang, kami check-in di Camar Resort, harga satu malam RM400. Resort ini terletak di tepi pantai. Pantainya pantai private, tak sesesak Pantai awam lain seperti Chenang, tenang dan tapi ada juga ejen menawarkan pelbagai aktiviti air seperti island hopping, parasailing, dan banana boat.
Pada malamnya, kami menikmati makan malam di Pantai Chenang yang meriah dengan pelbagai pertunjukan seperti fire show dan street show dengan kostum hero seperti Batman, Spiderman, dan Transformers.
Day 3 (14 Januari 2023): Kami memulakan hari dengan sarapan di Roti Canai Penarak, pun penangan Waknat TV. Kami kemudian melawat Dataran Lang untuk bergambar dengan tugu ikon Langkawi yang terkenal.
Destinasi terakhir kami ialah SkyBridge Langkawi dan Cable Car. Disini ada pelbagai combo, ada yang cuma untuk cable car, ada yang sekali dengan tarikan lain.
Harga Tiket SkyCab Langkawi
Untuk Warganegara Malaysia:
Untuk Bukan Warganegara:
Tiket Lorong Ekspres (Untuk Warganegara Malaysia):
Tiket Lorong Ekspres (Untuk Bukan Warganegara):
Harga ini termasuk akses ke perjalanan kereta kabel yang membawa pelawat ke puncak Gunung Mat Cincang, dari mana mereka boleh mengakses SkyBridge.
Yuran Tambahan SkyBridge Langkawi
Pakej Kombo
Pakej kombo menyediakan akses ke pelbagai tarikan pada kadar diskaun. Harga pakej kombo adalah seperti berikut:
Untuk Warganegara Malaysia:
Untuk Bukan Warganegara:
SkyBridge Langkawi adalah salah satu tarikan utama di Langkawi yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari jambatan kabel yang tergantung dari Gunung Mat Cincang
Percutian tiga hari dua malam di Langkawi ini penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak kami. Dari Crocodile Adventure Park hingga Underwater World, dan pengalaman hebat di SkyBridge serta Cable Car, semuanya menjadikan percutian ini sangat berbaloi dan penuh kenangan manis.
Langkawi memang destinasi yang sempurna untuk percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.