Ahad, 20 Julai 2025

Berpiknik di Bukit Jelutong Eco Community Park

 Sebenarnya Bukit Jelutong Eco Community Park ini adalah taman rekreasi komuniti yang dibangun oleh orang awam setempat untuk orang ramai beriadah, disini juga ada diletakkan taman haiwan. Yang paling best, masuk adalah percuma.

Di taman haiwan ini, pengunjung memberi makan dengan makanan haiwan yang dijual disitu, tidak dibenarkan membawa makanan sendiri kerana risau haiwan keracunan.

Dulu tahun 2021 kami bawa Aurora Syifa trip pertama berpiknik disini, kali ini tahun 2025 piknik pertama Ayden Sufyan pula.










Isnin, 23 Jun 2025

Husin Fauzi Farm, Trip Pertama Ayden Sufyan

Ayden Sufyan kini sudah 2 bulan umurnya, setelah selesai berpantang, baru kali inilah kami nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Dulu semasa berempat, kami pernah ke Husin Fauzi Farm ni, postnya di SINI



Dulu tak ada, sekarang dah ada alpaca













Burung unta yang dilepas bebas






Anak kambing ini dilepas bebas di kawasan zoo

Pintu masuk sudah dinaik taraf berbanding 2021

Husin Fauzi Farm ni amat sesuai jika nak bawa anak mengenali haiwan, tapi tak nak menapak jauh-jauh. Kawasannya kecil, redup, kebanyakan exhibit berbumbung, mesra stroller, dan murah. 

Selasa, 13 Mei 2025

Ayden Sufyan

Ayden ialah varian Aydin dan mempunyai makna dan sebutan yang sama.

أيدٍ

Maksud: Berkuasa dan Mampu

Aydin adalah nama yang bermaksud tangan, kuasa, kekuatan. Ia disebut secara langsung dalam Quran 51:47 dan 7:195

Sufyan ialah varian Sufian dan mempunyai makna dan sebutan yang sama.

سفيان

Maksud: "bergerak pantas", "ringan", "lincah".

Sufian adalah nama pelbagai sahabat (sahabat Nabi saw, seperti Abu Sufyan, Sufian bin Abi Azzah, Sufian bin Abi Umayyah dan Sufian bin Abul Hakam).

Catatan Popular